
Bila anak kena rotan memang ibu ayah akan berlagak garang tapi dalam hati tetap sayang anak. Begitu juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang menyakat anaknya yang dikenali Ariq Matin.
Video yang dimuat naik oleh Siti Sarah, tersebut memaparkan ayah kepada Siti Sarah sedang memarahi anak penyanyi itu.
Malah isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib ini sempat turut berpura berpura menangis untuk menyakat anaknya. Jom kita lihat video ni. Mencuit hati!



“Kalau Dah Ada Anak, Dah Masuk Darjah 3” Izzue Islam Tak Putus Asa Doa Dikurniakan Zuriat

Pelakon kacak, Izzue Islam berkongsi foto bersama isteri tersayang Awin nUrin sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.
Menerusi posting tersebut Izzuet menulis kapsyen jika mereka dikurniakan rezeki anak, sudah pasti anak sudah berusia 9 tahun dan bersekolah.
Namun, walaupun masih belum dikurniakan zuriat, Izzue dan isteri tidak putus asa berusaha dan berdoa agar dikurniakan rezeki cahaya mata satu hari nanti.
Hari ini usia meningkat lagi dan 9 tahun berkahwin. Kalau ada anak dah masuk darjah 3 dah hehe. Thank you kepada semua yang mendoakan Izzue
Didoakan semoga Izzue & isteri dikurniakan rezeki cahaya mata suatu hari nanti.
Webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
“Anak-Anak Lelaki Saham Mommy Di Sana.” Rita Rudaini Berhajat Nak Anak Jadi Al Hafiz

Isi Kandungan
ToggleSetiap ibu bapa pastikan mahukan yang terbaik buat anak-anak. Demikian juga dengan pelakon cantik manis Rita Rudaini. Sendirian membesarkan dua anak lelakinya, sesungguhnya bukan mudah. Namun, Rita berjaya membuktikan usaha dan kecekalan membantu dia dan anak-anak mengharungi hidup bertiga.
Terbaru, Rita berkongsi cerita pemergiannya bersama anak-anak mengerjakan umrah.
Selalu kami jarang balik ke bilik…tggu waktu ke waktu..solat sunat n mengaji…adakala ank2 penat…mommy faham..sbb kudrat mommy pon xkuat apatah lg budak2 sekecil mereka…tido mmg xcukup laa tp mommy pesan,walaupon kecik blum baligh tp kena buat btul2..bukan tggu baligh baru nk mula btul2…alhamdulillah depa mmg ingat n ikut pesan mommy…
Walaupon ada yg dgr bunyi mcm ‘tegas sgt,budak kecik lg’ tp itu pandangan org…pandangan sy xsama..sy tau apa yg sy ajar ank2 sy…smua utk mereka bwk sampai bila2…sy tegas sbb sy sgt syg mereka…kerana mereka pulak yg akan jaga sy nnti…sy nak ank2 yg jaga sy,ank yg mulia budi pekerti dan tau tggjwb sbgai seorg anak dan manusia,ank yg berjaya di dunia dan utk akhirat….
.
.
Terima kasih sy yg xterhingga utk sahabat sy yg menjaga mereka time solat dan time nk ke toilet..tkasih @adikzwan n uncle Rizal…jaga n urus mereka ke toilet mcm ank sendiri… @adikzwan sanggup dukung arjuna ke toilet sbb kasut kt mommy 😬..sggup melayan perangai dorg yg asyik kena ke toilet ambik wuduk sbb asyik terkentut 😔 …dorg mmg kuat kentut….
Dalam perkongsian tersebut, Rita meluahkan hasratnya untuk melihat anak-anaknya bergelar seorang penghafaz al-Quran atau dikenali dengan gelaran Al-Hafiz.
Perkara itu dikongsikan Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 43, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi Al-Hafiz sebelum mommy tutup mata.
“Anak-anak lelaki saham mommy di sana (akhirat). Insya-Allah moga diperkenankan oleh-Nya,” tulisnya di Instagram.
Di dalam perkongsian tersebut, Rita memuat naik satu video anak sulungnya , Airit Rayyan Rizqin, 10, yang sedang melakukan hafazan surah dalam al-Quran.
Rata-rata pengikutnya melahirkan rasa kagum dan mendoakan semoga apa yang diimpikan Rita akan dimabulkan kelak.
ibu_3_hero Orang kata Ye Allah jauh kan kita dari laki tak guna. Allah gantikan dengan yang lebih baik. Amin
adyin_violet Sejuk hati tgk… Sis mommy yg bagus… Cara didikan dri kecik dh teratur…
urulkhainikhaini Amin2.. Sy mendoakn semoga makbul harpan seorg ibu untuk ankye.. Insyaallah… Jd ank yg soleh ye. Smga Blh pimpin ibu ke syurga@ritrud727
sarahzakaria13 Ya Allah Kau perkenankn lh hajat hamba mu @ritrud727
ninieeeeeee_tahir Ameen semoga dipermudahkan urusan sis @ritrud727
naslatiff Alhamdulillah…semoga menjadi anak yg soleh dan memberikan cahaya dlm kehidupn dan keluarga..serta duniann akhirat
Sumber: IG ritrud727
Ibu bapa Yang Nak Anak Genius, Soleh & Solehah Boleh Cuba 10 Petua Ini

Apabila bergelar ibu bapa, tentu kita mahu melihat anak berjaya, genius dan soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan? Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
- Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
- Jaga makanan
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
- Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
- Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
- Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
- Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
- Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
- Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
- Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
- Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.