Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu? Nak nak lagi bagi anda yang sudah terbiasa pegang duit sendiri.
Tetapi ada masanya anda terpaksa berkorban, memilih kerjaya mahupun keluarga. Buat ibu-ibu di luar sana yang ingin dan sudah berhenti kerja demi keluarga tercinta, mungkin boleh jadikan nasihat Dr Hasiba Kamaruddin ini sebagai panduan.
Jika aku bertemu dengan para ibu yang berhenti kerja walau apa jua alasan pun demi menjaga anak – anak sendiri walhal mereka punya pendidikan tinggi dan pernah berkerjaya sebelum ini, aku tumpang gembira buat mereka.
Pertamanya aku gembira kerana si suami berani menyahut cabaran mencari nafkah keluarga di era ‘seorang bekerja tak cukup’ masakini. Aku tumpang gembira juga kerana para ibu ini sanggup mengorbankan cita – cita dan bakat yang mereka ada dalam membina kerjaya demi menjaga keluarga. Ini bermakna lebih ramai ibu – ibu yang ber’isi’ mindanya dalam membina peradaban bangsa yang kian kosong kini.
Walaupun mereka tampil menyatakan ketidakpastian dan kerisauan akan keputusan yang diambil, pesan aku begini:
- Bersyukur sebab ada suami yang sanggup jaga kita seadanya. Terima apa saja yang mampu disediakan oleh suami walau kita sendiri mampu untuk hasilkan lebih dari itu.
- Always feel good about yourself walaupun kita rasa lebih bagus semasa belajar dan berkerjaya dulu.
- Jaga anak, jaga urusan rumah tangga pun kerjaya juga.
- Jangan risau akan rezeki kerana Allah SWT janjikan cukup untuk hambaNya hidup di bumi ini. Cukup, bukan mewah.
- Sentiasa doa moga Allah SWT mudahkan urusan suami, murahkan rezeki berkat buat dia. Semasa solat atau bila – bila masa saja. Percayalah yang ini akan berlaku.
- Kalau dulu bekerja tak sempat solat Dhuha, sekarang mesti sudah sempat. Solat Dhuha.
- Tingkatkan nilai diri. Sambil jaga anak dan rumah, cari aktiviti yang boleh menambah nilai diri dan orang sekeliling. Contohnya:
- Baca buku – buku yang baik untuk buka minda. Sekejap pun takpa.
- Hadiri kuliah2 Dhuha di surau2, bawa anak sekali kerana kuliah Dhuha ni kebanyakannya ustazah yang deliver dan mak – mak serta nenek – nenek yang hadir. InsyaAllah tak kena sound kalau anak lasak. Muslimin pun tak ada kalau perlu lebih proaktif dalam mengawal anak – anak.
- Hadiri kelas – kelas bersiri Bahasa Arab atau Quran, makhraj dan tajwid kerana biasanya kelas – kelas begini percuma di surau2 dan waktunya juga pendek sekitar 2 jam saja. Kelas bersiri begini akan jadikan kita lebih berdisiplin dan terancang.
- Buat aktiviti yang bermakna dengan anak – anak. Belajar cara berkomunikasi yang sesuai dengan umur anak untuk bantu pembangunan diri mereka.
- Elakkan menonton rancangan TV yang lagha atau buat aktiviti yang kurang bermanfaat kerana anak – anak ada bersama kita 24/7. Jangan biarkan mereka belajar aktiviti tak bermanfaat itu.
- Bila anak – anak dah capai umur 5 atau 6 tahun, hantar dia ke tadika atau playschool. Sekejap pun tak apa. Dua tiga hari seminggu pun tak apa. Ini untuk membantu pembangunan sosial dan kendiri mereka. Walau kita berhenti bekerja untuk jaga dia, anak ini perlu juga belajar berinteraksi dengan masyarakat luar supaya lebih berdikari dan tidak terlalu self-engrossed.
- Berinteraksi dengan jiran – jiran kerana semasa bekerja dulu, kita tak da masa. Masak lebih kemudian share dengan jiran juga.
- Plan aktiviti dengan SAHM lain seperti baca Yaasin, usrah etc. Kalau tak boleh deliver sendiri, cari ustazah datang rumah.
- Kalau rajin menulis, menulislah apa – apa yang bermanfaat. Kalau pandai melukis, lukis lah apa – apa yang menenangkan. Kalau minat menjahit, jahitlah apa – apa yang berguna.
Seorang SAHM pernah bertanya pada saya, “Patutkah saya sambung belajar macam akak?” setelah dia menyatakan kekosongan jiwa dek berada di rumah sepanjang masa. Jawapan saya, “Boleh kalau awak nak dan rasa mampu. Tapi sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat untuk mengisi kekosongan jiwa itu. Awak sebenarnya hanya ingin keluar sebentar saja dari rutin harian itu. ‘Me-time’ itu ada, kita cuma perlu jadikan ia, fleksibelkan ia dan pelbagaikan ia.
Dan sebenarnya yang jauh lebih penting adalah, pandangan kita terhadap diri kita. Do you feel good about yourself?