
Setiap kali membeli ikan, kena pastikan ia segar dan fresh. Barulah puas hati bila makan. Untuk pilih ikan memang senang tapi nak tahu yang fresh tatau tidak agak leceh terutama yang tidak mahir bab begini.
Ikan yang memiliki warna kulit yang terang dan cerah hampir dapat dipastikan memiliki ciri isi yang segar. Itu antara salah satu ciri mudah untuk memastikan ikan yang dibeli masih fresh.
Selain itu, ada 4 tip lain yang admin nak kongsikan dengan pembaca sekalian terutama ibu-ibu.
Ikut 4 tip ini jika mahu memilih ikan yang fresh. Jom semak!
1. Tengok bahagian mata ikan
Ikan yang segar matanya timbul dan jernih. Bukannya dah tenggelam atau warna lain
2. Periksa insang
Ambil ikan yang insangnya masih merah pekat.
3. Tekan perut ikan
Tekan pada bahagian perut ikan. Kalau kenyal dan melantun balik maksudnya ikan tu fresh!
4. Lihat sisik ikan
Pilih ikan yang sisiknya masih cantik dan susah untuk tertanggal. Bukannya ikan yang sisiknya dah lembik dan mudah tertanggal.
“Perkahwinan Ini Akan Jadi Memori Terindah.” Baru Dua Bulan Kecapi Bahagia, Suami Meninggal Dunia, Rebah Lepas Main Futsal

Daripada Dia Kita Datang dan Kepada-Nya Kita Kembali. Peritnya menerima kenyataan, kehilangan orang tersayang. Perginya takkan kembali, tiada lagi gelak tawa dan senda gurau tatkala bersama.
Hanya Tuhan yang tahu akan perasaan itu. Namun, siapa kita mampu menolak andai itu takdirNya. Luahan wanita ini yang baru dua bulan berkesempatan mengecap bahagia, kini sang suami tersayang pergi buat selama-lamanya.
Arwah Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki dikatakan meninggal dunia selepas bermain futsal. Dia yang rebah kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.
Menerusi Instagram Airina Roslan, wanita kuat ini berkongsi momen terakhir bersama arwah suaminya.
Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham….. maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi.
Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni.
Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓
View this post on InstagramA post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on
View this post on InstagramA post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on
Dalam pada itu, ibu arwah yang juga blogger masakan terkenal turut memuat naik luahan hati selepas pemergian anaknya itu.
View this post on InstagramA post shared by Azlita Masam 🍊Manis (@azlitaaziz) on
Alfatihah buat arwah Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki. Semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aamiin
Sumber: Azrul Salki, Airina Roslan
“Jalan Kaki 4 Kilometer Ke Sekolah.” Pernah Hidup Susah, Normala Samsudin Akui Sebati Dengan Dunia Lasak Sejak Kecil!

Siapa yang tak kenal dengan hos cantik jelita ini. Dek kerana raut wajahnya yang jelita membuatkan dia mendapat jolokan wanita Melayu terakhir.
Lama mendiamkan diri dalam dunia penyiaran, Puan Sri Normala Samsuddin baru-baru ini muncul sebagai juri tetap bagi program Ratu Hijabista.
Ditanya akan ‘kehilangannya’ dalam dunia seni, akui isteri kesayangannya , Tan Sri Azmi Khalid ini dirinya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga. Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya.
Seperti tidak percaya, beliau kini sudah berusia 57 tahun . Namun seperti yang diperkatakan, wajah nenek kepada tujuh cucu itu tidak dimamah usia. Beliau makin anggun apabila berhijab.Ibu kepada tiga anak itu lantas menjawab.
“Lazimnya saya akan buat jamuan makan, bersantai bersama anak-anak dan cucu di rumah pada hujung minggu. Pada waktu itu sahaja okey kerana masing-masing sudah bekerja, ada keluarga dan mempunyai jadual sendiri,“ katanya yang membuka bicara awal.
Meskipun sudah melangkau usia 50-an, beliau terus bersemangat melakukan aktiviti lasak. Menjengah Instagramnya, beliau dilihat rajin mendaki dan meneroka hutan belantara. Jangan tidak percaya, beliau sudah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang; Gunung Kinabalu, Sabah; dan Gunung Batur, Indonesia.
Pun demikian, ujar ikon penyiaran itu, minat itu sebenarnya digemari sejak kecil lagi.
“Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak kini.
“Saya juga biasa meredah hutan bersama arwah datuk saya untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai, saya seronok dengan itu semua,“ ungkapnya tanpa berselindung.
Menurut Normala, dia tidak malu untuk memberitahu kepada khalayak ramai yang dia pernah hidup susah.
“Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan saya tidak malu untuk mengakuinya kerana ia sudah tersurat dan tersirat. Saya pernah bantu ibu berniaga dan pernah menoreh getah. Dari kecil dah didik dengan rasa susah,” katanya.
Tambahnya, kesusahan itu bukanlah satu kesalahan kerana ia akan mendidik kita untuk menjadi lebih kuat.
“Ye susah itu bukan satu kesalahan, tidak. Kerana inilah cerita yang kita boleh kongsikan dengan ramai khususnya rakyat Malaysia. Walaupun kita susah tapi sebenarnya kita boleh berdikari dan berusaha keras,” katanya.
Ditanya rahsia beliau awet muda, ujar Normala tiada sebarang amalan tertentu, sebaliknya dia cukup berhati-hati dalam pengambilan makanan.
Menurut Normala, dia tidak sesekali makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk. Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, beliau amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
“Saya sebenarnya kalau nak diikutkan, tidaklah berpantang macam-macam, saya jaga (kesihatan) sebab semakin tua, semakin banyak makanan yang saya alah seperti tidak boleh makan sebab angin, kembung dan sebagainya.
“Jadi pengambilan jenis makanan dan kuantiti amat saya beratkan, contohnya pulut, saya alah dengan pulut dari muda lagi,“ ujarnya.
Aksi Spontan, Remeh Tapi Bawa Bahagia, Suami Isteri Jangan Lupa Buat Ni, Memang Sweet!

Isi Kandungan
ToggleRumah tangga kalau tak bergurau senda pasti rasa tak indah. Cuti mencuit, usik mengusik setiap hari pun dah terasa bahagia. Jika setiap hari berkomunikasi secara serius sahaja pasti terasa boring, malah kalau tak dibendung buat makin stress.
Tak perlu serius sangat. Kalau suami serius memanjang, bawa-bawalah bergurau lebih sikit. Ni bukan hal remeh tapi perkara yang membahagiakan suami isteri. Tak percaya sila cuba 7 perkara ni. Barulah rumah tangga makin bahagia. Tak rugipun kalau nak gurau- gurau manja. Tak gitu?
Beberapa perkara di bawah ini dianggap sebagai romantik spontan dan boleh dijadikan panduan bagi pasangan yang mahu terus hidup bahagia bersama pasangan.
1. Aksi cuit mencuit
Bagi membangkitkan keghairahan dalam hubungan intim, baik suami atau isteri tidak boleh terlalu serius, sebaliknya perlulah ada aksi cuit mencuit yang boleh mewujudkan rasa lucu dalam hubungan. Tidak salah sesekali cuit pinggang, punggung ataupun pipi pasangan. Ketika menonton televisyen ataupun pasangan sedang memasak, belajarlah cuit mencuit. Rugi tak buat.
2. Whatapps nakal
Kalau rasa boring tu bawa-bawalah sakat menyakat suami atau isteri di whatapps. Boleh juga tag suami di media sosial jika terjumpa gambar atau kata-kata yang spontan. Pastikan ianya kelakar. Usik sekejap pasti pasangan suka. Relaks-relaks je.
3. Kenyit mata
Boleh juga buat aksi spontan seperti mengenyit mata pada pasangan. Ketika hantar pasangan ke pejabat, sebelum berlalu apa kata kenyit mata padanya sambil melemparkan senyuman manis. Suami atau isteri pasti tersenyum gembira. Siap terkenang-kenang lagi sampai petang. Kan best tu?
4. Pegang tangan sekali sekala
Tunjukkan aksi romantik spontan dengan memegang tangannya setiap kali keluar bersama. Pegangan dan sentuhan ini menunjukkan rasa kasih sayang paling ikhlas buat pasangan kita. Misalnya ketika melintas jalan, tak payah fikir-fikir, aksi spontan sahaja terus pegang tangannya. Ketika sedang menonton atau minum petang bersama pun boleh cuba trik yang sama.
5. Sesekali berbisik di telinga
Perkara yang jarang kita buat, kalau sekali kita cuba pasti kesannya mendalam. Apa kata sesekali anda cuba berbisik di telinganya dengan hembusan nafas yang lembut. Tak pernah cuba, sekali cuba mesti lain macam rasanya. Ungkapkan kata-kata manis dan manja di telinga dan pasti buat pasangan terasa geli. Silap-silap boleh teruskan berhubungan intim. Tak gitu? Tak perlu fikir-fikir, spontan saja.
6. Memeluk pinggang dari belakang
Aksi ni mungkin nampak biasa bagi kebanyakkan dari kita. Percayalah jika tiba-tiba pasangan memeluk dari belakang, kesannya cukup rasa bahagia. Ada rasa damai dan tenang di situ. Ketika pasangan memasak, mencari barang, leka dengan laptop dan sebagainya, aksi ini sangat disyorkan. Spontan bawa bahagia.
7. Suap makanan di mulut
Apa kata ketika sedang menikmati hidangan, anda secara spontan menyuap hidangan ke mulutnya. Walaupun nampak seperti kebudak-budakan tetapi jika dilakukan pasti membuatkan pasangan anda terharu. Sweet! Lebih seronok lagi jika dilakukan di tempat terbuka. Pasangan pasti tak pernah sangka. Rasa bahagia!