Ibu-Ibu Yang Berkahwin Lakukan 4 Amalan Ini Jika Mahu Pastikan Rahim Dan Faraj Sihat Dan Bebas Penyakit. Serius, Patut Praktis Ni!

Share

Rahim dan faraj dua anggota tubuh wanita yang cukup penting dan perlu dijaga rapi kerana keduanya berkait dengan peranakan.

Antara cara yang boleh diamalkan wanita dalam memastikan bahagian ini sihat dan bebas penyakit adalah dengan melakukan penjagaan luaran. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh anda lakukan.

Mandi serum

Mandi serum atau mandi herba ini biasa dilakukan oleh ibu lepas bersalin. Tapi sebenarnya ia boleh saja dipraktikkan oleh wanita yang bukan dalam pantang. Daun-daun berikut akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian.

– Daun pandan

– Daun limau purut

– Daun serai wangi

– Daun mengkudu

– Daun kunyit

– Halia

Selain bertujuan untuk membuang angin, khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi kesan pada kulit. Mandi serum paling mudah boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tahu best atau tidak cuba dan rasakannya sendiri.

Bertangas

Tidak ramai yang amalkan bertangas. Mungkin merasakan aktiviti ini agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30 minit.

Terdapat dua jenis iaitu tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pra menopaus. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan dihalakan pada faraj.

Tangas kering pula memerlukan batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu dihalakan pada faraj.

Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj sihat. Segala toksin akan keluar dari faraj melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih dan manjakani. Tangas kering pula manjakani, kunyit, halia, halba, perahan limau.

Rendaman faraj

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba mengandungi garam bukit, sirih, manjakani. Biarkan air menjadi suam sebelum berendam. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang ingin bebas dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir.

Meruang

Umpama longkang yang tidak dibersihkan, ia akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid atau keputihan akan menempel di dinding faraj.

Lama-kelamaan akan timbul lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang adalah cara membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Sumber: Persatuan Muafakat Johor