Selain nasi lemak, roti canai dan kuih muih, nasi goreng antara menu sarapan pagi yang cukup digemari. Namun, kadang-kadang agak leceh untuk menyediakannya kerana terpaksa potong lada, bawang dan sebagainya.
Jangan risau, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat menerusi perkongsian Pnut Syafinaz di laman facebooknya. Lebih menarik lagi, ibu-ibu hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk masak nasi goreng jika dah siapkan perencah ini.
Selain nasi goreng, perencah atau paste ini juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran. Nak cuba, jom baca ni!
Paste Nasi Goreng Serbaguna Mak Long
Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.
BAHAN-BAHAN
Ads
7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1@2 labu bawang besar
10 bjji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
Sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. ‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.
2. Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.
Ads
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Tip Susun Bahan Dalam Pengisar
Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Ads
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.
*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.
Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs. Biar kata-kata sini, kejian dan umpatan diterima, namun Dato’ Seri Aliff tidak mengambil hati jauh sekali ‘down’ dengan hal tersebut.
Sempena ulang tahun perkahwinannya ke-11 baru-baru ini, Dato’ Seri Aliff Syukri ada buat throwback waktu nikahnya bersama Datin Seri Shahida.
Dalam perkongsian tersebut, Dato’ Seri Aliff mengakui hidupnya kini sudah lengkap dan sempurna dengan hadirnya wanita bernama Shahida.
bobo malu lah tngok vedio lama..thanks sangat pada yg wish kat komen dan pm happy anyversery?? 10 ogos tarikh azimat kami.. waktu ni sy umur 20tahun dan wife sy 22tahun lain tak masa ni sy?? . ini lah kehidupan yg sy cari selama ini… benda yg paling mahal adalah benda yg tak boleh dibeli dgn wang ringgit iaitu mencintai seseorg bkn sbb wang ringgit semata2 ..dan menerima kelemahan kita… Alhamdulilah bukan mudah untuk temui seorang wanita yg bole menerima kekurangan dan sifat kita yg tidak sempurna, susah dan senang bersama, sentiasa memberikan sokongan emosi untuk diri dan anak-anak. Takdir Allah itu indah hidup saya kini lebih lengkap dgn kehadiran seorang wanita bernama @shahidadherbs .. i love u syg smpai ke syurga… kalau korang nak tngok full vedio perkahwinan saya.. siapa nak sambungan vedio ni?? oh abg kosmetik 3 dah bermula hny di youtube… .
Perkongsian gambar tersebut menarik perhatian sebanyak hampir lebih 125,000 likes dan lebih daripada 1,000 komen daripada peminat dan netizen. Malah ada yang meminta dato’ Seri Aliff bersanding semula dengan isterinya.
ainasyuhadaaaSemoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt. Amin ya allah. Cantiknya datin shahida ?✨
zakihassan789datok buat sandeng semula mesti meletopppp
Akibat kecuaian orang lain, lelaki ini menjadi mangsa dan meninggal dunia dalam satu kemalangan. Menurut saksi kejadian, kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang penunggang motorsikal manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
Ia berpunca daripada sebuah kereta yang memasuki simpang tanpa melihat ke arah belakang. Mangsa tersebut terpaksa mengelak kereta yang masuk ke simpang itu secara tiba-tiba dan bergesel dengan seorang lagi penunggang motorsikal yang lain.
Akibat situasi itu, mangsa gagal mengawal kenderaanya lalu terjatuh ke seberang jalan. Kereta yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah melanggarnya secara tidak sengaja.
Kemalangan tersebut patut dijadikan pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dan memandu dengan cermat ketika menggunakan jalan raya. Akibat kecuaian, orang lain yang menjadi mangsa. Isteri kehilangan suami, dan ibu bapa kehilangan anak buat selama-lamanya.
Kisah kemalangan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan juga saksi di tempat kejadian yang bernama Ajak Muezza.
alfatihah
eksiden pagi tadi, kereta masuk simpang tak tengok belakang, datang moto dari tepi bergesel jatuh ke seberang jalan.. da jatuh, datang pula kereta arah depan gilis arwah.. ngeri. orang lain punya silap, orang lain jadi mangsa. allahu.. kebetulan situ ade jiran setempat mengenali arwah terus bagitaw family beliau.
aku pun lepak dengan mat despatch lain, dengan polis, dok dok borak.. phone arwah berdering, tertera “my sayang” call.. semua terkedu nak jawab. sebab tak tahu nak cakap apa pada isteri, semua blur. kau jawab la, kau jawab la. sudah nya panggilan tu off. 15minit terus keluarga si arwah sampai.
tengok situasi situ da mula buat semua sedih. aku pun cabut, benda emosi gini takley buat main woo..
moga di pagi jumaat ni arwah ditempatkan dengan golongan yang beriman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi kuih kaswi seperti ini cukup mudah disediakan! Selain untuk hidangan seisi keluarga, boleh menjadi hidangan bagi majlis potluck bersama keluarga dan rakan-rakan. Perkongsian puan Sabariah Bahasar boleh dicuba. Cara penyediaannya pun mudah hanya mengunakan sukatan cawan. Jom semak bahan-bahan dan cara membuatnya.
KASWI GOYANG
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan air
1 suduteh air kapur
3/4 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis(warna lagi cantik)
Daun pandan
Masakkan daun pandan , gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan
Masuk kan tepung dan kicap tadi bersama sedikit air kapur…guna whisk or blend pon bole
Tapis kan ke dlm loyang yg di sapu minyak
Kukus dlm 15 minit utk acuan kecil dan 40 minit dlm loyang
Dah sejuk gaul kan bersama kelapa putih bergaram yg sudah dikukus
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...