
Kelapa parut merupakan isi buah kelapa yang telah diparut menjadi serabut-serabut warna putih.
Ia memiliki rasa yang tersendiri dan aroma yang khas. Disebabkan itu, kelapa parut digunakan di dalam pelbagai jenis pencuci mulut dan kuih-muih.
Kebiasaannya, kelapa parut ini diambil santannya atau digunakan terus tanpa diperah.
Namun, adakalanya kelapa parut jika dibiarkan lama akan cepat basi, lebih-lebih lagi tidak disimpan dengan baik.
Ikut cara ini untuk menyimpan kelapa parut agar lebih tahan lama:
♦ Gumpalkan kelapa parut membentuk bola–bola berukuran sederhana.
♦Simpan di dalam bekas atau plastik yang telah diberi sedikit air.
♦Tutup rapat bekas atau plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian beku. Kelapa parut akan tahan 3 – 4 bulan.
Selain kaedah di atas, ibu-ibu juga boleh cuba tip ini:
1. Masak air hingga mendidih.
2. Taburkan garam pada parutan kelapa dan gaul sampai rata.
3. Kukus kelapa selama 15 minit.
4. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam plastik dan simpan didalam peti sejuk.
5. Kukus semula untuk dapat perahan terbaik sebelum digunakan.
Sumber: Abgbrian.com & Siarfm
“Ini Hadiah Kepada Ibu Bapa Yang Banyak Berkorban.” Anak Penebar Roti Canai Terima Anugerah Pelajaran Diraja

Kemiskinan keluarga dan melihat pengorbanan ayahnya, menyara keluarga sebagai penebar roti canai manakala ibunya hanya suri rumah menjadi pendorong kejayaannya hari ini.
Anak penebar roti canai ini juga mencatat kejayaan tersendiri apabila dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.
Lebih manis, Siti Madihah Situah, 24, turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
“Sebaik diterima masuk di UMK sesi September 2016/2017, saya tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah yang banyak berkorban bekerja sebagai penebar roti canai untuk membesarkan saya dan adik beradik lain.
“Ketika belajar saya turut membuat beberapa pekerjaan sambilan antaranya berniaga nasi bungkus dan air mineral di balkoni asrama memandangkan tidak mahu menyusahkan ibu bapa sepanjang pengajian.
“Alhamdulillah segala usaha selama ini berbaloi apabila dapat buktikan mampu capai kejayaan biarpun serba kekurangan,” katanya ketika ditemui dalam majlis konvokesyen itu di UMK Kampus Bachok.
Majlis disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan yang juga Canselor UMK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail dan mantan Ahli Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang turut menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) UMK.
Dalam majlis itu, Madihah menerima sijil dan pingat Pelajaran Diraja serta hadiah wang tunai RM5,000 dalam konvokesyen itu.
Seramai 2,062 penuntut UMK menerima sijil masing-masing membabitkan 17 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 27 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 1,980 graduan menerima sijil Ijazah Sarjana Muda.
Menurutnya, dia bagaimanapun berasa sedikit ralat apabila kejayaannya tidak dapat dikongsi dengan ayahnya yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
“Ibu dan adik juga menumpang kereta bapa saudara dari Tanjung Karang, Selangor untuk meraikan hari konvokesyen.
“Kejayaan hari ini adalah hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk saya,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Jiwa Dikatakan Merdeka Bila Hati Memiliki Beberapa Perkara Ni. Boleh Semak!

Kemerdekaan yang kita miliki kini sewajarnya dimaknai dengan erti kebebasan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, pemikiran malah jiwa kita juga.
Menariknya tentang jiwa merdeka ini, wanita ini menyenaraikan 10 tips untuk memilikinya. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
10 TIPS UNTUK MEMILIKI JIWA MERDEKA
1. Jangan pernah menyesali sesuatu kerana akan tiba masanya nanti kita akan faham bahawa semua yang berlaku itu adalah yang paling terbaik untuk kita.
2. Bertindak seiring dengan apa sahaja yang kita inginkan. Jiwa yang merdeka akan merdekakan diri dengan mencapai impian mereka. Tidak bertangguh, memberikan banyak alasan. Membesarkan halangan. Tidak takut kepada saingan.
3. Bagaimana untuk tidak takut kepada saingan? Jiwa yang benar-benar merdeka akan letakkan keyakinan kepada Allah di tempat yang pertama dalam segala hal. Yakin rezeki itu dari Allah dan yakin bahawa jika rezeki itu milik kita, biar di dasar lautan pun ia tetap akan tiba. Yakin bahawa segala ketentuan dari Tuhan adalah yang paling baik. Selagi tak ada ini, minda kita tidak merdeka.
4. Hati yang merdeka itu tidak “dijajah”. Bagaimana hati yang dijajah? Tidak sedih dan kecewa disebabkan kata-kata dan perbuatan orang lain. Kalau kita letakkan bahagia dan hati kita dalam genggaman orang lain, bererti hati kita masih dijajah. Tak kiralah samada oleh pasangan, kawan rapat atau siapa sahaja. Jiwa yang benar-benar merdeka itu seharusnya lebih tenang.
5. Mudah memaafkan dan melepaskan. Bukan kerana kita salah dan kalah. Tetapi hati dan jiwa yang benar-benar merdeka itu lebih mengutamakan ketenangan dari dendam.
6. Jika kita benar-benar merdeka….kita pasti berusaha untuk tidak meninggalkan tanggungjawab kita kepada Tuhan. Iaitu bersembahyang. Selalu saya tulis tip ini hampir dalam setiap tulisan saya kan? Ya, kerana ianya adalah syarat utama untuk mencapai apa sahaja dalam hidup termasuk untuk memiliki hati yang merdeka.
7. Jiwa yang merdeka itu tidak ada benci dan dendam. Apa lagi jika mahu menulis atau berkata yang tidak baik tentang orang lain. Diam ketika marah dan tidak berkata ketika tidak punya kata-kata yang baik untuk diluahkan. Jika kita benar-benar merdeka, kita boleh mengawal kata-kata dan perbuatan kita.
8. Hati yang benar-benar cukup merdeka tidak langsung perlukan “pengiktirafan” orang lain untuk menunjukkan mereka kaya, bahagia, memiliki (apa lagi memiliki apa yang orang lain tidak punya). Anda faham bukan?
9. Jiwa yang merdeka penuh dengan rasa cinta dan bahagia. Penuh empati dan kasih sayang. Tahukah anda bahawa hati yang tidak mencintai tidak akan dicintai? Ha… Jadi jika nak ada rasa bahagia (penuh dengan happiness) kena ada rasa kecintaan dalam diri ya. Biasanya orang yang punya sifat ini akan dikelilingi oleh ramai kawan. Kerana “love and emphaty vibes” itu boleh “sampai” kepada orang lain juga.
10. Hati dan jiwa yang merdeka itu tetap pendiriannya. Tidak mudah goyah. Jika melakukan sesuatu, tidak akan pernah putus asa. Jika jatuh sekali, akan bangkit 10 kali. Jika patah sayapnya maka dia akan bertongkat paruh. Tidak takutkan cabaran. Tidak gentar dengan ujian. Hati dan jiwa yang merdeka itu cukup matang untuk berdepan dengan apa sahaja dalam hidup. Dan juga cukup tahu, bahwa selagi mana kita masih bernyawa… Ujian akan sering hadir bersilih ganti dalam hidup. Jadi, jalan terus sahaja ya!
Senyumlah setiap hari kerana hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.
Salam Kemerdekaan dari saya…
Kita anak Malaysia!
Sumber :Dzuriasikim Dzulkefli
Cara Buat Karipap Kentang Kulit Lebih Rangup & Inti Sedap. Wanita Ni Kongsi Resipi & Step By Step. Mudah Sangat!

Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh Puan Eyda Fyda.
Assalammualaikum… memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post sy sblom ni,sy dgn berbesar hati nk kongsi ngan kwn2 semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa… Aamiin.
Jom sy bongkarkan secara details..😘
Cara2 ada dlm gambar ye…sy izinkan kwn2 share dan selamat mencuba…😉
Ingat… jgn share je tau,,, pastikan kwn2 cuba buat,,mana tau boleh dijadikan sbg sumber pendapatan mcm sy…😊
Bahan bahannya ialah :
kulit karipap rangup :
1kg Tepung Gandum.
1mgkuk/cwn kecil minyak masak.
2 sudu majerin.
Air bancuhan garam.
Inti :
Kentang didadu.
Serbuk kari daging.
Cili kering dikisar bersama bwg besar,bwg putih dan udang kering.
Air rebusan daging bersama daging yg tlh direbus.
Sedikit daun sup utk bau yg sdp.
Garam.
Gula.
Serbuk perasa ( terpulang samada nk guna ataupun tidak )
Cara2 nya ialah….
- Panaskan 1cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2sudu majerin… panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
2. Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
3. Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti
4. Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye)
5. Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit..
k
6. Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar…’
7. Doh yang telah siap diuli..
8. Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
9. Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu..😉
10. Tumiskan lada kering,bawang besar,bawang putih dan udang kering yang telah dikisar..
11. Masukkan serbuk kari(saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau…
12. Masukkan air rebusan daging… kacau rata
13. Masukkan kentang yang telah didadu..
14. Masukkan daging cincang yang telah direbus..
15. Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula…
16. Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering…kena rajin kacau ye.
17. Inti yang telah siap..😋
18. adaaa siap karipap kita..😉
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club