Pengalaman pertama kali berjumpa dengan doktor gigi sememangnya sangat mendebarkan. Lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.
Jadi sebagai ibu bapa kena pandai ‘membeli jiwa’ anak supaya bersetuju untuk diperiksa gigi mereka.
Comel dan lucu melihat gelagat figura seni yang juga pennyanyi nombor satu negara ini memujuk anak perempuannya untuk berjumpa doktor gigi. Menurut Dato’ Sri Siti Nurhaliza, selepas beberapa kali memujuk barulah Siti Aafiyah bersetuju .
“Hari ni bawa Aafiyah jumpa dentist untuk pertama kali.. Ibu pun dulu penakut jumpa Doc , tapi demi Aafiyah ibu beranikan diri ye.. ibu check dulu dengan harapan Aafiyah tengok dia tak takut.
“Hmmm puas memujuk dengan macam macam cara , akhirnya dia setuju nganga mulut & duduk di kerusi baring tu.. ibu pun temankan sekali .. 🤦♀️ Tq Dr @aifden @aifdental_clinic sebab sabar & layankan saja karenah Aafiyah .
Dalam pada itu, Tokti turut berterima kasih kepada Farahanim yang juga merupakan isteri kepada pemilik klinik berkenaan kerana sudi datang menemani. Siap membawa anak kembarnya untuk teman dan bermain bersama Aafiyah.
“Tq mummy cantik @farahanimrazak & baby twin yang datang untuk teman&main2 dengan Aafiyah. Harap lepas ni Aafiyah tak takut lagi ..😅🤣
View this post on Instagram
Selain Tokti, Farahanim juga turut memuat naik kehadiran Tokti dan Aafiyah menerusi laman instagramnya.
Turut kelihatan mendapatkan rawatan di klinik berkenaan adalah Dayah Zubit yang juga bekas pengasuh Aafiyah.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengharapkan dapat peluang untuk bertemu dengan Tokti.
Sumber: ctdk & farahanimrazak
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara