
Ada pelbagai jenis kulit sama ada jenis berminyak, kulit kering dan ada yang kulit jenis kombinasi. Oleh itu, jangan ingat setiap kulit ini sama cara nak jaga. Begitu juga dengan pemilihan produk penjagaan diri.
Jom kita baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Aris di Twitternya. Kali ini adalah mengenai penjagaan untuk kulit jenis berminyak.
Face serum juga penting untuk semua jenis kulit. Tapi bagi kulit berminyak jika boleh elakkan oily based untuk serum.
Sumber: erafm& Twitter @Dr Aris Fadzillah
Puding Karamel Tak Guna Telur. Rasanya Sedap Confirm Tak Ada Bau!

Sebut sahaja Puding Karamel tentu sudah ada yang dapat membayangkan keenakan rasanya, apatah lagi jika dimakan sejuk.
Namun dek kerana Puding Karamel ini menggunakan telur yang banyak kadang-kadang membuatkan ada terasa telurnya dan ini boleh membantutkan selera.
Tidak mahu ini terjadi, apa kata Kita sediakan menu Puding Karamel tanpa menggunakan telur ini.
Resipi ini dikongsikan oleh Syazlin dan bolehlah dicuba.
First time cuba buat puding karamel tanpa telur alhamdulillah cantik sungguh kejadian, happy rasa menjadi, yang penting sedap sangat sejuk kat tekak.
Puding Karamel Tanpa Telur
=======================
Mula-mula buat gula hangus dulu. Masukkan 4 sudu besar gula dalam loyang. Panaskan atas api sampai cair dan perang. Ketepikan.
Agar-agar tali 1 bungkus
Gula 1/2 cawan
Susu cair 1 tin
Susu pekat 1 cawan
Esen vanilla
Tepung kastard 3 sudu
Cara buat :
1. Masukkan agar-agar dulu hingga hancur.
2. Air saya sukat guna plastik agar-agar tu je. Penuh plastik tau.
3. Bila agar-agar dah hancur masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau selalu ye hingga mendidih dan pekat sikit tutup api.
4.Tuang dalam loyang gula hangus tadi (tapis tau ). Sejukkan sebentar dan masukkan dalam peti ais. Dah keras agar tu bolehlah potong dan ngapp.
Fuhh..nyamannya rase tekak..Semalam buat puding karamel ni. Puding ni tak guna telur tau. Siapa yang tak makan telur bolehlah cuba buat puding ni.
Sumber : Syazlin Mansor via MAHN
“Walau Seribu Kebaikan, Tetap Takkan Sama Dengan Balik Kampung Jumpa Mak Ayah!

Walaupun hidup merantau, mak ayah dikampung jangan pula lupa difikirkan. Kenalah ambil tahu apa mak kita makan, sihat ke tidak atau apa mak kita buat setiap hari.
Jangan sesekali lepas tangan. Cerita cikgu Abd Ghani Haron ini banyak yang boleh kita pelajari. Lebih-lebih lagi bagi anak muda yang merantau.
KERAP BALIK KAMPUNG?
Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa kedah untuk sarapan) saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih dikampung.
Saya menegurnya,”Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”Dia berkata,”Cikgu,walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua,tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah.
Tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya. Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua.
Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan tv, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di komplek perniagaan di hujung minggu.”
Subhanallah! Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelas betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.
Pada anda yang berjauhan denga ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini. Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibubapa. Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.
Jika tidak pun, buatlah panggilan untuk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan. Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain.
Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibubapa seketika. Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.
Maka setiap hari saya insyaallah akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor dilaman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah. Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan dimata tuanya.
Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dengan membaca nukilan saya. Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka. Wallahu’alam.
Kredit: Abd Ghani Haron
“Macam tahu Nak ‘pergi’ Arwah Peluk & Cium Anak.” Isteri Bomba Mati Lemas Tak Sangka Mimpi Arwah Meninggal Jadi kenyataan. Allahu!

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, cuma kita tidak tahu bagaimana dan bila akan tiba ajal datang menjemput. Bila masa sudah tiba ada si anak ditinggalkan ibu atau ayah, anak meninggalkan ibu bapa, suami pergi dulu, tinggalkan isteri dengan anak-anak masih kecil dan sebagainya. Yang pasti, kematian memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Bagi Noor Nadia Kamaludin, pilu hati sebagai seorang isteri hanya Tuhan yang tahu. Suami tersayang, Mohd Fatah Hashim, 34 keluar bekerja beberapa jam dalam keadaan sihat dan tiada ada sebarang perubahan akhirnya ditemui dengan jasad yang kaku.

Sukar menerima hakikat tersebut namun Noor Nadia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut bagaimana pun reda dan pasrah. Masih terngiang-ngiang suara arwah suaminya sebelum keluar bekerja.

Lebih memilukan sebelum itu, Noor Nadia atau mesra dipanggil Nadia bermimpi arwah suaminya meninggal dunia.
“Dua minggu sebelum kejadian, saya ada mimpi arwah meninggal dunia. tak tahu bagaimana dia meninggal tapi nampak dah meninggal. Saya ceritakan hal tu pada arwah, tetapi dia hanya senyum dan ketawa sahaja. Sehari sebelum tu, arwah sakit perut, jadi dia tak banyak cakap diam sahaja.
“Esoknya 9 hari kejadian arwah masuk shif pagi. Saya tak sangka benda tersebut jadi kenyataan. Tapi sebelum ke tempat operasi, arwah ada pulang ke rumah dan sempat jamah kuih yang saya buat. Sebelum ke tempat kerja, saya pelik bila arwah panggil lalu peluk dan cium anak-anak seolah-olah dah tahu dia nak ‘pergi’.
‘Sepatutnya waktu kerja arwah habis jam 8 malam tapi dia belum pulang pukul 8 lebih ada anggota bombda datang ke rumah dan sampaikan berita arwah lemas dan minta saya ke hospital untuk pengecaman jenazah,” ujar Nadia merupakan suri rumah tangga, yang mempunyai dua orang anak kecil berusia 3 tahun dan setahun lebih.
Arwah Mohd Fattah dan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
Menurut isteri Allahyarham, suaminya berkhidmat dalam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) sejak tujuh tahun lalu. Mohd Fatah merupakan salah seorang daripada anggota PPDA BBP Pelabuhan Klang.
Selain Fattah, lima lagi anggota yang terkorban adalah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Usai proses post mortem, semua jenazah di bawa ke Balai Bomba Dan penyelamat Seksyen 15 untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir. Suasana pilu menyelubungi perkarangan balai berkenaan dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan mangsa.
Alfatihah buat keenam-enam wira penyelamat ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.