Ibu-Ibu Patut Cuba Tip Ini Untuk Mudahkan Seterika Baju. Bukan Sahaja Jimat Elektrik, Kedutan Pun Cepat Hilang!

Share

Seterika baju adakalanya memenatkan dan memakan masa teutama bagi anda yang mempunyai anak-anak ramai. Selain baju kerja suami, anda juga perlu seterika baju anak dan juga pakaian lain.

Nak nak lagi bila balik kampung nanti, pasti ramai yang nak seterika baju raya kan. Jadi nak cepat dan memudahkan kerja anda, jom cuba kaedah ini.

Hanya dengan menggunakan tiga bahan ini sahaja iaitu papan seterika, kertas alumimium dan kain kapas, kerja anda akan menjadi lebih mudah, cepat dan dapat menjimatkan elektrik.

Terima kasih kepada Puan Afnee Baker yang telah berkongsi tip ini.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Papan seterika, kertas aluminium dan kain kapas.
  2. Balutkan papan seterika dengan kertas aluminium
  3. Balutkan kain kapas atas kertas aluminium pula
  4. Kemaskan dengan gunakan stepler gun.
  5. Hasilnya, anda tidak perlu gosok bahagian belakang. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminum itu pemantul haba yang baik.

Selamat mencuba!