
Baju berbau hapak boleh menyebabkan anda kurang selesa terutama apabila berada di tempat ramai orang. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan baju tersebut disimpan terlalu lama atau tidak kering dengan betul sebelum anda menyimpannya di dalam almari.
Berikut tiga tip untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Era fm
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina, “Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?”

Isi Kandungan
ToggleMaryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina, “Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi kini sarat hamil lapan bulan. Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini hamil anak kedua. Usia kandungan sudah memasuki 33 minggu.
Maryam Durian Kimchi Sebak Tak Dapat Dukung Rina
Seperti ibu hamil yang lain, ketika hamil ramai yang mengelak untuk mengangkat benda berat termasuk mendukung anak. Tidak terkecuali dengan Maryam. Sejak hamil anak kedua, dia tidak lagi ‘berani’ mendukung anak sulungnya, Rina. Situasi ini membuatkan Maryam tersentuh hati.
“Omma Boleh Dukung Rina Ke? Baby Tak Sakit Ke?”
Berikut perkongsian Maryamyunrrr
Masa awal mengandung saya jarang dukung Rina. Saya selalu cakap “omma tak boleh dukung Rina sebab dalam perut omma ada baby, nanti perut omma sakit.”
Sekarang dah 33 minggu, Rina tak minta saya dukung dia. Tapi semalam saya dukung dia dalam 3 saat, bila saya cakap “Rina jom omma dukung Rina..” dan Rina terkejut dan tanya dengan muka happy, “omma boleh dukung Rina ke? Baby tak sakit ke?”
Bila saya dengar dia cakap macam tu, rasa kesian pada Rina dia dah boleh faham situasi dia sebagai kakak kena berkorban walaupun dia masih 3 tahun. Dia siap cakap “Rina suka omma dukung Rina” sambil peluk saya.
Maafkan omma tak dapat dukung Rina dan omma rasa berterima kasih kerana Rina faham omma.
Artikel lain: “Tersentuh Hati Tengok Didikan” Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak!
Ramai Suka Tengok Anak Maryam Tertib Habiskan Makanan, Pandainya!
Hantaran Maryam mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Maryam sebelum ini pernah mengalami keguguran pada Mei 2023 ketika usia kandungan baharu tiga minggu.
Terdahulu, bekas ahli fisioterapi itu memeluk Islam pada 11 Julai 2019 sebelum mengahwini Ryzal pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada
Sumber: Instagram Maryamyunrrr
Baca artikel lain juga: Maryam Durian Kimchi TayangBaby Bump, Comel Je Perut Walau Sarat Hamil 8 Bulan
Telatah Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, Rina Nak Kurus La
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Kerana Kepenatan, Tak Sedar Bayi Tersedak Susu

Kerana Kepenatan, Tak Sedar Bayi Tersedak Susu
Kehidupan di dunia ini penuh dengan ujian. Tanpa mengira sesiapa pun sama ada orang itu kaya atau miskin tetap ada ujiannya.
Namun begitu, sama ada suka ataupun tidak kita harus menerima cabaran dan dugaan yang datang dalam hidup kita dengan penuh redha dan berlapang dada.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Seorang ibu redha kehilangan zuriat tersayang. Bayinya baru berusia satu bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu.
Ralat terpancar diwajah ibu sambil memangku anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir. Redha dengan setiap yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Mr Wan Cai Official kisah sedih ini. Moga ikhtibar.
“Tak terbayang dugaan yang di hadapi oleh ibu ini. Diuji dengan kehilangan anak tersayang asbab tersdak susu.”
“Anak syurga berusia 1 bulan ini di beri susu badan sebelum si ibu tertidur kerana kepenatan.”
“Tersedar dari tidur si ibu melihat bayinya berada dalam keadaan lemah. Adik Zakuan kemudiannya di bawa ke hospital Klang menggunakan ambulan.”
“Namun Allah lebih menyayanginya. Adik Zakuan di sahkan meninggl dunia selepas 30 minit cuba di selamatkan.”
Sumber: FB Mr Wan Cai Official
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Melahirkan Dia Satu Kegembiraan & Kebahagiaan” Kongsi Rasa Gembira & Sedih Bergelar Ibu, Nurul Wahab Luah Rasa Hati!

Tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi kala diuji dengan bermacam-macam perasaan. Penyanyi, Nurul Wahab berkongsi rasa keibuan ketika mengimbas semula detik-detik cemasnya melahirkan cahaya mata pertamanya dahulu.
Menerusi Instagramnya, Nurul berkongsi rasa cemas dan kepayahan ketika bertarung nyawa melahirkan anak perempuannya, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 25 tahun.
Memilih untuk bersalin secara normal ketika itu, akui Nurul ia satu pengalaman yang penuh indah saatnya bergelar ibu.
“Jom emosi sat. 25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit tapi ada “tanda”. Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Tak dak sakit melahirkan.
“Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 sept jam 1:56 tengahari. Usai solat jumaat.
“Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.
“Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal,” ujar Nurul berkongsi cerita.
Malah kata Nurul lagi, diketika itu, dia mula rasa sakit dan mengalami kontraksi selama tujuh jam sebelum selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang puteri.
Tambah Nurul lagi, dia juga pengsan dek kerana terlalu kepenatan untuk melahirkan zuriatnya ketika itu.
“7 jam sakit pagi 11 september tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.
“Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan. Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.
“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya lagi berkongsi.
Tidak hanya berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan bahkan kenyataan Nurul turut menjadi tanda tanya kepada wargamaya namun mendoakan yang terbaik buat Nurul.
Terdahulu, Nurul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eric Daniel Depp pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club