
Bukan sekadar golongan muda, bahkan wanita berusia juga boleh bergaya. Usia tidak menghalang seseorang untuk tampil menarik dan cantik asal kena pada caranya.
Untuk anda yang mengalami masalah bintik hitam, cuba petua yang diamalkan oleh seorang wanita berusia 43 tahun ini. Dia hanya menyapu campuran tiga jenis bahan semula jadi selama beberapa minggu dan wajahnya kembali mulus, gebu dan cerah berseri.
Rahsianya mudah sahaja, dengan campuran halia segar, cuka dan madu, wajah serta masalah bintik hitam yang ada akan hilang dalam masa beberapa hari sahaja.
Bahan-bahan:
Halia segar dipotong nipis
Sedikit cuka
Sedikit madu
Caranya:
1) Cuci halia hingga bersih. Masukkan dalam satu balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut.
2) Simpan balang tersebut ke dalam peti sejuk selama satu hari.
3) Kemudian, keluarkan dari peti sejuk dan masukkan madu secukupnya dan gaul hingga ia sebati. Tunggu 30 minit.
3) Ambil potongan halia itu dan usap pada bahagian wajah yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit dan bilas dengan air suam panas.
Inilah masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi yang patut dicuba. Hasilnya dapat membantu kulit menjadi putih, gebu, cerah dan mulus tau. Jika mempunyai kulit muka yang sensitif, disarankan mendapat rujukan doktor terlebih dahulu.
Nak Awet Muda! Ada Cara Paling Murah & Sudah Dibuktikan.

Melawan tanda penuaan yang biasanya semakin hari akan terlihat seiring usia yang meningkat seakan tidak pernah berhenti untuk diusahakan.
Lebih-lebih lagi bagi wanita, semahunya jika boleh biarlah tanda-tanda penuaan seperti garisan halus dan kesan kedutan dapat dilengahkan daripada terlihat diwajah. Dalam kata mudah, ingin kekal and awet muda!
Kini bukan lagi rahsia, semua seakan tahu memang ada petua untuk kekal awet muda. Umumnya, orang dulu-dulu memang telah amalkan iaitu makan ulam-ulaman. Tapi ulam yang mana satu paling baik untuk kita kekal muda?
Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.
Terdapat 2 kaedah yang boleh kita amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ini iaitu:
1. Makan Begitu Sahaja
– Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.
– Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.
2. Minum air rebusan
– Ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.
– Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.
– Bila mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.
Kita juga boleh mengamalkan minum air rebusan ini setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.
Semoga anda nampak lebih muda daripada biasa dan yang pastinya kos untuk cantik dan muda ini cukup murah!
sumber :Petua Ibu
Barah Tiroid Banyak Berlaku Pada Wanita. Ikuti Penjelasan Dr Ni.

Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid. Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.
Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.
Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3), masing-masing mewakili 99.9% dan 0.1% hormon tiroid. Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.
PENYEBAB
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal
a) Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan
b) Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif)
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)
2. Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri
a) Goiter
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak
b) Nodul tiroid
Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku iaitu barah tiroid
c) Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.
GEJALA
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
1. Tangan menggeletar (tremor)
2. Rasa gementar
3. Degupan jantung yang laju
4. Mudah berpeluh dan panas
5. Susut berat badan
6. Lesu dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
1. Lesu
2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
3. Kulit kering
4. Sembelit
5. Sentiasa berasa sejuk
6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.
Barah tiroid terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.
KOMPLIKASI
Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
4. “Thyroid storm”- keadaan yang amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.
Goiter yang terlalu besar boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah dari segi kecantikan/kosmetik.
Barah tiroid boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dijalankan, lebih-lebih lagi dalam tempoh 5 tahun selepas pembedahan. Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dilakukan bagi mengesan barah tiroid daripada berlaku semula. Barah tiroid yang berlaku semula boleh dirawat sepenuhnya.
RAWATAN
Masalah tiroid boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan. Ia bergantung kepada jenis masalah tiroid tersebut.
Bagi masalah hipotiroidisme, hormon tiroid boleh diganti dengan pengambilan pil sintetik hormon tiroid secara oral.
Bagi masalah hipertiroidisme, penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangkan melalui ubat-ubatan yang diambil secara oral. Bagi mengawal gejala-gejala yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan jantung yang laju, terdapat ubat-ubatan yang boleh diberi secara oral juga. Jika masalah hipertiroidisme tidak dapat dikawal secara ubat-ubatan, rawatan ablasi radioaktif dapat digunakan untuk mematikan tisu kelenjar tiroid secara selektif.
Rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan merupakan barah tiroid. Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan juga untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Doktor Ini Tegur Dan Tegas Untuk Ibu Bapa Yang Memakaikan Anak Walker Dan Buaian Boleh Menyebabkan Kematian Walaupun Dalam Pemantauan Rapi

Baru-baru ini tular di Tiktok mengenai bahana memakaikan anak kecil walker, atas tujuannya memudahkan kerja ibu dan kononnya boleh mempercepatkan proeses anak berjalan. Ternyata fakta itu salah! ia hanyalah Mitos semata-mata.
Seorang doktor, Dr IrmaIzzati memuatnaik video yang lantang dalam menegaskan bahawa bahayanya apabila anak itu dipakaikan walkr walaupun dalam pemantauan rapi. Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana masih ada ibu bapa di Malaysia yang menggunakan walker untuk anak mereka.
Katanya, kemalangan boleh berlaku bila-bila dalam sesaat walaupun dengan pemantauan rapi. Mungkin ada ibu bapa yang memberikan alasan bahawa sebelum ini perna guna tapi tiada apa yang berlaku, ada juga ibu bapa yang meletakkan alasan atas sebab ibu bapa bekerja lagi-lagi anak yang sedang lasak, jadi dengan meletakkan di walker anak itu selamat. Ini menunjukkan keangkuhan ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri tamoa memikirkan keselamatan anak.
Menurut kajian, sehinggakan negara Canada banned penggunaan walker sekeras-kerasnya kerana setiap hari mesti ada budak yang mengalami kecederaan yang disebabkan oleh walker atau buaian akan datang di hospital atau klinik disebabkan kecederaan dan kematian. Doktor Irma sendiri pernah melihat didepan matanya budak meninggal disebabkan walker.
“Perent jangan cakap pasal pemantauan budak, sebab first step pemilihan alat untuk budak sendiri adalah dah salah, maksudnya ibu bapa boleh pilih dengan lebih selamat contohnya sperti baby cot atau play pen yang boleh digunakan sehingga anak dah besar. Selamat kan? boleh letak dekat dapur sekiranya ibu buat kerja. masih boleh pantau . tak ada pergi mana-mana atau lari” tegas Dr Irma
Dr IrmaIzzati juga menyangkal kenyataan berkenaan anak yang menggunkan walker itu lebih cepat berjalan adalah salah sama sekali.
“Yang cakap budak lebih cepat berjalan sebab guna walker tu korang belajar dari mana sayang? ”
“Budak yang belajar berjalan tanpa menggunakan walker lebih kuat sebab dia menggunakan muscle dan otot, otot badan, otot tangan dan otot otak sekali! balance coordination.. read! read! belajar! ” jelas Dr Irma.
Harapan Dr Irma, dia berharap ramai lagi ibu apa yang cakna berkenaan keburukan menggunakan walker untuk anak dan lebih bijak dalam memilih alat untuk anak
“Be a responsible parents! Orang bagi fakta yang melibatkan keselamatan anak2 bukan untuk di argue berdasarkan pemikiran dan pengalaman ya! Faham kan dan rajinkan membaca dan belajar ! Pilih yang selamat baru boleh cakap pasal pemantauan rapi ! Rujuk playlist kanak kanak hadam kan semua vtt tu. Jadi ibubapa yang bijak.”
@drirmaizzati Be a responsible parents! Orang bagi fakta yang melibatkan keselamatan anak2 bukan untuk di argue berdasarkan pemikiran dan pengalaman ya! Faham kan dan rajinkan membaca dan belajar ! Pilih yang selamat baru boleh cakap pasal pemantauan rapi ! Rujuk playlist kanak kanak hadam kan semua vtt tu. Jadi ibubapa yang bijak. #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru ♬ original sound – dr irma
sumber : Tiktok Dr IrmaIzzati