Semut merayap dalam rumah adalah perkara biasa, namun jika terlalu banyak boleh mendatangkan masalah. Sementelah semut suka makanan-makanan manis terutama gula.
Jika bimbang menghapuskan semut menggunakan ubat semut atau semburan atas faktor keselamatan anak kecil yang ada dalam rumah, apa kata cuba petua semula jadi yang dikongsikan dari blog fydanoh.com.
Ada banyak petua halau semua yang boleh dicuba
Taburkan serbuk kunyit
Sebaiknya kesan dulu dari mana mereka masuk, kemudian taburkan serbuk kunyit pada laluan mereka menuju ke dalam rumah atau di pintu tempat mereka masuk. Ini boleh menghalang askar-askar semut daripada masuk ke dalam rumah.
Daun sirih
Beberapa helai daun sirih dikoyak-koyak atau disiat-siat dan taburkan juga pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
Kulit telur
Bakar kulit telur hingga menjadi abu, kemudian taburkan pada kawasan laluan semut.
Ads
Kulit timun
Kulit timun juga diletakkan di kawasan laluan semut atau berdekatan sarangnya.
Air serai wangi
Campurkan serai wangi dengan air kemudian disembur pada laluan semut serta tempat-tempat yang biasa diduduki semut. Juga boleh buat lap meja dengan air serai wangi untuk elakkan semut naik ke atas meja. Yang menarik tu, bukan semut sahaja malah lipas, lalat dan serangga lain turut tidak berani mendekati tempat itu.
Minyak masak
Celup kain bersih ke dalam minyak masak, dan ikat kain tersebut pada balang gula, keliling kaki meja atau keliling kabinet dapur. Minyak masak ini boleh menghalang laluan semut.
Ads
Kalau tidak mahu ikat kain, boleh saja lumurkan minyak masak pada bahagian yang terlibat. Contohnya sapukan minyak masak di kaki meja makan supaya semut tidak boleh panjat meja.
Tip halau semut yang suka hurung bekas gula atau makanan
Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula. Jangan risau kerana bau asam gelugur dan bunga cengkih tidak akan menukar rasa atau warna gula, mungkin jadi lebih wangi.
Cili kering
Masukkan beberapa tangkai cili kering ke dalam bekas gula. Semut juga tidak akan menghampiri bekas gula itu, mungkin kerana dia pun tak tahan pedas.
Ads
Bawang merah
Masukkan beberapa biji bawang merah yang belum dikupas ke dalam bekas gula, tapi basuh lah dulu. Takut kotor pula gula nanti.
Bercakap dengan semut
Kalau semut jenis tak makan ‘saman’ juga, cubalah bercakap dengan semut supaya tinggalkan rumah kita.
“Assalamualaikum wahai rakyat Nabi Sulaiman a.s…
Ini rumah aku dan aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yang taat dan sentiasa berzikir pada-Nya.Kalau kamu nak buat sarang dan terus hidup, hiduplah di luar rumahku agar kamu selamat.. Terima kasih semut..”
Sebaiknya praktikkan petua ini ketika sendirian ya bimbang nanti orang menyangka anda berhalusinasi atau pun kurang waras.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, di bulan Ramadan ini biasanya ibu-ibu pasti sibuk menyediakan pelbagai menu untuk berbuka mahu pun juadah bersahur. Malah setiap kali itu jugalah, dalam penyediaan bahan-bahan masakan kita akan mengisar pelbagai ramuan menggunakan blender untuk memastikan hidangan yang dimasak sempurna dan enak rasanya.
Pun begitu, dengan kekerapan kita menggunakan blender ini kadang-kadang menyebabkan adanya bau rempah atau cili melekat pada blender tersebut. Jika dilihat dari mata kasar memang telah bersih namun baunya masih ada.
Jadi ada baiknya kita ketahui cara atau petua terbaik dan mudah dilakukan untuk memastikan blender yang digunakan bebas bau-bauan. Jom semak perkongsian Miya Aira ini, cukup bermanfaat.
“Nak share tips nak bagi blender tak berbau..Mesti kat sini ada masalah blender berbau selepas blender bahan seperti cili kering,cili,bawang atau apa saja .. walaupun dah basuh bersih bau tu mesti tak hilang jugak kan..Senang ja nak hilangkan bau dalam blender..Meh nak share tips..Pada yg dah tau its”-Miya Aira
Bahan-bahan yang diperlukan:
Sabun pencuci
Garam
Cara mencucinya :
1. Basuh bersih blender anda.
2. Masukkan air sabun pencuci pinggan mangkuk atau cecair pencuci pinggan mangkuk pun boleh. Apa jenama pun takpa janji sabun pencuci pinggan mangkuk
3. Masuk kan 2 atau 3 sudu garam
4. Kisar macam biasa dalam 2-3minit. Atau pun sampai berbuih. Lepastu bilas blender dengan air bersih.
Taraaa langsung tak berbau..Selamat mencuba
sumber : Miya Aira Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak kecil cenderung meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Lebih-lebih lagi orang tersebut adalah ibu atau ayahnya.
Sebab itu sebagai ibu bapa kena sentiasa alert dan berhati-hati melakukan sesuatu terutama di hadapan anak kecil. Bimbang ia meniru dan akhirnya membawa padah pada si kecil
Seperti yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi facebooknya. Beliau menerima satu kes yang mana seorang kanak-kanak berumur 3 tahun menelan bateri. Melalui pemeriksaan, rupa-rupanya kanak-kanak tersebut meniru aksi silap mata yang dilakukan oleh ayahnya.
“Ayah dialah! Konon buat magic dekat dia. Sekali senyap-senyap dia pi buat juga!”
Kelmarin saya dapat satu kes ni, seorang budak 3 tahun telan bateri sebab tiru ayahnya yang buat aksi silap mata konon telan benda itu.
Hati-hati bermain dan bergurau dengan anak kecil. Kadang-kadang kita niat nak bergurau, tetapi kerana kenaifan mereka, mereka jadi percaya.
Dalam pada itu Dr Kamarul turut memuat naik perkongsian rakannya, Dr Shaiful Nizam.
Kita ikuti sikit rajutan Twitter yang ditulis oleh doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT), Dr Shaiful Nizam ni.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr Shaiful ada menitipkan beberapa pesanan buat ibu bapa dalam soal keselamatan anak-anak.Semoga bermanfaat!
Selain daripada hantar anak ke pengasuh atau tinggalkan di transit sementara ibu ayah keluar bekerja, ramai yang memilih untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak mereka.
Begitu juga buat jurusolek terkenal dan pempengaruh sosial media, MUA Bellaz yang mengambil pembantu rumah untuk menguruskan rumah dan anak-anak.
Baru-baru ini, perkongsian Bellaz di laman Tiktoknya telah menarik perhatian warganet apabila dia menghadiahkan pembantu rumahnya barang kemas bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.
Perkongsian yang berbentuk video itu memaparkan Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini sedang memilih sebentuk cincin emas. Menurutnya, ini kali kedua dia menghadiahkan pembantunya itu sebagai tanda penghargaan kerana menjaga anak-anaknya.
“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.
“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz.” tulisnya.
Dalam masa yang sama, dia turut memuji sikap pembantunya yang ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga.
“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.
“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan.” tambahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraannya kerana berkongsi rezeki.
Sumber: TikTok MUA Bellaz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.