Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Ads
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Ads
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Ads
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Puasa yang masih berbaki beberapa hari lagi buat ibu-ibu makin sibuk dengan persiapan menyambut lebaran. Selain menguruskan soal pakaian baru, menyediakan kelengkapan untuk sajian juadah raya juga antara yang menjadi keutamaan kita.
Menyediakan Kuah Kacang antara menu wajib di pagi raya. Pun begitu menyediakan kuah kacang ini sedikit renyah. Maklumlah terpaksa menggoreng kacang tanah, membuang segala kulitnya dan kemudian barulah ditumis hingga masak.
Menggoreng kuah kacang adakalanya terhangus dengan mudahnya. Sebenarnya ada cara yang paling berkesan untuk mengelakkan kacang tanah daripada hangus.
Jadi macam mana nak masak kacang tanah dan nak pastikan ia tak hangus? Kena cuba petua ini.
Caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali dan terus sahaja masukkan kacang tanah.
2. Tidak perlu menunggu sehingga minyaknya panas.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
Selain itu, sebagai persediaan raya pastinya juadah Kuah Kacang bersama Nasi Impit menjadi menu istimewa dan wajib ada. Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kegembiraan Tahfiz Muda ini mendapat ahli keluarga baru bertukar duka bila mana dia diuji dengan kehilangan anak keduanya itu. Muzammil Hasballah, penghafaz muda yang berasal dari negara Indonesia ini.
Beliau cukup dikenali dengan keupayaannya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan nada yang merdu dan menenangkan.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Muzammil Hasballah memberitahu, bayi keduanya yang diberi nama Ruhi Ghumaisha, telah selamat dilahirkan pada selasa kira-kira pukul 8.36 pagi, waktu Indonesia.
Biarpun diduga dengan ujian begitu berat, namun tahfiz muda itu jelas tampak redha dan tabah. Dalam satu perkongsian, dia mengimamkan sendiri solat jenazah anak syurganya.
Mendengar alunan bacaannya kali ini, dapat dirasai pilunya hati seorang ayah namun tetap reda dengan ketentuan Ilahi.
Tenang dan tabah tatkala berkongsi kejadian rumah lenyap ‘ditelan’ banjir membuatkan ramai yang kagum dan terharu dengan silap Ebby Yus.
Nasib rumah pelawak terkenal ini yang 90% sudah siap nyata tidak begitu baik apabila lenyap dibawa arus deras walaupun tinggal 10 % sahaja lagi bakal disiapkan.
Berkongsi cerita menerusi program Meletop baru-baru ini, Ebby Yus kelihatan tenang bahkan boleh ketawa ketika membuka cerita keadaan rumahnya Itu. Manakala pengacara program berkenaan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sudah bergenang air mata.
Dia sebelum Itu sempat singgah ke rumahnya untuk meninjau kerja-kerja pemasangan wallpaper dan kemudian mendapat panggilan dari seorang ustaz mengajaknya menyertai kerja kebajikan ke Kuala Kapar.
Ketika dalam perjalanan, dia mendapat panggilan daripada tukang buat rumah memaklumkan keadaan air yang mulai naik dan rumahnya yang sedikit senget akibat arus deras
Namun, tidak lama selepas itu, Ebby Yus sekali lagi menerima panggilan dalam suara sebak memberitahu rumahnya sudah habis dihanyutkan banjir.
Reaksi tenangnya disambut dengan tangisan daripada dua orang pengacara yang begitu sebak mendengar apa yang menimpa pelawak tersebut.
Dalam sekelip mata sahaja, dia mengalami kerugiaan RM200,000 dan rumah impiannya sejak berpuluh tahun bergelar anak seni hilang sekelip mata tanpa sempat dihuninya.
Ebby Yus jujur mengakui yang dia reda dengan ujian daripada Allah S.W.T.
“Rumah orang lumpur masuk, orang bersihkan. Rumah saya masuk dalam lumpur, jadi nak bersihkan apa pun saya tak tahu,” ujar Ebby Yus sambil tertawa kecil.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...