Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Malah ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.
Begitulah yang dikongsi oleh puan ini cara mendidik anaknya telah menarik perhatian warganet.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Untuk post saya yang sebelum ni ramai yang minta tips bagai mana saya mendidik anak-anak saya utk dengar cakap saya, rajin menolong saya. Saya mcm sahabat² semua juga. Saya didik anak-anak saya dari kecil lagi.
Dari anak² berumur 5 tahun saya dah mula ajar dia buat kerja kerja yg mudah mudah..
AMALKAN SURAH
Dalam pada itu saya banyak berdoa utk anak².
Nak lembutkan hati anak2 bacalah selalu surah an-Naml ayat 30-31. semoga dgn berkat usaha ibu bapa & dgn izin Allah,anak2 akan mudah mndgr kata,lembut hati,penuh keinsafan,rajin solat & mnjadi anak yg soleh.
Semasa memasak saya akan baca surah al kausar ketika membuka api dapur. Dah siap masak nak tutup api saya akan baca lagi sekali surah al kausar. Ustaz kata dgn kita amalkan membaca surah ini ketika hendak memasak . Ini akan membuatkan satu ikatan kasih sayang yg kuat antara anak²..suami dgn kita. Semasa memasak saya juga amalkan ayat 200 surah al imran..kata ustazah itu ayat pengasih .
MALAM JUMAAT
AMALAN SEBELUM TIDUR
Dan 1 lagi amalan saya anak² tidur saya akan pergi ke anak saya..saya akan duduk disebelah anak. Saya akan sebut apa saja keinginan saya pd anak. Contoh kalau saya akan sebut Syakir semoga jadi anak yg soleh..lembut hati bila mama tegur dan beri nasihat..
Mama ingin syakir menerima nasihat mama dgn hati yang tenang. Semoga syakir berjaya didunia dan juga diakhirat kelak. Saya akan cium ubun² dan usap rambut dia.
DIDIK ANAK JANGAN PENDAM
Selain itu saya ajar anak² jangan pendam apa² jika tak puas hati.. bagi tahu je la saya.. dan saya juga lebih suka anak² boleh berkongsi masalah dgn saya.
Saya tunaikan permintaan sahabat² yg msg saya minta tips..dalam komen juga ada yg minta saya buat post baru bagi tips semua tu..saya bukan la bijak pandai dalam mendidik anak² .. saya juga seperti sahabat² yang lain juga. Ada salah silap dan kelemahan juga ..Sungguh inspirasi! Moga kita istiqomah dalam mendidik anak-anak.
Sumber: Timah Maanin