Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak syurganya didera tanpa sekelumit rasa belas kasihan. Lebih menyedihkan, pusat jagaan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan dan kasih sayang bagi anak istimewanya, Anaqi, didakwa menjadi punca penderitaan tersebut.
Munirah Salamat berkongsi pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya apabila anak yang dikasihi menjadi mangsa pengabaian dan penderaan di tempat yang seharusnya menjadi ruang paling selamat buat mereka.
Apa yang lebih mengecewakan, individu yang terlibat dalam pengurusan pusat tersebut juga terdiri daripada ibu bapa kepada anak-anak istimewa. Namun, kepercayaan yang diberi dikhianati. Dengan alasan yang tidak masuk akal dan CCTV yang dikatakan tidak berfungsi, keadilan seakan cuba disembunyikan.
Tidak mahu berdiam diri, Munirah melangkah ke hadapan dengan membawa kes ini kepada pihak berwajib.
Ibu tak sangka anak oku kena dera
Keadilan buat Anak Syurga. Bismillahirrahmanirrahim.
Siapa tak kecewa, marah, sedih bila orang yang kita harapkan membela nasib anak-anak Syurga memperlakukan anak² ini. Bukan seorang yang jadi mangsa mereka dan bukan seorang pelakunya.
Pada awalnya kami cuba berbaik sangka bila berlaku kecederaan sekali dua. Setiap kali terjadi sesuatu yang mencurigakan, saya akan ambil dan simpan gambar Anaqi. Ada 2 kejadian lagi saya lupa rakam
Ads
1) Kejadian jatuh monkey Bar (Anaqi yang tiada upaya disuruh panjat & dibiarkan) agak mustahil di sini sebab keadaan Anaqi. Ibarat orang strok disuruh memanjat & dilepaskan. Wallahua’lam..
2) Kejadian garisan di muka,tangan (pelatih lain dikatakan mencederakan Anaqi) Hanya kesan parut yang tinggal.
Kenapa saya bersangka baik? Sebab salah seorang penjaga mempunyai anak sindrom down juga. Tapi seperti kata pepatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.. Alasan demi alasan setiap kali terjadi sesuatu. CCTV? Bak kata pengurusan, tidak berfungsi. Semudah itu..
Lagi kami kecewa sebab pengurusan adalah dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down. Mereka memilih untuk berpihak kepada pelaku daripada membela nasib anak-anak ini.Mereka berselindung di sebalik Persatuan.
Ads
Jadi siapa yang membela nasib mereka? Saat kami tiada tempat untuk dirujuk, kami bertanya kepada YB Senator OKU.
Langkah diambil dengan membawa Anaqi ke OSCC PPUM. Pakar paediatric meminta kami membuat laporan polis.Selepas laporan polis dibuat, kami diarahkan oleh IO untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di OSCC Hospital Putrajaya sekali lagi kerana laporan polis dibuat di situ. Hasil pemeriksaan pakar adalah sama seperti di PPUM suspek #childabuse.
Ads
Dan di sini lah bermulanya perjuangan kami demi keadilan anak-anak syurga. Terima kasih YB Senator Isaiah D Jacob dan SU Puan Zulinah A Johari yang menyokong kuat perjuangan ini. Beliau ada bersama kami saat nasib anak-anak ini dipermainkan nasibnya.
Terima kasih juga team #justiceforbella Firdaus Ashaj Mona Din Dan kak MM Hairun Nizah dari BBS sebagai parent support group dan berpengalaman kes penderaan anak beliau, menyokong kes Anaqi dan Adam.
Kita akan fight demi keadilan anak-anak Syurga ini.Pelaku telah mengaku bersalah atas kesalahan pengabaian. Tetapi perjuangan tidak terhenti di sini, kami akan teruskan.Terlalu banyak yang diselindungkan.Persoalannya Agressive kah anak ini??? Anak yang tiada upaya berjalan & bercakap.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali masih belum bersedia untuk berkongsi wajah dan nama anak lelakinya kepada khalayak walaupun sudah lebih dua bulan menimang cahaya mata.
Menurut kata Nabila, salah satu perkara yang menjadi kebimbangannya dan suami adalah risiko penyakit ain yang boleh menimpa bayinya itu.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Radzali, 33, berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan suaminya.
“Saya dan suami ada pemahaman yang sama dan bersetuju untuk tidak dedahkan wajah dan nama anak buat masa sekarang.
“Saya sedar ramai yang bertanya, cuma saya pasti semua akan tahu juga. Mana yang boleh kita simpan hanya untuk keluarga, kita simpan dulu.
“Ya risau juga dengan penyakit ain dan sekarang pun macam-macam kes berlaku membabitkan bayi. Saya tak nak ambil risiko, tambahan pula bila menjadi figura awam ni saya risau mungkin akan diperhatikan.
“Orang biasa pun boleh jadi mangsa inikan pula saya yang kerjanya perlu berjumpa orang ramai,” katanya.
Nabila bagaimana pun berkata dia akan berkongsi wajah buah hati tersayangnya bersama suami bila sampai masanya kelak.
“Insya-Allah kalau sudah bersedia nanti saya akan kongsi di media social,” ujarnya berkongsi.
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember tahun lalu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Watak Elina lakonan Mira Filzah, satu Malaysia meleleh air mata. Watak Elina yang dibawakan oleh Mira Filzah dalam drama Curang Tanpa Niat benar-benar meruntun jiwa penonton dan juga warga maya.
Watak Elina Lakonan Mira Filzah, Satu Malaysia Meleleh Air Mata
Lakonan Mira dalam satu babak mempamerkan seorang ibu kehilangan anak akibat lemas membuatkan ramai ‘meleleh’ air mata.Penghayatan Mira dalam menjiwai watak sebagai Elina amat menyentuh perasaan.
Ternyata Mira benar-benar ‘menyerap roh’ Elina yang dibawakan oleh dirinya. Paling menyentuh perasaan ialah ketika watak Elina meraung dan mengalirkan air maat saat anaknya Azriel yang dilakonkan oleh pelakon cilik, Qaiszerr Ehsan meninggal dunia akibat lemas.
Mira sendiri turut berkongsi video yang memaparkan babak sedih drama itu di laman Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji lakonan penuh penghayatan Mira yang membawakan watak Elina dalam drama tersebut.Mira berjaya melontarkan emosi seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kesimpulannya kehilangan anak itu satu situasi yang amat menyakitkan buat seorang ibu.
Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Sumber: TikTok @aznia.razizan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.