Biasanya, rempah ini digunakan di dalam masakan. Jangan tak tahu, jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia memiliki khasiat tersendiri buat anda yang ingin menurukan berat badan. Kaum wanita khususnya yang mahu badan langsing boleh cuba teh jintan manis.
Dengan pengambilan secawan teh jntan manis pada waktu malam juga dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.
Berikut beberapa khasiat yang ada di dalam rempah jintan manis yang anda tidak ketahui sebelum ini.
Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan. Selain itu, ia juga membantu mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid.
Kawal tahap kolesterol
Kaya dengan vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.
Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh-lenguh otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.
Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!
Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid dan menopaus, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.
Merawat gejala pra-haid, pra-menopaus dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)
Penyediaan Teh Jintan Manis
Bahan-Bahan
1 sudu jintan manis
2 gelas air
Cara :
Jika diamalkan berterusan, kita akan merasa manfaat dan kebaikannya pada tubuh badan. ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yang membersih darah, buah pinggang, paru-paru dan limpa. Untuk kesan yang terbaik perlu istiqamah.
kredit : Suriani Senapi