Ibu-Ibu Ikut Cara Ini Jika Mahu Kain Basuhan Tetap Kering Dan tidak Berbau Hapak Walau Hujan.

Share

Setiap kali pulang bercuti pasti banyak benda yang perlu diuruskan, terutama sekali bab mencuci pakaian. Belum sempat kering pakaian yang dijemur itu, hujan pula turun kain. Maka, bertimbun pakaian kotor di dalam bakul yang tidak dicuci. Kalau dicuci dan dibiarkan tidak berjemur, nanti timbul masalah lain pula iaitu baju yang dicuci berbau hapak.

Berhadapan dengan masalah kain yang dibasuh terpaksa dijemur berkali-kali tentu saja menambahkan kerja kita dalam mengurus rumah tangga lebih-lebih lagi ketika musim hujan ini.

Jadi untuk mengelak pertambahan kerja ketahui tip ini untuk atasinya.

1.    Bahan pencuci

Pilihlah bahan pencuci yang mempunyai haruman yang menyegarkan dan pastikan sukatan yang digunakan bertepatan dengan kuantiti pakaian yang dibasuh.

2.    Pewangi pakaian

Sebaiknya setiap cucian pakaian turut disertakan dengan bahan pewangi pakaian. Ini dapat memberi hasil cucian yang lebih harum dan wangian dapat bertahan lebih lama.

3.    Jangan bertindih

Pastikan pakaian yang dijemur tidak ditindih di antara satu sama lain. Jika ruang terhad, gunakan penyangkut pakaian untuk lebih sistematik dan sekali gus dapat menjimatkan ruang.

4.     Kipas

Jika pakaian masih basah dan cuaca lembap atau hujan seharian, sebaiknya gantung pakaian tersebut dan keringkan dengan pengudaraan yang bagus. Paling mudah sidai pakaian tersebut di bawah kipas yang berfungsi.

Namun jika cara ini tidak memuaskan hati anda, jalan terbaik adalah gunakan sahaja servis  kedai dobi layan diri. Di sana terdapat mesin pencuci dan mesin pengering panas. Dengan ini dapat menjamin setiap baju yang dicuci kering sempurna.

Malah dikatakan menggunakan servis ini lebih menjimatkan masa. Apa-apa pun tepuk dada tanya selera, pilihlah yang mana memudahkan dan memberi keselesaan kepada anda. Apa yang penting pakaian yang dicuci biarlah berbau harum dan bukannya hapak.