Ibu-ibu Tak Perlu Risau Lagi Anak Demam Campak, Boleh Cuba Amalan ‘Berbedak’ Ni Untuk Hilangkan Parut!

Share

Bila anak demam campak selain risaukan suhu badannya yang turun naik dengan tinggi, masalah parut kesan daripada campak ini begitu merisaukan ibu ayah. Lagi-lagi kalau anak perempuan. Bimbang parut kekal hingga mereka dewasa.

Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.

Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.

Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.

Pulihkan Guna 3 Bahan

Bahan-bahan:


Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk

Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.

2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.

3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.

Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.

Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.

Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.

 

Selamat mencuba!