Ibu Ini Kongsi Cara Tampal Lencana Guna Double-Side Adhesive Cloth. Mudah & Cepat Sangat!

Share

Menarik sungguh cara ini ibu ini tampal lencana guna double-side adhesive cloth. Maklumlah, minggu depan anak-anak memulakan sesi persekolah. Ketika ini tentunya ibu-ibu sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah termasuk menggosok baju, beg sekolah, kasut dan kelengkapan penulisan anak-anak. Namun yang paling merumitkan pula perlu menampal lencana sekolah dan tanda nama pada baju anak.
Bayangkan jika mempunyai anak tiga orang atau lebih. Jika setiap anak ada tiga set baju (2 set lagi untuk pendidikan jasmani tak perlu tampal lencana) untuk sekolah kebangsaan dan agama. Banyak kan! Memang ada ibu yang memilih menjahit sendiri lencana dan tanda nama. Namun ada yang nak cepat dan mudah, sanggup mengupah tukang jahit, cuma kos agak mahal jika anak ramai. Selain itu, ada ibu yang menggunakan gam UHU. Manakala, bagi puan Norhasnita Mohd Anuar

melalui paparan dilaman facebooknya, beliau pula memilih cara yang menggunakan kain double-side adhensive cloth. Memang mudah dan murah! Ikuti cara puan ini!

Beberapa hari sebelum buka sekolah ada orang share cara-cara nak gam lencana dan nametag sekolah. Tahun lepas akak guna gam uhu je. Tak rajin nak jahit. So far,guna gam uhu ok. Tak tercabut pun walau dah banyak kali basuh.

Tahun ni akak try guna double-sided adhesive cloth ni pulak. Nampaknya cara ni yang paling mudah dan cepat.

Mana nak cari? Korang pegi daiso yang berdekatan. Kat Shah Alam korang pegi kat Aeon Mall Seksyen 13 tu. Pastu cari kat bahagian craft.

Caranya senang sahaja. Potong double-sided adhesive cloth tu ikut saiz lencana dan nametag,lepas tu terus iron. Tak sampai 5 minit dah siap. Cara-caranya akak share juga dalam gambar.

Cara-caranya 

Setting dulu nametag dan lencana. Sediakan double-sided adhesive cloth.

Potong ikut saiz nametag dan lencana.

Terus iron. Dah siap.
Rak daiso atau kedai jahit pun ada