
Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Justeru kena hati-hati terutama dalam pengambilan makanan yang berpotensi boleh menyebabkan masalah kesihatan ini menyerang anda.
Terbaru, satu tips mengatasi masalah kolestrol tinggi dan cepat telah dikongsikan oleh laman Delihayat Kitchen yang telah terbukti keberkesanannya setelah beliau mengamalkan petua turunkan kolesterol.
Menurut Delihayat lagi dia mengamalkan jus penawar kolestrol tiga kali sebelum berjumpa doktor. Setelah itu, bacaan dan kadar kolestrol yang dimaklumkan doktor amat mengejutkan kerana bertambah baik, malah selsemanya juga berkurang dan jus ini juga sangat baik untuk resdung.
Difahamkan, jus ini juga sangat baik untuk kesihatan badan dan berbagai penyakit lain seperti gout, migrain, sakit sendi dan sebagainya.
Berikutnya adalah resepi ubat kolestrol tradisional dan cara mengurangkan kolestrol dalam badan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah.
Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi:
Bahan-bahan:
– 500 gram bawang putih
– 500 gram halia
– 1 cawan perahan lemon
– 1 cawan apple cider
– 1 cawan madu
Cara untuk menyediakan jus terbaik ini:
1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pulak dan tapis jusnya.
2. Masukkan perahan air bawang putih dan halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renehkan dalam 30 minit.
3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.
Cara minum:
– 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
– 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur
Amalkan dengan kerap untuk mendapatkan keputusan dan hasil yang baik untuk kadar kolestrol di dalam badan anda.
5 Tip Buat Ibu-Ibu Mahu Ubati Rasa Bersalah Jika Selalu Marah Anak.

Baru nak relaks di sofa sambil hilangkan penat seharian di pejabat tetapi tiba-tiba anak-anak bergaduh berebutkan barangan. Penat meredah jem belum hilang anak-anak sudah buat hal.
Waktu itu pasti emosi anda menjadi tidak stabil. Itu belum bab rumah sudah macam tongkang pecah, bersepah barangan mainan di sana-sini. Keletihan badan dan minda membuatkan anda naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak.
Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka. Justeru Dr. Siti Ujila Masuri, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan berkongsi tip berikut untuk membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.
“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai.
Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
Cuba 5 Tip Ini
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2. Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3. Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’
4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Sumber: Dr Siti Ujila Official
Start Simpan Stok Sayur & Herba Dengan Cara Ni. Berkesan & Tak Sesakkan Peti Ais!

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk pastikan stok bahan makanan seperti sayur-sayuran, halia, daun kucai, lobak merah dan sebagainya yang disimpan di dalam peti sejuk kekal segar dalam masa yang lama. Bahkan stok yang banyak tetap nampak tersusun rapi jika kena gayanya walaupun peti ais bersaiz kecil.
Rahsianya sepertimana yang dipraktikkan oleh Yatie Eimra ini. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Kebetulan kali ni saya nak restock halia & daun kucai, alang² tu saya share la sekali cara saya simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup, dll.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama.
Asalnya dulu saya simpan halia & lengkuas jer dalam freezer.. Tapi bila anak asyik kerap batuk & kena sentiasa standby daun sirih sepanjang masa (untuk saat² terdesak), saya mula simpan sirih & daun² herba yang lain dalam freezer gak.
Lepas tu saya start simpan daun² macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai, dll lak.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air).
Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang korang kena tahu..
1) Walau simpan apape pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. So, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak jer.. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan, etc.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca jer. Tujuannya nak serap wap² air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat² nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering.
Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat² nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna jer.
P/s: Untuk sayur²an boleh gak guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak.
Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye. Dalam gambar ni ada balance 2 ketul carrot. Masih elok lagi walaupun beli 21/3 haritu lagi..
Sumber : Yatie Eimra
“Aku Macam Tak Nak Kerja Dah, Rasa Nak Duduk Rumah Je Main Dengan Anak.” Fizo Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Abam Bocey

Sejak semalam, kisah kepulangan pelawak, Abam Bocey ke rahmatullah diperkatakan. Pemergian mengejut Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada usia 32 tahun benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali Allahyarham.
Terbaru dalam satu perkongsian oleh pelakon Fizo Omar benar-benar mengusik emosi netizen.
“ AKU MACAM TAK NAK KERJA DAH, RASA NAK DUDUK RUMAH JE MAIN DENGAN ANAK”.
Ayat ni lah terlintas dlm kepala aku bila dpt tahu yg Abam dah tak de pg td, ni last conversation aku ngn arwah masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cter pasal anak dia, Hamzah. “lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat, macam tak caya dgn keadaan aku mcm ni Allah bg rezeki kat aku”.
“kalau ikutkan hati aku,rasa tak nak keluar rumah, nak main ngn anak je hari2, tu la bila aku habis keje pecut balik rumah nak main ngn anak”. aku paham perasaan tu sbb aku pun berada dlm situasi yg sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak psl anak je aku blh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam.
Hari ni aku sedih sgt bila pg ziarah keluarga td, bila tgk Hamzah,aku tak leh tahan sebak aku, sbb aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu.Apa yg aku blh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak berckp psl orang lain dan dia sgt bertanggung jawab kpd keluarga dia.kau beruntung menjadi keturunan yg baik, tengoklah beribu orang yg dtg memberi penghormatan terakhir pada bapak”.
Pandanglah kearah positive dgn percaturan Allah, sekurang kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yg dpt memberikan kasih sayang kpd seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja.Allah sebaik2 perancang, jgn sesekali kita menidakkan aturanNYA, Allah menjemput anak kpd Ali Puteh (adik Abam) dan DIA mengizinkan Ali menjadi juara MLM dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam.Dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara adalah sama seperti bapa sendiri.
Subhanallah, itulah sebaik baik perancang yg kita sebagai manusia dikaburi dengan kesedihan diatas sesuatu kehilangan atau musibah yg berlaku.
Kawan2, mungkin Balu kpd arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support utk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.
Saya doakan semoga semua yg membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dgn membantu keluarga arwah dgn seikhlas hati,
( Siti Norhidayah – 4732721822 – Public Bank)
.
Sama kita doakan semoga arwah ditempat dikalangan orang beriman, dan Allah mengampuni segala dosa2 nya dan juga menerima segala amalan kebaikannya.
.
AL – FATIHAH.
.
#ABAMBOCEY
#GEMUKISAWESOME