“Ibu Jangan Stress Tau. Hugss.” Tulisan Anak Lima Tahun Tak Cantik Buat Hati Ibu Ini Tak Tenang, Warganet Bagi Kata-Kata Motivasi!

Share

Anak adalah cahayamata yang menjadi penyeri sebuah rumahtangga. Kehadiran zuriat ini menjadi pelengkap buat kebahagiaan keluarga. Sehubungan itu, anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang termasuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Namun naluri ibu begitu kuat berbanding ayah yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anak. Ada ibu sanggup bersengka mata menemani anak belajar. Jadi tidak mustahil, jolokan ‘harimau jadian’ atau ‘naga’  atau ‘hulk’ sering ditujukan kepada ibu-ibu ketika mengajar anak.

Lebih-lebih lagi ketika ini anak-anak mengikuti pembelajaran secara PdPR akibat pandemik. Memang cabaran buat ibu menguruskan anak, lebih lagi mempunyai anak yang ramai. Situasi ini juga sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kepada para ibu. Biarpun anak masih di prasekolah cabaran mendidik anak tetap sama. Apapun usaha yang dilakukan ia  sedikit sebanyak untuk kebaikan anak-anak dalam pembelajaran.

Begitulah situasi yang dilalui seorang ibu ini yang telah meluah rasa hati menerusi perkongsian facebooknya.

Bukan untuk menyalah sesiapa, ia sekadar kongsi cerita tentang cabaran mendidik anak kala pandemik ini.

Namun, wanita ini tidak keseorangan dibiarkan tidak keruan, warganet memberi komen memberi kata-kata motivasi dan nasihat.

Semoga kita muhasabah diri dalam mendidik anak-anak. Bukan mudah untuk menjadi ibu yang sempurna buat anak-anak. Semoga jadi iktibar.

Seterusnya ikuti perkongsian puan Qawiydad Qawiy

Ummi rasa mental sangat. Ini baru ummi yang rasa. Tak tau la anak 5 tahun macam mana.  Hari-hari kena marah dengan ummi suruh siapkn.

Suruh buat cantik-cantik. Tak boleh tak siap. Tak boleh tak cantik, Bila dia buat kerja cantik cikgu bagi bagi bintang dia suka sangat.

Berseri-seri muka dia. Next day push buat cantik-cantik smpai nangis-nangis. Sampai tengah malam atas tilam baru siap. Ummi memang jenis tak boleh simpan..tak puas hati memang kena luah.. tak tau la parents lain.. kadang-kadang ummi rasa nk berentikan je.

Warganet beri kata-kata semangat

 

Sumber: Qawiydad Qawiy

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club