Ibu-Ibu Kena Praktis Teknik Ini Kalau Nak Latih Anak Buat Kerja Rumah.

Share

Sebagai ibu bapa kita sering merasakan anak kita masih kecil dan belum masanya dibebankan dengan kerja rumah. Hakikatnya, kita adalah sebuah keluarga yang memerlukan sumbangan sesama ahli dan agak sukar mendapatkan kerjasama sekiranya anak tidak dilatih dari kecil.

Kajian menyatakan hampir 74% ibu bapa memberitahu bahawa anak mereka tidak membantu kerja rumah kecuali jika diminta. Dan hampir 50% ibu bapa menyatakan bahawa mereka perlu bertengkar dengan anak-anak untuk meminta mereka melakukan kerja rumah.

Tak salah jika anak-anak diajar berdikari sedari awal. Ini bukan mendera sebaliknya memudahkan mereka apabila besar kelak.

Kadang kala kita perlu bertenang dan bersabar semasa memberikan tugasan. Selain dari deadlinenya ialah waktu, ia boleh jadi selepas atau sebelum aktiviti lain. Contohnya menyiram pokok selepas mengelap meja makan dengan bersih. Ianya tidak bergantung kepada waktu di mana sebagai ibu bapa kita sering mahukannya dilakukan dengan segera.

Bersabar, anak akan melakukan apa yang tertera di dalam jadual dengan deadline yang ditetapkan. Berikan sedikit ruang kepada mereka tanpa perlu kita bertanya sudah siap atau belum?

Amalina Mohd Daud berkongsi tip untuk memudahkan ibu bapa memulakan langkah awal mengajar anak-anak melakukan kerja rumah. Jom baca ni:

Mak mak sentiasa nak anak cemerlang. Ada yang sibuk nak aturkan hidup anak pergi sana-sini sampai anak cepat matang berbanding usianya. Sampai satu tahap, anak tak nampak betapa gembiranya hidup sebabnya lupa nak nikmati kehidupan masa kecil.

Rupa-rupanya yang menjadikan anak itu cemerlang bukanlah segala benda yang kita dah berikan..tapi 2 benda sahaja iaitu kasih sayang yang tiada bertepi dan kerja rumah. Part kasih sayang memang insyaAllah semua mak mak beri unconditional love. Tapi part membuat kerja rumah ni ramai parents tak tau nak mula dari mana.

Household chores sebenarnya boleh dimulakan seawal usia 2 tahun. Lagi cepat lagi bagus. Tapi takdelah bila usia 2 tahun ni kita suruh mop lantai vacuum rumah…tak tak. Household chores yang kita beri adalah age-appropriate iaitu bersesuaian dengan usia masing-masing.

Kenapa household chores?

1. Melatih anak sentiasa bermanfaat pada orang lain


.
Orang yang bermanfaat ni kat mana-mana cemerlang. Kalau dia jadi cikgu, dia akan jadi yang terbaik. Kalau jadi peniaga, dia akan jadi peniaga dermawan. Sejuk kannn perut mak!

2. Melatih mereka jadi manusia berdisiplin

Yup chores melatih anak untuk sentiasa ada jadual dan tahu apa nak buat dari semasa ke semasa. Orang berdisiplin sentiasa teratur kehidupan dan syarat untuk berjaya kena berdisiplin kannn

Tapi, mak mak kena ingat rules ni ya!
1. Buat jadual chores untuk anak.
2. Konsisten ikut jadual
3. Terima bila tidak sempurna. Yang penting anak buat dulu
4. Berikan pujian bila anak mula buat
5. Tunjuk dulu baru arah
6. Beri arahan specific. Kalau general macam nanti tolong kemas rumah..anak tak tau macam mana.

Ok sekarang saya dedahkan sedikit age-appropriate chores yang sesuai untuk anak-anak

Usia 2-3 tahun
============
1. Kemas mainan
2. Beri makan pada pets
3. Letak baju dalam bakul
4. Lap kalau ada tumpahan
5. Bersihkan habuk
6. Susun buku dan majalan

Usia 4-5 tahun
===========
1. Kemas katil
2. kosongkan tong sampah
3. ambil surat di petisurat
4. bersihkan meja
5. cabut rumput
6. guna vacuum
7. siram pokok bunga


8. basuh pinggan mangkuk plastic

Usia 6-7 tahun
============
1. masukkan pakaian ke dalam mesin basuh
2. kemas lantai
3. kemas dan susun meja
4. tolong masak
5. kemas bilik tidur

usia 8-9 tahun
===========
1. simpan barang-barang dapur
2. vacuum
3. tolong masak
4. lap meja
5. menjahit butang
6. potong sayur
7. masak makanan simple – roti bakar
8. mengemop lantai

Pastikan anda beri tugas yang sesuai dengan usaha. Tunjukkan pada anak dulu cara ianya dilakukan baru suruh mereka buat. Tak perlu perfect pada peringkat awal. Selalu puji anak.
Household chores sangat bagus mendidik anak. Menjadikan anak lebih bertimbang rasa dan memahami perasaan orang lain. Selamat mencuba! Bila anak cemerlang peribadi – dunia akhirat insyaAllah cemerlang!

sumber:  t.me/amalinamohddaud & Amalina Mohd Daud