Mungkin ada antara kita selama ini begitu biasa dengan produk Jamu Mak Dara, diamalkan untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan. Diakui produk Jamu Mak Dara pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam penerimaan kaum wanita sebagai alternatif mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat .
Pun begitu, kita telah dikhabarkan dengan berita duka hari ini apabila pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set
dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.
Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk ‘pergi’, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.
“Dia dah sampai masa sebenarnya, sebelum itu dia dah kata nak ‘balik’. Cumanya dia ada bagi tahu satu hasrat nak tengok saya konvokesyen dulu.
“Pada pagi Ahad saya graduate dan terus buat panggilan video dengan arwah, saya ucap terima kasih kerana lahirkan saya dan akhirnya dapat juga graduate.
“Dia balas, Alhamdulillah bagus anak ibu berjaya. Kemudian lepas waktu Zohor terus dia dah lembik.
“Lebih kurang 8 malam lebih sikit macam tu kejut untuk ajak makan malam dia dah tak sedar, bila periksa jantung dah berhenti,” ceritanya yang kali terakhir bertemu dengan ibunya pada dua hari yang lalu.
Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib yang sememangnya rapat dengan ibunya dan bersama-sama meneruskan empayar JMD bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi. Baginya, dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
“Saya bersyukur dapat jalankan tugas sebagai seorang anak. Saya sempat berterima kasih dan minta maaf pada dia, minta halal segalanya termasuklah susu badan ibu.
“Sekarang ini keadaan saya sudah pasti sedih sebab itu mak saya. Saya antara yang paling rapat denga arwah dan banyak perkara yang kami lalui dan buat bersama.
“Dia pun banyak mengajar saya tentang hidup. Saya sempat bawa dia pergi Umrah dan Haji itu yang buat saya sangat bangga dan bersyukur sebagai seorang anak,” tambahnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat Johor sekitar jam 9 pagi tadi.
Sumber : Gempak & Astro Awani
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club