Menyediakan bekal untuk anak ke sekolah, tidak sukar tetapi agak pening untuk bertukar-tukar menu. Kalau asyik sama mungkin anak bosan nanti. Tetapi bagi ibu-ibu bekerjaya, pasti menu paling cepat dan mudah disediakan jadi pilihan kan?
Selain menu berat yang lain, ibu-ibu mungkin boleh cuba resipi Brownies untuk anak. Mungkin ada yang fikir menu ini agak leceh dan ambil masa. Tetapi percaya atau tidak, ada satu tips nak buat brownies yang hanya mengambil masa lebih kurang memerlukan 5 minit sahaja.
Biar betul? Bukan itu sahaha, resipi ini juga hanya menggunakan cawan sahaja, mudah untuk ibu-ibu. Adun bahan yang disediakan, letak dalam microwave dan siap.
Tetapi, kena ingat, anda harus pakai ketuhar gelombang mikro yang digunakan untuk memanaskan makanan itu sahaja okay?
50gm tepung gandum
70gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
Sedikit serbuk kayu manis
60ml air
2 sudu besar minyak masak
1 atau 2 titis esen vanila
1 skop ais krim atau krim putar untuk hiasan
Cara penyediaan:
Ads
1. Masukkan tepung gandum, koko, garam dan serbuk kayu manis ke dalam gelas seramik. Kacau sehingga rata dan tidak bergumpal.
2 Tambah minyak masak, esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
3 Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro sehingga campuran tadi masak sepenuhnya ataupun biar selama 1 minit 40 saat.
Ads
4. Kemudian keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Kemudian hiaskan dengan aiskrim dan krim putar di atasnya mengikut citarasa anda! sedapnya!
Selamat mencuba ya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masa Raya Ni Keluarga Berkumpul. Guna Resipi Ni Buat Ayam Masak Untuk 5 Ekor!
Meriahnya Raya terasa bila semua ahli keluarga dapat berkumpul beramai-ramai. Selain dapat bermaaf-maafan, tentu sahaja saat menjamah hidangan akan menjadi momen istimewa. Jadi apa kata meriahkan Raya kali ini dengan menyajikan menu Ayam Masak Merah untuk dinikmati bersama-sama.
Nak masak banyak tak jadi hal, bila follow resipi yang dikongsikan oleh Nazri Mat Zain ini yang sememangnya khusus untuk masak 5 ekor ayam.
Ayam Masak Merah
5 ekor ayam dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng dan terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan kisar:
Bawang Besar 12 biji
Bawang Putih 2 1/2 labu
Serai 14 batang
Lengkuas 200g
Halia 250g
Jintan Manis 2 Sudu Besar
Buah keras 8 biji
Cili kisar anggaran1 jug blender
Tomato puree, tomato soup dan Kacang peas, cili sos
Susu cair 1 tin
Cara penyediaan:
1.Guna minyak yang kita goreng ayam tadi dan tumis bahan kisar bersama dengan 4 sekawan (kayu Manis, Bunga lawang, Bunga cengkih dan buah pelaga)
2.Kemudian masukkan cili blend masak hingga pecah minyak lagi
3.Setelah pecah minyak masukkan tomato puree 1 tin, tomato soup 1 tin dan cili sos 1 tin ( saja Saya bagi sukatan dgn tin supaya senang nak buat nanti gunakan tin tomato puree pun tak apa. Masak lagi hingga pecah minyak.
4.Masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
5.Kemudian masukkan susu cair 1 tin dan ayam yang telah digoreng tadi.
6.Perlahankan api dan biarkan mereneh sekejap supaya ayam tu mesra bersama kuah.
Akhir sekali masukkan lah bahan-bahan sampingan bawang Besar dan daun sup serta daun bawang yang dipotong-potong. Masukkan Kacang peas Kacau-kacau dan angkat.
Kebiasaanya untuk memasak pulut, terdapat dua cara boleh dilakukan iaitu sama ada ditanak iaitu dimasak di dalam periuk atau pun dengan kaedah kukus.
Pun begitu, bila pulut dikukus dikatakan rasanya lebih berlemak dan enak. Bahkan menurut Nur Baheeta, pulut yang dikukus dijamin tiada lagi pulut melekat di dasar periuk bahkan cara memasaknya juga cukup mudah dan pasti masak sempurna.
Jadi sempena mood Raya yang semakin dirasai kini, bolehlah kita sediakan hidangan pulut kuning ini dinikmati bersama rendang. Pasti puas hati menikmatinya.
Nak tahu resipinya, ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nur Baheeta daripada resipi asal Umie Qut .
“Cara masak pulut kuning style mak saya. Senang dan mudah. Pulut pun cantik je kejadian nya. Tak lembik dan tak terlalu keras. Dijamin tiada lagi kes pulut hangit/melekat di dasar periuk,” ujarnya ringkas.
Jadi bolehlah dicuba memasak pulut kuning yang elok kejadiannya dengan cara dan resipi yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba.
Langkah 1 : Basuh dan rendam beras pulut dengan serbuk kunyit. Rendam dari pagi hingga petang lagi elok.
Kudis buta atau skabies ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.
Fahami cara atasi kegatalan ini dengan membaca perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini.
BAGAIMANA BOLEH JADI GATAL?
Jika dilihat melalui mikroskop, kutu berbadan bulat dan ada lapan kaki. Oh ya, kutu ini betina. Dia akan menggorek masuk ke dalam kulit, bertelur dan terus mati.
Telur tersebut akan menetas dan menjadi kutu. Kutu ini boleh hidup pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat!
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?
Kutu ini hidup pada permukaan kulit. Ia sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Kutu ini boleh jatuh pada tuala,selimut,baju atau cadar yang diguna pesakit kudis buta dan boleh hidup selama tiga hari dan kemudiannya akan mati.
Ia akan hidup lebih panjang jika mampu menumpang pada ‘perumah baru’ dan boleh hidup lebih 30 hari !
Jangkitan skabies biasanya berlaku di tempat-tempat awam seperti taska dan tadika, sekolah, asrama dan pusat-pusat penjagaan yang mana orang ramai kerap berhubungan dan berinteraksi antara satu sama yang lain.
Ruam skabies biasanya melibatkan celah-celah jari tangan dan kaki, ketiak, pusat, kawasan pinggang, kemaluan dan celah paha, manakala sangat jarang melibatkan muka dan kepala.
APA RAWATANNYA?
Menggunakan losyen antiscabies
Losyen Permethrin 5%
– Sesuai digunakan kanak-kanak 2 bulan keatas dan wanita mengandung
– Sapu dan biarkan semalaman
– Contoh: A-Scabs lotion
Emulsi Benzyl Benzoate (EBB) 25%
– Sapu dan biarkan pada kulit 24 jam, kemudian mandi.
– Dewasa(12 tahun ke atas): pakai losyen 25% tanpa perlu di campur dengan air
– Kanak² 2-12 tahun: campur losyen dengan air pada nisbah 1:1 (kepekatan jadi 12.5%)
– Bayi 2 bulan ke atas : campur losyen dengan air pada nisbah 1: 3 (kepekatan jadi 8.3%)
– Jika perlu, ulang rawatan selepas 5 hari penggunaan kali pertama.
– Contoh : Scabitone Emulsion, RidPed
Losyen Lindane 1%
– Sapu dari bahagian leher hingga ke tapak kaki. Biarkan apada kulit 8-12 jam, kemudian mandi.
– Digunakan sekiranya losyen permethrin dan benzyl benzoate gagal merawat kudis buta.
– Elak gunakan pada wanita hamil serta menyusu anak, bayi pramatang, pesakit sawan, individu dengan masalah kulit (atopic dermatitis, psoriasis).
– Contoh : Scaboma Lotion
Perlu diingat & pastikan
1. Jangan berkongsi tuala,baju atau tempat tidur dengan pesakit kudis buta.
2. Elak hantar kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
3. Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.
4. Basuh semua pakaian dengan air panas pada suhu 60 darjah celcius.
Ekstra tip mengenakan losyen
1. Tip yang boleh diamalkan mandi dan lap seperti biasa.
2. Sapu ubat dari leher ke hujung jari kaki dan tangan, diikuti badan.
3. Pastikan setiap inci kulit dari leher ke bawah disapu dengan ubat.
4. Tumpukan perhatian di celah-celah jari, ketiak, pusat, punggung serta kemaluan.
5. Jangka masa ubat perlu melekat di kulit bergantung kepada jenis ubat yang digunakan.
6. Elakkan berpeluh kerana ubat akan tanggal dari kulit,
Bantu saya untuk #share info penting supaya lebih ramai mak ayah faham tentang kudis buta dan cara merawat dengan betul dan efektif.
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...