Nak didik anak kecil mencintai agama dan rajin solat bukannya kerja yang mudah. Malah kerap kita dengatr ibu bapa bersungut, anak tidak mahu mengerjakan solat. Tentu ibu bapa tercari-cari panduan untuk didik anak dengan mudah tanpa memaksa.
Perkongsian yang dipaparkan oleh puan Syahirah Omar amat bermanfaat untuk kita praktikkan untuk menanam dalam diri anak mencintai solat sejak kecil. Walaupun sudah lama perkongsian ini, namun masih relevan untuk diketahui panduan daripada ibu muda ini.
Jom semak!
Kita share semula ya.harini genap 3 tahun post ni.
Assalamualaikum?
Mama lana luqman dibanjiri msg inbox dengan soalan bagaimana mendidik anak solat.
Sejujurnya saya juga melalui proses kaedah cuba jaya dimana selalunya gagal belaka.hikhik..bukan sahaja bab solat..mendidik anak special mahupun anak typical mmg la kena menggunakan kaedah yang berbeza-beza.lain anak lain ragamnya kan.
SOLAT.
1.Saya akui saya juga dulu agak tidak mengambil berat tentang ketepatan masa untuk solat.solat bila akhir waktu.solat bila semua kerja dah selesai.solat bila anak-anak dah tidur.saya mencari2 waktu setelah semua kerja selesai.
Tetapi sebenarnya saya selalu terlupa dgn solat la tempat kita meminta pada Allah supaya memudahkan segala urusan kita.
So tips yg pertama..mama ayah kena solat on time atau secepat mugkin sambil mengajak anak-anak.
” ok kemas semua mainan, JOM kita wudhu and solat”
TAWAR MENAWAR
2.Biasalah.drama-drama anak ni macam macam.ada angin dia asyik tanya “kenapa sampai 4 kenapa tak 3.kenapa tak 2 saya letih harini mama”
Selalu mereka akan cuba tawar menawar.tetapi hukum Allah ttp la kena bertegas.4 means 4.kau tegolek pon mama minta 4.main main waktu solat pun akan diberi hukuman.ini tips utk anak-anak yang 5 tahun keatas.
Yang masih baby..saya rasa ajakla bersama letak di sebelah.anak mmg akan belajar dari apa pemerhatian mereka.tutup segala tv.simpan segala gadget.
MAMA, KENAPA KITA KENA SOLAT BANYAK-BANYAK NI?
3. soalan ini kerap sgt anak typical saya tanya.
” sebab Allah suruh bukan mama suruh “
Kenapa Allah suruh solat banyak banyak luqman penat sgt la 4 keraat.
” Rakaat.bukan keraat.sebab..Allah kata kalau nak masuk syurga kena solat.siapa tak solat nanti masuk api neraka.luqman nak masuk mana?”
Luqman nak masuk syurga.tapi kenapa kena solat banyak.sama jer selalu.
” sebab nak cakap terima kasih Allah..kalau mama bagi luqman toys luqman ckp thank you kan? ALLAH bagi luqman bgn sihat pergi sekolah, jumpa kawan kawan..main dgn kawan kawan..luqman makan mama masak yellow soup,semua tu Allah yang bagi.jadi kena say thank you kat Allah”
Sebenarnya hari2 dia tanya wey.bukan harini je.esok lusa bulan depan.
Jawap dgn sabar and jawapan jangan la berubah teruk sgt.terus sebut ini perintah Allah.
REWARD
4.sekali sekala reward sgt penting utk memberi motivasi kat anak-anak supaya berlumba lumba buat kebaikkan.
Antara hadiah yang diberi contohnya penggunaan hp mama( kecuali fb) untuk 10 minutes.penggunaan laptop 10 minutes. Fav food..atau lego rm5.
Ala..kita dulu pun kena kasik aiskrim malaysia sebagai upah baru la lumba-lumba nak pegi kedai belikan mak bawang 10 bijik kan? Sama la tu.
Selalu bawak anak ke masjid pada waktu-waktu kurang jemaah pada permulaan.waktu dhuha..waktu lepas solat fardhu..kemudian bila dah terbiasa maka mereka pun akan terbiasa.boleh cuba bawa mereka solat maghrib di masjid bersama.pastikan mereka duduk di sebelah kita.dan selesai solat tarik anak duduk dpn kita bagi anak yang masih kecil.jgn biar mereka ganggu jemaah lain.
Semoga menjadi panduan bersama untuk mendidik anak mencintai agama sejak kecil lagi.