Ibu-Ibu Cuba Buat Sendiri Tauhu ‘homemade’ Guna Tiga Bahan Ini. Cukup Berbaloi!

Share

Tauhu antara makanan yang mempunyai khasiat untuk tubuh, terutama dalam membekalkan protein.  Makanan yang berasal dari negara China ini juga dikenali dengan pelbagai nama termasuklah tofu.

Selain membantu mencegah penyakit jantung, menurunkan berat badan, pengambilan tauhu juga membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal,  awet muda dan banyak lagi khasiat lain.

Jadi, siapa yang suka makan tauhu, mungkin perkongsian ini boleh membantu anda hasilkan sendiri.  Mana tahu, selain untuk makan bersama keluarga, boleh juga buat berniaga kecil-kecilan.

Resepi dan cara telah pun dikongsikan oleh Azlia Al Hayahuddin. Jom kita tengok sikit macam mana nak buatnya.

BAHAN-BAHAN:

a. 3kg kacang soya

b. 18 liter air

c. 45gm GDL ( Glucono Delta Lactone) – serbuk ini untuk mengeraskan tauhu

CARA MEMASAK:

1. Pilih kacang soya, cuci dan rendam selama 4-5 jam.

2. Toskan dan kisar dengan air yang disukat. Tapis susu soya.

3. Masak susu soya hingga mendidih.

4. Dalam bekas berasingan, bancuh GDL dengan air.

5. Tuang susu soya yang telah mendidih tadi ke dalam bekas berisi bancuhan GDL. Kacau dan biar beku selama 15 minit.

6. Sediakan pencetak tauhu dan alas dengan kain. 1 ni dapat 64 biji. Guna 3 kg kacang soya untuk 1 pencetak ni. Ukuran 8 petak × 8 petak

7. Tuang tauhu ke dalam pencetak dan ratakan.

8. Tutup kain dan tekan dengan pemberat.

9. Selepas 1 jam, keluarkan tauhu dan potong. Rendam dalam air bersih.

 

 

 

Tip Tambahan

1.    Rendam kacang soya ialah tidak boleh lebih 5 jam. Kacang soya yang direndam lama akan cepat basi. Paras air untuk rendaman kena 2x daripada kacang soya.

2.   Jika ngam-ngam paras kacang soya, kacang tersebut tidak akan mengembang dan susu soya pun takkan dapat banyak apabila diperah.