Ibu-ibu Yang Nak Kurus & Sihat, Kena Belajar Buat Resipi Ni!

Share

Bila ditanya pada wanita tentang erti cantik, memang pelbagai jawapannya dan salah satu yang popular mesti kreaterianya adalah KURUS.

Pun begitu, untuk mendapatkan berat badan ideal bukan mudah. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang suka makan dan memang sukar mengawal nafsu makan tersebut.

Tapi tahukah anda, sebenarnya dengan makan sekali pun anda boleh kurus dan sihat!

Nak tahu bagaimana, jom kita semak perkongsian Syai Aizat tentang kebaikan cendawan yg boleh bantu anda turunkan berat badan. Specialnya lagi, resipi cendawan turut dikongsikan. Boleh dicuba!


SIHAT DENGAN SI CENDAWAN

Siapa suka cendawan.Berita baik untuk anda.Bukan setakat sedap sebagai makanan, tapi juga sebagai ‘nature medicine’. Siapa yang ingin MENURUNKAN BERAT BADAN, sangat bagus untuk di amalkan.

Kebaikan Cendawan :

1. Fat-Free, Tinggi Fiber, Sangat rendah kalori
(1/2 mangkuk – 10kcal)

2. Tinggi Mineral – mengandungi Postassium, Selenium, Riboflavin, Thiamin, Folate, B6, Niacin ) dan ZInc.

3. Mengandungi Phytochemical & Glutamic acid

Dapat membantu untuk :

1. Menurunkan berat badan
2. Meningkatkan sistem imun
3. Mencegah kanser
4. Menurunkan tekanan darah
5. Menurunkan kolestrol

Ia boleh di ambil sebagai ‘pengganti daging’ kerana sifat kekenyalan dan mineral yang tinggi.

Saya share menu sihat cendawan

Bahan-Bahan
Cendawan
Bawang merah+ bawang putih
Lada hitam
Cili padi
Telor
Air
Secubit Garam

Caranya
1. Didihkan air,masukkan bawang merah,putih,cili padi,kacau-kacau.

2. Kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan telor,tunggu masak masukkan secubit garam dan tutup api.

sumber : Syai Aizat