Mencuci pakaian ada caranya. Jangan pakai masuk semuanya ke dalam mesin tanpa mengasingkannya terlebih dahulu. Namun, kadangkala kita tidak sedar tercampur pakaian berwarna dengan baju putih ketika merendam atau mencuci pakaian. Akibatnya warna baju itu melekat pada pakaian berwarna putih.
Contoh lain, denim dan baju putih tidak boleh direndam bersama kerana warna denim boleh mencacatkan baju putih anda.
Sayang kan jika nak dibuang sedangkan baju itu masih baru dan lebih penting lagi mungkin ia salah satu baju kegemaran anda. Jadi, jangan cepat kecewa, nah kami sediakan tip apa yang anda perlu buat sekiranya warna baju sudah melekat pada pakaian lain.
1. Rebus Baju
Ads
Rebu baju? Jangan terkejut kerana kaedah ini menjadi. Rebus sehingga hilang warna yang melekat pada baju itu. Tapi anda perlu lihat juga jenis fabrik yang ingin direbus. Kalau fabriknya tebal dan tidak sensitif tidak mengapa. Sekiranya fabrik nipis dan sensitif, rendamkan saja dengan air panas selama beberapa minit.
2. Perahan Limau
Ads
Rendamkan baju yang terkena warna tu dalam air panas yang telah dicampurkan dengan perahan limau. Sekiranya kotoran banyak, anda mungkin memerlukan perahan yang banyak. Ianya bergantung kepada tahap warna yang melekat pada baju anda.
Ads
3. Clorox Lemon
Letak 1 skop sabun basuh baju dalam baldi. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Isikan lima penutup botol clorox lemon. Kemudian, kacau air sabun dan clorox sehingga sebati. Masukkan baju anda. Rendaman yang lama untuk baju berwarna manakala pakaian putih mungkin dalam masa 10 jam.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di saat kita sedang bahagia dan mewah dengan segalanya, jangan dilupa akan mereka yang dalam kesusahan. Bukan semua orang bernasib baik, justeru sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kisah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faisal Yusuf menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang beratur untuk membeli makan di sebuah kedai, kemudiannya didatangi seorang pemuda yang tidak dikenalinya meminta untuk dibelanjakan sebungkus roti. Pemuda itu memaklumkan dia kelaparan tapi masih menunggu gaji. Kisah yang cukup menyentuh hati ini mendapat simpati netizen. Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pulak beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu.
Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar mandir di bahagian roti.
Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi.
Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah.
Sedang saya ralit scroll handfone, tiba-tiba sahaja saya ditegur. “Bang, oo bang. Minta maaf bang”.
Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.
“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.
“Bang, saya nak beli satu roti ni. boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.
“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli.
Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.
“Ni rotinya bang. Harganya RM4.90.”
“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5. Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai.
Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwhich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?
Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit.
Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.
‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat.
Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice. Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwhich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.
Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu.
Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.
Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.
Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.
Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 1O.
Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi. “Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro. Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu. “Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi. Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya. Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya#wawabundleofjoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya makan pisang ni, kena ada ilmu. Tahap ranum atau tidak pisang akan melambangkan kesihatan pisang itu. Jika selama ini kita hanya makan pisang untuk khasiatnya. Tetapi melalui perkongsian doktor ini menjelaskan lanjut mengenai tahap manfaat pisang.
Ikuti perkongsian ini Hafiz Sulaiman moga bermanfaat bersama.
PISANG MUDA, PISANG RANUM
Bila makan pisang, ramai akan bedal saja kan asal sedap. Macam saya sendiri, lebu ranum sangat tak suka. Kalau putik muda sangat kelat pulok. Sedang-sedang pilihan hati..rupanya paling sihat dan selamat!
Makan pisang pun sebenarnya kena tengok level masak ke tak dan ejas dengan keserasian perut kita serta apa aim kita untuk kesihatan.
Ini petuanya:
PISANG HIJAU TAK MASAK
1. Time kelat ni kandungan serat sangat tinggi. Serat tinggi ini susah di cerna perut kita. Kuman perut akan makan pisang susah cerna ni. Jadi pisang hijau memang prebiotik (makanan kuman usus) yang bagus. Paleo diet dulu-dulu fenomena kerepek pisang tanduk (plantain) sebab ni lah.
2.Bagusnya pisang hijau ni juga ialah sebab rendah FODMAPs Jadi jika anda ada alah FODMAPs elok lah elakkan pisang masak supaya tak kembung.
3.Masalah satu je pisang hijau ni. Sebab susah cerna, jadi mereka yang ada masalah kembung seperti SIBO, IBS dan masalah pencernaan lain molek lah elakkan dulu awal-awal rawatan pemulihan ya.
PISANG MASAK
4. Lagi masak pisang ni, antioksida lebih tinggi sebab lagi lama hidup. Paling penting, pisang masak lebih sedap..sebab kandungan gula makin tinggi.
Tapi orang sakit diabetes kena hati-hati sebab kandungan gula sebijik pisang ni dalam 12gram ye.
5. Makin masak pisang yang tak bestnya, ialah kandungan ejen saraf DOPAMIN dan SEROTONIN dalam pisang ni berkurang. bahan ni penting untuk perasaan “pleasure” dan “rewarding” serta penting untuk pergerakan badan. Kalau kekurangan dopamine badan gerak tersekat-sekat macam orang parkinson.
Serotonin pula hormon yang kawal mood serta penting untuk buat hormon tidur, melatonin. Orang anxiety, depression dan insomnia didapati kekurangan serotonin biasanya.
6. Orang ada angin, saraf dan badan jadi sensitif…orang tua-tua kata angiinnn..Molek lah jangan banyak makan pisang ranum sangat sebab tinggi ejen saraf HISTAMIN. Orang ada angin, perut dia rosak jadi enzim yang proses histamin dah kurang efisyen..Jadi histamin kumpul banyak dalam badan sebabkan radang dan alahan…angin-angin sana-sini. Mengikut pengalaman klinikal saya, jenis pisang emas dibawa belayar, masak sebijik atas peti paling “angin”. Pisang berangan okay sikit.
Jadi nak makan masa hijau ke..masa masak? Tepuk dada, tanya selera.. Tengok tahap kesihatan lah jugak ye.
Makan beringat sikit kang perut sakit, badan menjerit.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.