Pastinya antara kita sedia maklum dengan kisah duka seorang wanita bernama Jahidah Nordin yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan hujung tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami yang tidak berhati perut.

Kini anak lelaki yang diberi nama J Ehsan Nufail, usianya bakal genap setahun pada 30 November ini. Dapat dilihat melalui perkongsian daripada Fauziah, anak buahnya itu  semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil. Apatah lagi ibunya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil.

“Ibu..Ibu…Adik Datang Ni”- Anak Jahidah Mengesot Cari Ibu Dalam Bilik, Buat Netizen Sebak

Pun begitu, Fauziah menyatakan kerisauan dek kerana berat badan Nufail  masih belum mencapai berat badan ideal. Apa tidaknya, sejak dalam rahim ibu lagi anak buahnya itu tak merasa makanan kecuali susu. Lantaran itu, Fauziah bertanyakan kepada warganet susu apa yang terbaik untuk menambah berat badan Nufail.

“Dah bulan 10 berat tak cantik lagi, semoga Nufail membesar sihat” kongsi Fauziah.

@ziahzara15 susu apa elok utk tambah berat? #eshannufail #ziahzara #babyjahidah #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

Nyata warganet begitu prihatin dengan Nufail, perkongsian video tersebut mendapat maklum balas dengan ramai yang berkongsi info dan mendoakan agar Nufail dapat membesar dengan sihat.

Selain itu,  Fauziah Nordin  ada berkongsi lagi kepada umum video yang turut menyentuh hati wargamaya. Dimana memperlihatkan gelagat Nufail yang sudah pandai mengesot meluru ke arah bilik ibunya. Seakan-akan anak kecil itu tahu di mana ibunya berada tanpa dibantu oleh sesiapa.

Ads

“Ibu..Ibu…Adik Datang Ni”- Anak Jahidah Mengesot Cari Ibu Dalam Bilik, Buat Netizen Sebak

Mungkin siapa tahu, naluri anak merasakan ibunya sedang memanggilnya, “ibu..ibu…adik datang ni”

@ziahzara_15 anak Soleh bijak nufail..♥️♥️🥹#babyjahidah #nufailfamily #eshannufail #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara ♬ Buah Hati – Armada

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sayu menyaksikan tindakan anak tunggal Jahidah Nordin berkenaan. Dalam waktu yang sama, mereka turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta ibunya.

kuat ye syg.. nanti bela nasib ibu mu.. semoga allah merahmati kehidupan mu syg🥰🥰🥰

Ads

smga adik naufal menjadi ank yg soleh ❤smga sihat slalu syg🥺🥺❤IIBU❤

😍sikit hr lagi berlari2 dia keluar masuk bilik tgk ibu. moga menjadi pembela nasib ibu kamu syg

ini anak yang bijak. besar nanti dia akan jaga dan menangkam ibunya nanti. Sis tolong jaga dengan baik ya. Besar pahala untuk sis n family 🥰

Sumber : TikTok @ziahzara_15

Ads

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Ibu..Ibu…Adik Datang Ni”- Anak Jahidah Mengesot Cari Ibu Dalam Bilik, Buat Netizen Sebak

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI