
Bagusnya cara ibu ini mendidik anak menjadi seorang yang berdisplin. Dengan menyediakan jadual membersihkan tandas di rumah ini adalah salah satu cara pendekatan dalam mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jom semak cara perkongsian di laman facebook puan Azie Surip. Sungguh inspirasi! Boleh lah ibu bapa cuba cara ini.



Jom, kita ikut cara puan Azie ni. Sungguh inspirasi kan!
Mark Adam Pernah Ambil Anak Angkat, Isteri Sedih, Trauma Bila Ibu Kandung Ambil Semula

Isi Kandungan
TogglePengalaman pahit anak angkat diambil semula ibu kandungnya meninggalkan kesedihan dan kesan trauma buat penyanyi Mark Adam dan isterinya, Norazah Redzuan. Mark Adam sebelum ini pernah mengambil anak angkat. Bagaimanapun ibu kandungnya telah mengambilnya semula sehingga isterinya menangis dan trauma.
Mark Adam Pernah Ambil Anak Angkat
Bagi pasangan yang berkahwin tentulah inginkan anak sebagai penyambung zuriat. Memetik kosmo, Mark enggan lagi memikirkan soal mengambil anak angkat. Mark tidak sanggup lagi melihat isterinya menanggung impak emosi memikirkan peristiwa tersebut.
Katanya, biarlah perkara tersebut menjadi urusan Tuhan dan dia tidak mahu terlalu berharap bimbang peristiwa lampau berulang kembali.
“SELEPAS ENAM TAHUN BERKAHWIN, KAMI PERNAH MENGAMBIL SEORANG ANAK PEREMPUAN YANG SANGAT COMEL BERUSIA LAPAN BULAN KETIKA ITU.
“Bagaimanapun setahun kemudian kami terpaksa menyerahkan semula anak itu sehingga isteri kerap menangis dan menanggung kesedihan yang mengambil masa untuk sembuh.
Lagi artikel: Besarkan Anak Angkat Islam Sejak Usia Dua Bulan, Chee Dikurnia Anugerah Maulidur Rasul
Besarkan Anak Angkat Islam Sejak Usia Dua Bulan, Chee Dikurnia Anugerah Maulidur Rasul
“Namun kami tidak pernah menutup pintu sekiranya ada rezeki untuk ambil anak angkat tetapi kami akan lebih hati-hati dan pastikan ada hitam putih serta mengikut undang-undang,” katanya.
Isteri Sedih, Trauma Bila Ibu Kandung Ambil Semula
ENGGAN BERCERITA PANJANG BIMBANG PERASAAN ISTERI TERGURIS, PELAKON DAN PELAWAK ITU MENDEDAHKAN SEMPAT MERAIKAN HARI JADI PERTAMA ANAK ITU, SEKALI GUS MENJADI KENANGAN TERINDAH MEREKA.
Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, 45, mereka hanya menyimpan kemas segala memori selain menyibukkan diri dengan belajar berniaga dan menyertai karnival jualan.
“Selain sibuk dengan pusat latihan vokal Akademi dan menguruskan karier seni saya, Izan (isteri) suka berniaga dan rajin belajar asas bisnes dengan mengikuti banyak festival jualan.
“Ikutkan perancangan jangka panjang kami memang nak serius dalam bisnes sebab dapat bantu famili serta buka peluang pekerjaan kepada orang lain.
“Buat masa ini kami berniaga ikut musim, macam biskut ketika bulan puasa serta barangan lain termasuk baju-baju ‘preloved’,” katanya.
Penyanyi lagu Pencuri itu bersama pasangan selebriti, Nad Zainal dan Ungku Ismail menyertai pasar komuniti anjuran hotel terbabit sebagai antara cara menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan jualan pada harga rendah.
Terdahulu perkahwinan Mark dan Norazah atau dipanggil Izan yang kini sudah memasuki tahun ke-20 belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Kosmo online
Kredit foto: Instagram Mark Adam
Baca artikel lain juga: Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Pertimbang Ambil Anak Angkat Jika Segala Usaha Tak Berjaya
“Just Hati-hati Kalau Guna…”- Habis Lecur Wajah Akibat Pressure Cooker Meletup, Isteri Ni Kongsi Cerita!

Menggunakan Pressure cooker memang memudahkan kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa berjam-jam untuk disediakan.
Lantaran itu, tidak keterlaluan jika dikatakan pressure cooker sekarang ini menjadi antara gajet yang wajib ada di setiap rumah. Bukan hanya kerana memudahkan dan menjimatkan masa malahan menyediakan hidangan dengan pressure cooker menjadikan masakan lebih enak kerana ianya masak sekata dan sempurna.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu apakan daya, malang tidak berbau. Meskipun penggunaan pressure cooker bukanlah suatu perkara yang baharu di masa ini, namun bagi yang pernah mengalami kejadian pressure cooker meletup pasti meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan.
Hal ini telah terjadi pada seorang isteri, dengan tiba-tiba pressure cooking yang digunakan meletup dan mengakibatkan kesan lecur hampir seluruh wajahnya. Melihat kesan tersebut, nyata sakit yang ditanggung bukan kepalang.
Satu perkongsian video oleh Nur Nadia Haris di aplikasi TikTok ini telah mencuri tumpuan warganet. Rata-rata bersimpati dengan kesakitan yang ditanggung, lebih-lebih lagi tidak dapat membayangkan betapa sakitnya kesan lecur pada kulit dengan keadaan yang sedemikian rupa.
Dalam video tersebut, dapat dilihat kulit wajahnya mengelembung dan kemudian beransur-ansur pulih setelah menerima rawatan di klinik swasta yang berhampiran. Difahamkan keadaan ini terjadi apabila pressure cooker yang sedang digunakan untuk memasak, meletup secara tiba-tiba.
Dalam kenyataan terkini daripadanya, dia memaklumkan menggunakan Pressure Cooker Brand SINC*R* Bukan Jenama Nox**. Dalam pada itu turut menasihatkan orang lain agar lebih berhati-hati saat menggunakan pressure cooker.
“Benda nak jadi , apa apa brand pun boleh, Just Hati-Hati Kalau Guna” tulisnya.
@nurnadiaharis Trust The Process , Day’s 13 #CapCut ♬ bunyi asal – N A 🌼
Meninjau di ruangan komen, ramai akui turut terkesan melihat keadaan lecur tersebut dan mula rasa bimbang dan takut jika kejadian tersebut menimpa mereka saat menggunakan pressure cooker.
Sumber : Tiktok @nurnadiaharis
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Anak Sulung Dah Settle, Anak Last Pulak.” Anak Bongsu Sharifah Shahirah Positif Covid-19, Warganet Sebak Dan Titip Doa.

Hati ibu mana yang tidak risau apabila melihat anak kesayangan di sahkan positif Covid-19 silih berganti.
Begitulah duganan yang dilalui oleh selebriti popular, Sharifah Shahirah anak sulungnya, Allisya Tahir telah disahkan positif, selang seminggu anak bongsunya pula di sahkan positif Covid-19.
Muat naik terkini penyampai radio terkenal ini menarik perhatian ramai peminat selebriti ini di media sosialnya. Sharifah Shahirah memuatnaik beberapa foto dan video situasi anak bongsunya setelah dijangkiti virus berkenaan berserta kapsyen yang menunjukkan dirinya tabah dan redha ujian yang dihadapinya.
Malah katanya, sebagai ibu sudah tentu kena biasakan diri untuk menjaga anak yang dijangkiti virus Covid-19.
“Pastu mak dia nak jaga camna? Mak dia kena jaga kenalaa kan dah tentu …kena kerja..lalalalala..kena biasakan…semua biasakan.”
Peminat Titip Doa
Melihat video berkenaan para rakan artis dan ramai peminatnya menitipkan doa buat anak penyampai radio supaya anaknya segera kembali sembuh.
Sumber: shieraijoy
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.