Ibu Ini Buat Jadual Agar Anak Basuh Tandas Dua Kali Seminggu. Bernas Idea Ni!

Share

Bagusnya cara ibu ini mendidik anak menjadi seorang yang berdisplin. Dengan menyediakan jadual membersihkan tandas di rumah ini adalah salah satu cara pendekatan dalam mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jom semak cara perkongsian di laman facebook puan Azie Surip. Sungguh inspirasi! Boleh lah ibu bapa cuba cara ini.


Salah satu cara mendidik anak supaya lebih bertanggungjawab adalah dgn suruh diaorg buat kerja rumah..
Mak buat mcm ni, ada jadual cuci toilet seminggu 2x. Kalau date yg diberikan tak boleh buat kena ganti hari lain. Tapi mesti buat. Lepas cuci mak akan check & bagi rating. Kalau dpt C kena cuci semula
Cara rating ABC diberikan, kalau semua ✔ maknanya A, ada 1 ✖ dpt B, 2✖ dpt C
Score card. Hari tu Harris dpt B so dia kena cuci semula bahagian yg mak ✖ tu. Hari ni Adam cuci dpt A sbb semua ✔
Lantai2 mesti kena berus betul2 kalau nampak kotor je dpt lah ✖ lps tu diaorg kena berus semula
Semua mesti cuci & susun elok-elok

Jom, kita ikut cara puan Azie ni. Sungguh inspirasi kan!