Mendidik anak menjadi seorang serba boleh termasuk menguruskan hal-hal rumah seperti menyapu sampah, basuh pinggan dan kemas rumah adalah menjadi keperluan masa kini.
Maklumlah sekarang ramai ibu-ibu bekerjaya. Atas tuntutan itu, selain mendidik anak-anak menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdikari, anak-anak perlu didedahkan kerja-kerja di dapur walaupun anak lelaki.
Begitulah perkongsian ibu Sakinah Sulong ini yang tegas dalam mendidik anak-anak. Moga kita semua menjadi ibu yang hebat dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang hebat jugak!
This is my 5-year old son
Ads
Membesar dalam keluarga yang tradisional, saya biasa melihat lelaki dilayan ibarat raja. Memang biasa saya membancuh air utk ayah saya sejak dari kecil. Malah ibu juga pernah menegur saya kerana tak menyediakan air untuk suami petang-petang. “Eh, tak buat air kat abang ke?” Suami saya tersengih, “Dia tak nak air, mak..” “Buatlah..” Ibu saya menggesa, tak senang hati dia tengok menantunya tak minum teh petang-petang.
Tapi di rumah suami saya, biasa saya melihat ayah mentua saya membancuh kopi sendiri. Walaupun banyak juga masa ibu mentua saya rajin membancuhkan.
Malah, bapak mentua saya juga rajin menolong di dapur. Tak kekok untuk mensiang ikan mahupun membasuh periuk kuali.
Memang beliau rajin, layak dipuji. Tak hairan suami saya pun mencontohinya.
Ads
Saya bertuah. Tak dinafikan adik-adik lelaki saya yang ramai, ada yang rajin, ada yang tidak. Tapi rata-rata pandai jaga anak walaupun tak betah di dapur. Dulu-dulu masa kecil, biasa kami yang perempuan akan dikerah ke dapur, dileteri sekiranya rumah bersepah. Sink yang penuh, memang kerja kami anak-anak perempuan untuk lunaskannya. Anak lelaki lebih banyak bermain atau diharapkan membuat kerja di luar. Selalu adik-adik perempuan saya merungut ?
Tapi melibatkan situasi sekarang, kebanyakan isteri sudah bekerja, saya merasakan anak lelaki juga perlu dilatih membuat kerja-kerja rumah untuk meringankan beban isteri. Biar mereka jadi lebih bertanggungjawab dan mampu membantu. Mengejar pahala sepertimana yang Rasulullah lakukan. Menguli tepung, menjahit pakaian, ini semua pernah dilakukan oleh Nabi, lelaki terulung yang amat hebat, yang wajar dicontohi semua.
Didik anak asas didikan di rumah
Ads
Dan mereka perlu dilatih dari awal, di rumah. Inilah asas didikan di rumah. Lelaki juga ada peranan untuk dilakukan. Sekiranya seorang anak lelaki membesar melibatkan wanita membuat segala-galanya, memang mereka akan beranggapan itulah yang sepatutnya. Mereka yang perlu dilayan bagaikan raja, isteri hanya perlu berkhidmat sahaja. Inilah kesilapan kita, ibu-ibu yang besarkan mereka dengan tanggapan sedemikian. Jangan buat begitu, ibu-ibu.
Didiklah anak lelaki kita untuk sama-sama membantu agar bila besar nanti, mereka akan jadi suami yang ihsannya seperti Rasulullah.
Yang belas hati pada isteri dan menghargai penat lelah isteri.
I love my kids, And I wish to raise them as a good person, each of them. Who is loving and helpful. No matter they are girl or boy. ??? And a big TQ to my other half, Mohd Azuan Ayub for showing us how to do it!
#Membebelsayang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat comel anak pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Isaac Raees sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan kepetahannya.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, gelagat comel Isaac Raees yang bertanyakan mengenai kehilangan coklatnya menyebabkan ramai yang berdekah ketawa.
Dengan bukti plastik coklat ditangannya, pertanyaan comel Isaac dengan begitu petah kepada Aiman dan Zahirah buat ramai yang geram.
“Malam tadi Isaac beli tu, coklat ball..evidence of this.
“Is it daddy? Haa go to jail. Now,” kata Isaac dengan bersungguh.
Raut wajah comel Isaac yang kelihatan begitu bersungguh inginkan kepastian memang comel. Pun begitu, biarpun mengetahui coklat kegemarannya dimakan oleh bapanya, anak kecil ini tidak marah mahupun menangis.
Dia sebaliknya meminta izin untuk makan coklat itu. Memang anak yang bijak.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dikurniakan dua orang cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa.
Bila menyentuh bab persiapan keluarga untuk mengadakan majlis kenduri kendara, masa inilah kemeriahannya tergambar. Sanak saudara malah adik beradik tidak perlu disuruh-suruh, dengan sendirinya akan ringan tulang membantu.
Umpamanya dalam menyiapkan goodies untuk tetamu. Nur Diyana bersama adiknya, sama-sama ‘pulun’ untuk siapkan semuanya. Selain itu, apa yang lebih menarik tentang perkongsian bakal pengantin ini adalah cara bagaimana dia dapat berjimat untuk hasilkan goodies yang nyata nampak begitu eksklusif.
Nak tahu apa triknya, jom semak perkongsian ini. Jadi bolehlah dipraktikkan untuk majlis perkahwinan adik beradik kita pula.
DIY VIP Doorgift ideas untuk bakal pengantin
Kalau nak beli siap mahal juga ni jadi sebabkan tengah free saya dan adik yang tengah cuti semester buat lah hehehehe … sikit je ni cuma untuk majlis nikah, pulun la kan kami dua beradik siapkan memang jimat banyak kalau buat sendiri … tak susah pun balut-balut je siap, walaupun simple dan jimat banyak, tetap nampak exclusive juga kan ?
Tak Guna Bajet Yang Banyak Buat Goodies!
Tidak hanya dengan memberi sabun pencuci tangan dengan penjimatan yang hebat, malah Nur Diyana juga turut hadiahkan Buku Yassin yang dibelinya tanpa mengeluarkan wang tunai tetapi bijak menggunakan bajet yang tersedia di dalam kad matriknya.
Memberi sentuhan menarik pada goodies bag untuk diberikan kepada tetamu yang bertandang, gadis ini hanya menambah sedikit aksesori seperti daun hiasan, tali, getah dan kain net.
Kalau nak lebih murah, hand soap, paper bag dan tali jute semua tu kat Eco Shop pun ada jual siap boleh tambah manik blink blink lagi … memang puas hati buat sendiri walaupun penat huhuhuhu …
Sekarang tinggal cari duit untuk settlekan yang lain, diy vip doorgift is doneee
Seperti membayangkan situasi sendiri, pelakon Puteri Sarah menyifatkan usia 36 hingga 40 tahun sebagai tempoh kemuncak seseorang manusia berdepan ujian paling getir dalam kehidupan.
Sarah yang kini berusia 36 tahun berkata, ujian yang diturunkan Allah dalam kehidupan merupakan satu lumrah, bukti kasih sayang dan ingatan Pencipta kepada hambaNya.
” Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah.
” Tak kira lelaki atau perempuan. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!
” Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal, hilang kerjaya, ada yang mula sakit, ada yang dikhianati sahabat sendiri, diuji dengan mslah kwangan dan anak-anak membesar dan banyak akal.
“Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Allah sayang. Dia jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang,” tulisnya dalam perkongsiannya di Instagram.
Pada masa sama, dia berkata, usai menjengah usia 40 tahun, setiap individu seharusnya sudah mencapai titik ketenangan yang sebenar selain lebih dekat dengan Maha Pencipta.
“Hati lebih sabar, tenang, bahagia, sempurna, nampak arah tujunya serta mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.
“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
“Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, pada usia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua. Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya pada usia 40 kepada Rasulullah,” katanya lagi.
Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusuf dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian netizen.
Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...