
Perut yang buncit selepas melahirkan anak memang menjadi satu masalah buat ibu-ibu selepas bersalin. Adakalanya boleh jadi tertekan bila mana semua pakaian mula sangkut pada bahagian perut. Mulalah hilang rasa yakin pada diri sendiri, apa lagi depan suami.
Berdiet memang nampak mudah tetapi nak melaksanakannya memang memerlukan kegigihan yang tinggi. Nak lagi kalau ibu sedang menyusukan badan. Macam mana nak berdiet?
Selain usahakan cara berdiet secara perlahan-lahan, anda boleh juga amalkan petua tradisional. Petua yang dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim ini boleh juga ibu-ibu cuba. Nampak mudah dan ringkas. Hanya gunakan 4 bahan sahaja.
Jom cuba petua yang dikongsikan olehnya ini.
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Kak Ju nak kongsi dengan korang jamu homemade ni. Bahan bahan depan mata kita je. Tak susah pun nak buat. Yang penting jimat dan berkesan. Rajin dengan malas je. Betul tak?
Bahan-bahan:
3 sudu halba (direndam selama 2 minit)
3 cm halia (kalau ada halia muda lagi elok)
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Toskan halba yang direndam tadi.
2. Masukkan kesemua bahan dalam lesung batu dan tumbuk sehingga lumat.
3. Kemudian gentel bulat-bulat kecil macam maajun .
4. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Amalkan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan. Khasiatnya perut akan jadi kempis dan angin dalam badan pun akan hilang.
Ibu mengandung tidak sesuai. Ibu menyusu sesuai amalkan jamu ni bila anak dah hilang kuning (jaundis) dulu.
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Selamat mencuba!
Kredit: Kartika Juliana Abdul Karim
“3 Kali Kandungan Saya Gugur Diterajang & Perut Dipijak.” Diseksa Suami 30 Tahun, Ini Sebabnya Kenapa Baru Sekarang Isteri Minta Cerai!

SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT. SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Kisah wanita malang yang didera suami sendiri sejak 30 tahun lalu cukup menyedihkan. 3 kali keguguran akibat disepak terajang. Belum bab dimaki hamun, disumpah seranah dan pelbagai lagi.
Ikuti perkongsian oleh Ustazah Asma Binti Harun, Ex Perundingcara Rumahtangga dari pengalaman kisah benar yang berlaku pada 2011. Moga bermanfaat untuk semua!
RUMAHKU NERAKA KU.
BAHAGIA DIHUJUNG DERITA.
“Ustazah, saya datang untuk membuat permohonan CERAI FASAKH, saya tak boleh lagi teruskan hidup dengan suami, saya nak cari ketenangan di hujung-hujung usia begini”
Dari awal klien ini masuk wajahnya dilihat tenang tapi sarat dengan beban yang berat. Sambil meneliti fail, umur awal 50an, seorang guru, ada ijazah, usia perkahwinan cecah 30 tahun, anak 8 Orang.
“Adakah puan dah timbang dengan teliti kesan penceraian di usia begini, bagaimana penerimaan anak-anak, dan apakah alasan kuat puan, bukan mudah permohonan fasakh nak lulus kecuali ada alasan yang kukuh”. Pada perkiraan saya ketika itu, mungkin isu orang ke 3 baru muncul atau sekadar masalah komunikasi.
“Ustazah, sepanjang perkahwinan hidup saya sangat menderita, saya hadapi penderaan fizikal, mental, seksual dan emosi”. Nada sebak dan terketar-ketar seperti melepaskan tempikan suara hati yang sangat lama dipendam.
“Ustazah, 3 kali kandungan saya gugur kerana disepak terajang dan perut dipijak. Ustazah pernah baca kisah yang heboh satu malaysia, kes seorang isteri didera dan dipijak perut sehingga gugur kandungan?, saya hanya mengangguk. “Itu adalah cerita saya, kali pertama saya buat report dan entah bagaimana cerita itu tersebar, saya malu pada jiran, rakan sekerja, keluarga, semua tahu cerita saya. Kes itu tutup kerana saya diugut dengan suami. Suami pegawai pangkat tinggi, dia seorang yang dikenali. Selepas itu 2 kali lagi kandungan gugur kerana didera dipijak perut ketika usia kandungan dah cecah 3-4 bulan, tapi sebab saya trauma, tidak ada aduan kepada mana-mana pihak”.
“Sepanjang perkahwinan, sepak terajang, maki hamun sumpah seranah, rambut ditarik diheret kepala ke bawah menuruni tangga, tidur diluar rumah tanpa tudung dari malam sampai pagi, pernah dijirus dengan minyak lalu di ugut dengan api untuk dibakar, dan sering dipaksa dalam hubungan seksual”
Kali ini saya pula yang terketar-ketar untuk bertanya. Darah menyirap dan badan rasa berhaba. Ini bukan manusia.
“Kenapa puan bertahan begitu lama dalam perkahwinan yang sangat dahsyat seperti ini?”
“Saya bertahan kerana ANAK-ANAK dan kerana satu HARAPAN satu hari suami akan BERUBAH”
“Puan, maaf saya tanya, adakah berbaloi puan bertahan demi anak-anak?”
“Tidak ustazah, sebahagian anak saya mengalami tekanan jiwa sehingga perlukan rawatan psikiatri. Sebahagian lagi mengikut perangai ayahnya, turut maki hamun saya. Saya rasa berdosa pada anak, saya tak pernah salahkan anak, mereka membesar dengan melihat ibunya didera hampir setiap hari, mereka membesar dengan ketakutan” air mata diseka tanpa henti. Sayu sekali bila disebut tentang anak.
“Puan, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap, bagaimana puan laluinya”
“Ustazah, orang terdekat juga tidak tahu, jiwa saya merana namun sedaya upaya senyum, sakit lebam pada badan disembunyikan. Dua perkara yang saya pegang teguh bila jatuh terduduk, saya sembamkan wajah ke bumi, SOLAT dan ALQURAN adalah teman rapat saya, hanya itu sumber tenang, bahagia dan kekuatan saya…”
Benarlah, manusia akan benar-benar merasakan Allah itu ada, ketika tiada manusia disisinya. Tapi iya sangat sakit namun sangat manis, iaitu saat jatuh cinta padaNya, saat Allah benar-benar cukup baginya.
Dua tangannya dikepal diletakkan dimulut, mata berkaca lidahnya terketar, saya tahu dia ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam fikirannya, namun dia sendiri takut untuk meluahkan.
“Ustazah, kenapa Allah tak makbulkan doa permintaan saya, bukankah doa orang yang dizalimi maqbul?, adakah anak-anak saya jadi begitu salah saya?, saya hanya minta dengan Allah supaya suami berubah, dia sayang saya sedikit pun jadi, akan hilanglah segalanya derita saya. Sia-sia saya menunggu dengan harapan satu hari suami akan berubah, SIA-SIA… akhirnya saya dsisini untuk tuntut CERAI.. memang SIA-SIA!”
Allah… inilah soalan yang akan menyimpulkan pertemuan ini, inilah saatnya setiap kali klien bertanya soalan begini, saya akan berbisik dalam hati memohon pertolongan Allah, mengharapkan Ilham daripadaNya, agar lidah saya boleh menuturkan sesuatu yang jernih dan sejuk. Ibarat air dingin dikala kehausan dibawah terik matahari. Ini persoalan berkaitan AQIDAH. Isu keyakinan dan sangkaan kita pada ALLAH.
“Puan.. 30 tahun puan menanti dengan sabar, akhirnya suami tetap tidak berubah, apakah sebenarnya puan dapat?, dia diam. “30 tahun bukan SIA-SIA, ALLAH tak pernah silap, dan ALLAH maha melihat, mendengar dan memakbulkan. Sebenarnya, dalam tempoh ini puan telah menghimpun PAHALA SABAR selama 30 tahun!, dan jika balasanNya SYURGA ALLAH, apakah puan rasa?
Dengan terketar-ketar dia bertanya, “SYURGA ALLAH?, Betulkah ustazah? Sambil tangannya genggam kuat tangan saya.
“Puan, ini bukan janji atau kata-kata saya, tapi janji Allah. Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ
“..sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahtera ke atas kamu, disebabkan KESABARAN kamu (di dunia dahulu). Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu”. (Ar-Ra’d : 24)
“Puan, ini janji Allah kepada mereka yang diuji, lalu sabar dan redha dan tetap teguh bersangka baik dengan Allah, akan menerima Salam yang istimewa daripada Allah dan para Malaikatnya, bukan dsini, tapi di SYURGA ALLAH”
Dia meleraikan tangannya, lalu tanganya disatukan sambil wajah tunduk ke bawah “ya Allah, aku redha ya ALLAH.. jika benar SyurgaMu, Aku redha.. aku maafkan suami dan anak-anakku keranaMu ya ALLAH, terimalah pahala SABAR ku ini, aku ingin SYURGA MU….”
Allahu Allah.. Kami sama-sama menangis dan aminkan doa. Dihadapan saya seorang wanita yang bukan diuji 30 hri atau 30 bulan, tapi 30 tahun. Allah hanya ingin mendengar perkataan REDHA daripada hambaNya, lalu Dia akan memberikan keredhaanNya. SyurgaNya.
Bila SYURGA ALLAH dilihat dengan mata hati. Segala berat perit derita boleh ringan ibarat debu. Sapu dan biar berlalu. Memang bukan mudah, tapi boleh.
………
Kemudian, saya membantunya untuk meneruskan permohonan Cerai Fasakh, daripada report polis dan report Dr. yang dia simpan, saya yakin permohonan fasakh ini akan berjalan lancar. Beliau menyatakan, penceraian ini adalah untuk dia mendapat KETENANGAN, “saya ingin beribadat dengan tenang dan menjadi Ibu yang tenang buat anak-anak, moga belum terlambat”.
Tiada istilah terlambat untuk kebaikan selagi belum tiba kematian.
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT.
SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
‘Try & Error’, Lelaki Ni Kongsikan DIY Coffee Cabinet. Simple, Cantik & Nampak Mewah!

Percubaan kali pertama akhirnya membuahkan hasil.Kreativiti disamping bantuan dari pencarian Ggoogle serta ilmu kawan-kawan kongsikan membolehkan saudara Mohammad Rozuwan Zaini memiliki Kabinet Kopi yang simple tapi nampak mewah.
Alhamdulillah siap jugak projek pkp tiga point kosong. simple DIY coffee cabinet. Kali pertama main kayu kita try and error je. Semua buat sendiri dari design sehingga pemasangan. Terima kasih pada cik google, cik youtube dan juga kawan yang sudi bagi ilmu yang sangat berguna.
Oleh sebab pkp, terpaksa lah kita order di sh0pii. Sekecil kecil barang seperti skru sehingga ke melamin chipboard. Untuk k0s semua anggaran dalam Lima ratuss plus . Rasa nya sangat berbaloi dari segi duit dan pengalaman buat sendiri😄.
Perkara pertama sekali korang kena la ade design cabinet tu sendiri. Tak kisah lukis di kertas atau di komputer. Janji nampak bentuk. Senang untuk korang tahu setiap inci panjang ukuran papan. Kena ingat tebal papan melamin ade 15mm & 16mm. Jadi korang siap² kira semua ukuran sebelum submit qu0tati0n.
Untuk hinge pulak atau bahasa melayu nya engsel pintu. Ade 3 jenis hinge ni, full close, half overlay & insert. Ikot kesesuain cabinet korang nk guna mana. Untuk projek ni aku guna full close jenis 3D adjustable soft close. Sebab nye dia advance sket boleh adjust depan belakang atas bawah. Tapi mahal sikit dari hinge biasa.
Bagi korang yang nak nampak pintu kabinet tu sedikit premium / mewah dengan ade nye frame, korang boleh letak papan MDF batten wall yang bersaiz 2inci lebar, tebal 6mm. Potong ikut size pintu kemudian tampal guna silicone kayu.
Untuk table top pula korang boleh pilih material ape yang korang nak. Contoh kayu nyatoh, quartz stone, marble. Untuk projek ni aku pilih rubber wood solid board. Gosok 3layer sand paper cp1000, cp1500, cp2000 selang seli dengan clear lacquer. Nak guna shellac pon boleh.
Untuk bahagian belakang pula, cuma guna plywood 3mm je. Di hardware untuk size 3mm 4ft x 8ft dalam Dua puluh lebih sahaja sekeping. Potong ikut saiz kabinet. Macam aku beli dekat sh0pii jugak sbb masa tu semua hardware tutup. Pishangg la.
Dah siap pasang semua, nak nampak handle ala² European style. Bole cari di sh0pii. Item memang solid berat dan berpatutan.
Lagi satu, bekas² transperant dalam kabinet tu sume beli dkt eco je. Nak penuh kan, nak kena cari eco tempat lain. Sebab cepat sold out pulak. Haha
Dah boleh mengopi la kita!!🤣
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
“Baru Sebentar Tadi, Doktor Maklumkan Oksigen Sarah 80….” -Shuib Mohon Terus Didoakan.

Semalam kira-kira jam 5 petang Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan namun menurut petikan yang dikongsikan oleh Shuib melalui hantaran di instagram keadaan isterinya masih belum sedarkan diri selepas ditidurkan akibat tahap oksigen menurun.
Terbaharu, suami Siti Sarah juga pelawak, Shuib menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi mengenai tahap kandungan oksigen Sarah yang kini semakin meningkat dan menunjukkan tanda positif.
“Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, alhamdulillah ada peningkatan.
“Jam 11 malam (semalam), oksigen turun sehingga 40, tapi jam 2 pagi alhamdulillah, oksigen naik sampai 77 dan baru sebentar tadi, doktor maklumkan, oksigen Sarah 80.
“Saya harap, semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.
Terdahulu, Shuib memuat naik gambar keluarganya dan menulis luahan rasa hatinya yang menantikan kepulangan isteri tercinta.
“I tahu you dengar setiap kata hati I. You kuat, sayang! I dan anak-anak akan tunggu you balik,” tulisnya.
Semalam turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Sarah secara dalam talian dan disertai sahabat handai penyanyi itu.
Sumber : Ig @shuibsepahtu & myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiahkan wang tunai RM300! Caranya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club