Perut yang buncit selepas melahirkan anak memang menjadi satu masalah buat ibu-ibu selepas bersalin. Adakalanya boleh jadi tertekan bila mana semua pakaian mula sangkut pada bahagian perut. Mulalah hilang rasa yakin pada diri sendiri, apa lagi depan suami.
Berdiet memang nampak mudah tetapi nak melaksanakannya memang memerlukan kegigihan yang tinggi. Nak lagi kalau ibu sedang menyusukan badan. Macam mana nak berdiet?
Selain usahakan cara berdiet secara perlahan-lahan, anda boleh juga amalkan petua tradisional. Petua yang dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim ini boleh juga ibu-ibu cuba. Nampak mudah dan ringkas. Hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Jom cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Kak Ju nak kongsi dengan korang jamu homemade ni. Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan. Rajin dengan malas je. Betul tak?
Bahan-bahan:
3 sudu halba (direndam selama 2 minit)
3 cm halia (kalau ada halia muda lagi elok)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Toskan halba yang direndam tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian gentel bulat-bulat kecil macam maajun .
4. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Khasiatnya perut akan jadi kempis dan angin dalam badan pun akan hilang.
Ibu mengandung tidak sesuai. Ibu menyusu sesuai amalkan jamu ni bila anak dah hilang kuning (jaundis) dulu.
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Selamat mencuba!
Kredit: Kartika Juliana Abdul Karim