
Bawang antara bahan mentah yang banyak digunakan dalam masakan. Bagi ibu-ibu yang bekerja, masa memasak agak terhad.
Nak cepat dan jimatkan masa, boleh cuba kaedah ini. Kisarlah bawang banyak-banyak untuk memudahkan kerja memasak nanti.
Usah risau kalau bawang tu busuk, ada petua macam mana nak pastikan bawang tersebut tahan lebih lama.Caranya adalah dengan meletakkan sedikit garam dalam bawang yang hendak dikisar. Kemudian simpan bahan kisaran dalam bekas kaca sebelum disimpan dalam peti sejuk. Buat pengetahuan ibu-ibu semua, petua ni juga sesuai untuk bahan kisaran yang lain termasuk cili kering dan halia.
Sumber: Petua Ibu
Menu Mudah Tapi Lengkap! Sambal Belado Bilis Kentang Sesuai Buat Bekal Ibu Bekerja

Para ibu yang bekerja pastinya mahukan menu bekal yang mudah, pantas dan sedap. Sambal kentang dan ikan bilis sememangnya gabungan yang sangat enak jika dimasak bersama.
Tetapi kali ini kami bawakan sedikit kelainan kerana mengikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Nornaim Keng ini terung menjadi bahan tambahan yang lebih menyedapkan dan pasti menambah selera anda. Sambal belado ini juga sangat sesuai dimakan bersama nasi yang panas.
Sambal Belado Bilis Kentang Terung
Bahan-Bahan:
- Ikan bilis
- Kentang (potong dadu)
- Terung (potong memanjang)
- Tempe (semua bahan ini goreng tak perlu letak kunyit)
- Bawang putih
- Bawang merah
- Cili api merah
- Cili besar
- Belacan (kisar kasar)
- Bawang holand (hiris besar)
- Garam
- Gula
Cara-Cara:
– Tumis bahan blender sampai garing.
– Masuk garam + gula + bawang holland.
– Masukkan bahan yang digoreng tadi.
Sumber: Siti Nornaim Keng
“Sibuk Belai Anak Kesayangan Mereka, Murid Lain Makan Tepi Longkang”. Guru Luah Rasa Kesal Sikap Ibu Bapa Yang Kurang Prihatin.

Setiap kali sesi persekolahan berlangsung, ada sahaja gelagat dan karenah anak-anak yang mencuit hati. Tak kurang juga ibu bapa yang mengambil cuti semata-mata menemani anak-anak yang belum dapat membiasakan diri dengan situasi baru.
Namun, dalam masa yang sama perkongsian guru Mohd Fadli Salleh ini cukup menyentuh hati. Perlakuan ibu bapa yang memenuhi ruang kantin menimbulkan situasi yang kurang menyenangkan.
Hari pertama persekolahan tahun ini, kejadian menyedihkan ini berlaku lagi. Tidak di sekolah aku, tapi bertaburan di sekolah seluruh Malaysia.
Ramai kawan-kawan Fb aku update status geram dan menyampah dengan golongan ibubapa yang duduk di kerusi kantin saat murid sekolah rehat.
Aku sendiri cukup marah dan pantang dengan geng yang suka mengambil hak murid di kantin untuk membelai anak kesayangan mereka sedangkan murid lain terpaksa makan tepi longkang.
Sampai bila mentaliti jamban macam ini kena teruskan?
Cikgu-cikgu dan ibubapa lain tolong la tegur jika ada ibubapa lain ambil hak murid untuk duduk di meja makan sewaktu rehat. Tolong la tegur. Tolong!
Kalau kerusi meja ada banyak kosong, silakan la duduk sebelah anak. Nak suap pun sila lah.
Tapi bila kerusi meja hanya cukup-cukup untuk murid, tolong jangan duduk nak belai anak kita sahaja. Cakna la sikit. Hati tu biar ada perasaan sikit kat murid lain yang tidak ditemani oleh ibubapa sewaktu hari pertama persekolahan.
Entah murid itu anak yatim. Entah ayahnya lumpuh di rumah sementara ibu perlu menjaga adik-adik yang lain. Entah ibu ayahnya bertarung nyawa di hospital.
Dan hak anak sebegini kau orang rampas? Hak anak ini nak duduk dan makan pun kau orang sanggup ambil demi nak belai anak sendiri?
Apa sudah jadi dengan hati dan perasaan kalian? Sudah matikah perasan itu?
Jangan pentingkan diri. Jangan!
Baguslah kalian hadir siap ambil cuti lagi hari ini semata-mata nak bagi sokongan pada anak. Sikap itu bagus sangat dah.
Maaf cakap, tapi sikap golongan yang suka ambil hak murid lain sebegini memang fikiran mereka tahap mentaliti jamban. Hati kalian memang tak ada perasaan!
Tolong berubah. Tiada siapa tahu nyawa kita ini bila akhirnya. Tiada siapa tahu sihat kita ini sampai bila.
Saat itu tiba, saat anak-anak kesayangan kita terpaksa hadir sendirian ke sekolah di hari pertama, nak tak kita lihat anak kita makan tepi longkang kerana ibubapa lain ambil hak anak kita untuk duduk di kerusi dan makan?
Jika nak begitu, silakan terus bersiap demikian.
Dan kepada ibubapa lain yang sangat prihatin dan ada kesedaran, tolonglah tegur geng mentaliti jamban ini.
Aku sungguh sedih melihat hal ini berlaku saban tahun. Sangat!
************
Susun Pakaian Harian Paling Efisyen, Pantas Dan Kemas, Tak Ada Masalah Lipatan Baju Menggunung Lagi, Ibu-ibu Wajib Praktik Ni!

Semua wanita punya masalah yang satu ni. Apa lagi kalau bukan melipat pakaian yang sudah siap dibasuh. Menggunung tingginya gara-gara mengumpul pakaian terlalu lama. Sudahnya bila stok pakaian dah mula habis barulah sibuk mencari
dan akhirnya melipat dengan berat hati.
Sebenarnya kalau kita rajin dan ada usaha yang tinggi tak susah manapun untuk melipat baju. Cuma perlukan cara dan teknik yang betul nak melipatnya.
Pun begitu, cara paling efisyen lagi tersusun kemas adalah dengan menggantungkan kesemua baju. Tak perlu nak lipat! Bagaimana?
Cuba ikut langkah wanita bernama Hani Mynis ini yang berkongsi caranya menguruskan kesemua pakaian hariannya di rumah. Super awesome!
Pengurusan Pakaian
Seperti dijanjikan, ini perkongsian Hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang Hani paling malas nak buat ialah melipat baju.
Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani cakap kat Alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua untuk dijadikan “open wardrobe”.
Memandangkan sebelum ni pun memang dah sangkut dua penyangkut tu untuk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dalam bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.
Untuk tips pengurusan pakaian Hani:
Kena buat spring cleaning baju yang banyak-banyak (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju-baju). i.e
❤ Baju yang dah tak muat boleh diberi orang.
❤ Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit-jahit, bolehlah dibuang)
❤ Baju, tuala, cadar yang kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang
❤ Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi orang atau diguna semula.
Gunakan rule ni:
1. Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli.
2. Gunakan penyangkut baju satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je supaya semua nampak kemas dan
seragam.
3. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.
4. Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti.
5. Untuk cadar dan sarung bantal, masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu.
6. Mana-mana pakaian yang lebih-lebih yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup untuk elakkan debu bertahun dan pastikan setiap bekas berlabel.
Lain-lain tips pengurusan pakaian pada caption gambar ya.
Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.
Atas bahagian baju basah untuk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu.
Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju.
Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok.
Tips kalau nak jemur baju dalam rumah:
1. Pakai pencuci baju yang sesuai untuk indoor drying (ada tulis anti-malodour).So baju tak akan berbau kepam dan hapak.
2. Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin.
3. On kipas sentiasa supaya ada pengudaraan tambahan.
4. Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus dan jarak-jarakkan baju)
Open wardrobe bahagian Aqil.
Baju jalan dan baju raya Aqil.
Baju harian Aqil. Atas baju kering, bawah baju basah sebab Aqil selalu tolong ibu jemur baju dia sendiri. So rendah senang dia sangkut.
Baju kurung/baju raya/baju kerja -susun ikut warna ye.
Baju harian.
Tudung – sangkut ikut warna. Shawl – susun ikut warna, satu warna satu sahaja.
Kredit: Hani Mynis