Ibu-Ibu Ikut Cara Ini Jika Mahu Lembutkan Daging Yang Beku. Hanya Ambik Masa 5 Minit Sahaja!

Share

Menyediakan hidangan untuk keluarga selepas pulang dari kerja adakalanya mengambil masa yang agak lama. Biasanya jika mahu cepat, daging atau ayam itu dikeluarkan dari tempat beku terlebih dahulu, namun kadang kala terlupa pula. Mahu tak mahu kenalah tunggu daging atau ayam menjadi lembut sebelum boleh dipotong untuk memasak.

Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.

Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.

Caranya:

1. Terbalikkan periuk yang pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)

Sumber: Sinarfm