Ibu Ini Didik Anak Lelaki Multitasking. Moga Jadi Suami Serba Boleh Nanti

Share

Mendidik anak menjadi seorang serba boleh termasuk menguruskan hal-hal rumah seperti menyapu sampah, basuh pinggan dan kemas rumah adalah menjadi keperluan masa kini.

Maklumlah sekarang ramai ibu-ibu bekerjaya. Atas tuntutan itu, selain mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdikari, anak-anak perlu didedahkan kerja-kerja di dapur walaupun anak lelaki.

Begitulah perkongsian ibu Sakinah Sulong ini yang tegas dalam mendidik anak-anak. Moga kita semua menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang hebat jugak!

This is my 5-year old son

Membesar dalam keluarga yang tradisional, saya biasa melihat lelaki dilayan ibarat raja. Memang biasa saya membancuh air utk ayah saya sejak dari kecil. Malah ibu juga pernah menegur saya kerana tak menyediakan air untuk suami petang-petang.


“Eh, tak buat air kat abang ke?”
Suami saya tersengih, “Dia tak nak air, mak..”
“Buatlah..” Ibu saya menggesa, tak senang hati dia tengok menantunya tak minum teh petang-petang.

Tapi di rumah suami saya, biasa saya melihat ayah mentua saya membancuh kopi sendiri. Walaupun banyak juga masa ibu mentua saya rajin membancuhkan.

Malah, bapak mentua saya juga rajin menolong di dapur. Tak kekok untuk mensiang ikan mahupun membasuh periuk kuali.

Memang beliau rajin, layak dipuji. Tak hairan suami saya pun mencontohinya.

Saya bertuah.
Tak dinafikan adik-adik lelaki saya yang ramai, ada yang rajin, ada yang tidak. Tapi rata-rata pandai jaga anak walaupun tak betah di dapur. Dulu-dulu masa kecil, biasa kami yang perempuan akan dikerah ke dapur, dileteri sekiranya rumah bersepah. Sink yang penuh, memang kerja kami anak-anak perempuan untuk lunaskannya. Anak lelaki lebih banyak bermain atau diharapkan membuat kerja di luar. Selalu adik-adik perempuan saya merungut ?

Tapi melibatkan situasi sekarang, kebanyakan isteri sudah bekerja, saya merasakan anak lelaki juga perlu dilatih membuat kerja-kerja rumah untuk meringankan beban isteri. Biar mereka jadi lebih bertanggungjawab dan mampu membantu.
Mengejar pahala sepertimana yang Rasulullah lakukan. Menguli tepung, menjahit pakaian, ini semua pernah dilakukan oleh Nabi, lelaki terulung yang amat hebat, yang wajar dicontohi semua.

Didik anak asas didikan di rumah

Dan mereka perlu dilatih dari awal, di rumah.
Inilah asas didikan di rumah. Lelaki juga ada peranan untuk dilakukan. Sekiranya seorang anak lelaki membesar melibatkan wanita membuat segala-galanya, memang mereka akan beranggapan itulah yang sepatutnya. Mereka yang perlu dilayan bagaikan raja, isteri hanya perlu berkhidmat sahaja. Inilah kesilapan kita, ibu-ibu yang besarkan mereka dengan tanggapan sedemikian. Jangan buat begitu, ibu-ibu.

Didiklah anak lelaki kita untuk sama-sama membantu agar bila besar nanti, mereka akan jadi suami yang ihsannya seperti Rasulullah.

Yang belas hati pada isteri dan menghargai penat lelah isteri.

I love my kids,
And I wish to raise them as a good person, each of them. Who is loving and helpful.
No matter they are girl or boy.
???
And a big TQ to my other half, Mohd Azuan Ayub for showing us how to do it!

#Membebelsayang