Tidak lengkap rasanya jika raya tiada menu yang satu ini. Selain Rendang, Lemang dan ketupat, Nasi impit adalah hidangan yang harus dan wajib dihidangkan di pagi hari raya. Enak dimakan bersama kuah lodeh, rendang, sate dan bermacam-macam lagi.
Pelbagai pilihan nasi impit segera yang dijual di pasaran. Hanya perlu merebusnya dan siap untuk dihidangkan. Tetapi, kalau buat sendiri, akan lebih jimat dan boleh hasilkan dengan banyak. Modal hanyalah plastik tahan panas, beras serta lidi sate. Mudah je!
Jom lihat langkah demi langkah penghasilan Nasi Impit homemade perkongsian dari saudari Rafiza Idayu menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN).
BAHAN-BAHAN:
Periuk Bertekanan Tinggi (Pressure Cooker-PC)
• Beras 1 pot = 130g (Saya guna beras Sekinchan Best)
• Plastik saiz 5×8 (5 inci x 8 inci)
• Lidi Sate
CARA MEMASAK:
1. Lubangkan plastik menggunakan lidi sate.
2. Masukkan beras 1 pot = 130g.
3. Basuh beras berkenaan. Masukkan sahaja air dalam plastik yang berlubang tu.
4. Toskan.
5. Lipatkan plastik begini.
6. Lipat kali ke dua.
7. Lubangkan guna lidi sate di bahagian lipatan.
8. Kemaskan plastik dengan menyulam lidi ke dalam lubang yang telah dibuat seperti dalam gambar. Kalau boleh elakkan penggunaan stapler kerana bullet stapler yang kecil dan halus dibimbangi masuk ke dalam makanan yang kita makan. Lagipun mengelakkan bullet berkarat masuk ke dalam makanan kita.
9. Patahkan lidi yang terlebih. Siap! Sedia untuk direbus.
10. Cara nak periksa kandungan beras begini tipnya. Pastikan kandungan beras setengah dari saiz plastik. Paras beras berada di bawah garisan bucu ke bucu plastik.
11. Masukkan air hingga 3/4 periuk.
12. Masak menggunakan api besar selama 45 minit.
13. Selepas 45 minit. Tunggu sehingga semua tekanan dah keluar sendiri, ok dah boleh keluarkan nasi impit kita.
14. Nasi Impit Ekspress. Alhamdulillah, cantik kejadian nasi impit kita.
Tip:
Sumber: Rafiza Idayu (www.amazingayu.com) via MAHN