Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya. Demikian juga air tangan isteri.
Meski pun apa yang dimasak itu ringkas saja tapi disebabkan ia diolah dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus maka tatkala anak dan suami menikmatinya ia terasa enak sekali.
Dorongan memasak seorang ibu juga bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Yakni untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anak.
Sebab itulah walau penat pulang dari kerja petang hari, seorang ibu akan tetap memasak untuk keluarganya.
Masakan dari seorang ibu juga adalah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah semasa memasak turut ibu boleh melakukan usaha untuk melembutkan hati anak dan suami.
Berikut adalah amalan yang boleh ibu praktikkan .
1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
2. Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Ads
3. Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
4. Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
5. Semasa memotong sayur atau daging bacakan surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud;
“Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”.
Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Ads
6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
7. Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
8. Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
9. Sewaktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri mengikut sunnah.
Ads
10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Sumber: Petua Ibu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada yang cuba menanam pelbagai jenis pokok untuk dapat dituai hasilnya, pastinya pokok cili akan tersenarai antara pokok yang difikirkan sesuai ditanam.
Memandangkan cili sering digunakan dalam masakan harian dan bila ada sepokok dua, itu sudah memadai.
Untuk itu, ketahui cara paling mudah untuk menyemai pokok cili seperti yang dikongsikan ini.
Hari ni saya akan kongsikan cara yg mudah utk semai benih cili.
1)Sediakan benih cili padi /lada besar yg dibuat sendiri atau yg siap dibeli. Rendam selama bbrp jam..pilih yg tenggelam shj.. yg timbul buang. Kemudian keringkan selama 24 jam.
2)Sediakn bekas semaian plastik (harga 2.50 aje). Media untuk semaian yang saya gunakan ialah tanah hitam biasa, kompos dan cocopeat. Nisbah 3:2:1.Gaul rata kesemuanya.Boleh guna peat moss atau cocopeat sepenuhnya kalau tak nak guna tanah. Pilihan di tangan anda.
3)Masukkn tanah ke dalam bekas semaian.Buat lubang di tengah-tengah menggunakan jari. Kedalaman 1cm.
4)Masukkn benih cili sebanyak 2 biji sahaja. Jangan lebih. Kalau ada keyakinan tinggi, boleh letak sebiji sahaja. Tutup benih yang telah dimasukkn ke dalam lubang tadi dengan lebihan tanah yang telah digaul rata.Nipis sahaja ye, jangan bagi padat sangat.Kemudian spray ringan ringan sahaja. Jangan terlalu banyak menyiram.Letakkan di tempat teduh tapi cahaya boleh tembus supaya benih dapat bercambah dengan sempurna.
5)Selepas 7-10 hari, benih akan bercambah dan akan mengeluarkan daun. Selepas 2 minggu ke sebulan, daun akan menjadi 2-5 helai.
Urusan tuntutan harta pusaka tentunya bukan semua ambil tahu, apatah lagi jika tidak membabitkan dengan diri dan keluarga kita sendiri.
Pun begitu, bila sampai masa dan ketikanya tidak tahu pula apa tindakan yang harus dibuat bagi mengurus harta peninggalan si mati.
Untuk itu, peguam ini kongsikan formula asas untuk memudahkan tuntutan yang wajar dilakukan.Jom semak.
Ramai yang masih bertanya soalan yang paling asas berkenaan kat mana nak mohon pusaka.
Si mati meninggalkan akaun ASB sahaja, boleh mohon di pejabat tanah tak? Bila masa yang kena mohon di mahkamah sivil atau di amanah raya? Saya kongsikan semula nota saya sebelum ni untuk rujukan.
Ini sifir urus pusaka yang paling asas. Hafal sifir ni ye simpan kemas-kemas.. mungkin berguna suatu hari nanti..
Sifir Asas Urus Pusaka Di Malaysia ***********************************
1) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke bawah —-> Amanah Raya Berhad.
2) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke atas —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
3) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai kurang RM2 juta —-> Unit Pusaka Kecil, Pejabat Tanah berhampiran.
4) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai melebihi RM2 juta —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
5) Pentadbiran harta pusaka berwasiat (non-muslim) —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
6) Permohonan Perintah Jualan terhadap Harta Pusaka —-> Mahkamah Tinggi Sivil.
7) Permohonan pengesahan waris (Sijil Faraid) —-> Mahkamah Syariah.
8)Permohonan Pengesahan Wasiat & Hibah
—-> Mahkamah Tinggi Syariah.
9) Permohonan pengisytiharan harta sepencarian terhadap harta pusaka —-> Mahkamah Tinggi Syariah.
Nota :
Harta Tak Alih : Rumah/Bangunan/Tanah/Kebun
Harta Alih : Kereta, Wang Tunai, Akaun Bank, KWSP, ASB, tabung haji, barang kemas, saham dll
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati Siti Bainun gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ini bermakna, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan.
Susulan itu, mahkamah memberi peluang kepada peguam, Mohammad Farhan Maaruf yang mewakili Siti Bainun, untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhi hukuman.
Ketika ini, prosiding masih berlangsung dengan pembelaan menghujahkan mitigasi iaitu mengurangkan hukuman yang bakal dijatuhkan.
Kes Bella tular di media sosial selepas seorang wanita mendakwa remaja perempuan itu disimbah dengan air panas dan diikat ketika berada di bawah jagaan Rumah Bonda.
Susulan itu, pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November tahun sama, pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...