Ibu-Ibu Nak perut Kempis Dan Awet Muda Cuba Buat Jamu Dengan 4 bahan ini. Mudah, Ringkas, Yang Penting Bahan Semula Jadi!

Share

Pelbagai cara dan petua yang ada untuk anda yang mengalami masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sebagainya. Mungkin ada antara kita yang tidak berani mengambil produk di pasaran, bimbang kesan buruk pada tubuh.

Nah, admin sediakan satu petua yang cukup mudah, ringkas dan yang penting menggunakan bahan semula jadi.

Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki, petua ini bukan sekadar dapat membantu kempiskan perut, ia juga dapat mengeluarkan angin degil dan lemak terkumpul, melancarkan pencernaan, menyihatkan dalaman dan luaran serta untuk mengekalkan awet muda.

Bahan Bahannya:

3 inci Kunyit

1 inci Halia

Segenggam asam jawa

2 sudu gula melaka/ gula kabung

Sedikit garam

Cara Caranya:

  1. Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Atau boleh juga dikisar.
  2. Masukkan semua bahan dalam periuk.
  3. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
  4. Didihkan. Tapis dan saringkan. Dan boleh diminum suam suam.

 

 

 

 

sumber: Azwani Muzammel