
Pernah tak lalui anak kecil seakan bermain dengan seseorang atau tunjuk ke arah sesuatu yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar? Kalau ikutkan kata orang, mungkin yang dilihat mereka itu makhluk ghaib kerana pandangan mata anak kecil itu sensitif.
Itulah yang terjadi kepada ibu ini bertukar menjadi cuak apabila anak lelakinya ingin menyuap makanan kepada ‘kawan’ di sebelahnya.
Dalam video berdurasi 17 saat itu jelas tiada orang di sebelahnya dan tulis ibunya sudah 3 kali melihat anaknya itu suap di sebelah siap tadah tangan lagi!
Watch on TikTok
Lain pula jadinya di ruangan komen apabila ada seorang pengikutnya komen anaknya turut nampak kelibat perempuan di dalam video tersebut. Komen itu di balas oleh ibunya dengan video baru di mana anaknya berkata ‘kawannya’ itu adalah budak perempuan dan tinggal di taman.
Bukan sekadar anak lelakinya, malah anak perempuannya juga nampak entiti tersebut malah siap dilukis lagi wajah ‘kawannya’ itu. Seram kan?!
Watch on TikTok
Watch on TikTok
Video yang dimuat naik mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 600k tontonan di Tiktok. Rata-rata turut merasa seram dengan kewujudan entiti tersebut.
Sumber : Tiktok nisdorly90
Jaga-jaga 1 Daripada 10 Lelaki, 1 Daripada 9 Wanita Berkemungkinan Hidap Kanser!

Mendengar sahaja perkataan kanser, pasti menyebabkan rasa gerun di hati. Apatah lagi kanser ini menyerang tak kira tua atau muda, lelaki mahu pun perempuan. Bahkan penyakit kanser juga dikatakan menjadi penyebab kematian yang tertinggi, iaitu kedua selepas menyakit jantung di negara kita.
Dianggarkan satu daripada 10 lelaki, manakala satu daripada sembilan wanita di negara ini berkemungkinan menghidap penyakit kanser, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, unjuran itu berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan (KKM) yang melaporkan peningkatan sebanyak 11 peratus atau 115,238 kes kanser bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding 103,507 kes pada 2007 hingga 2011.
Selain itu, katanya, sebanyak 63.7 peratus daripada keseluruhan kes kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4 serta memerlukan kos rawatan tinggi dan peluang untuk sembuh lebih rendah berbanding jika ia dikesan pada tahap awal.
Beliau berkata, kematian akibat kanser adalah sebab utama kematian di hospital swasta iaitu 34.95 peratus, manakala punca kematian keempat di hospital KKM iaitu 11.56 peratus.
Tiga jenis kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki di negara ini ialah kanser kolorektal iaitu 16.9 peratus, kanser paru-paru (14.8 peratus) dan kanser prostat (8.1 peratus), manakala bagi wanita pula adalah kanser payudara (33.9 peratus) diikuti kanser kolorektal (10.7 peratus) dan kanser serviks (6.2 peratus).
“Kanser juga adalah antara 10 sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital, masing-masing 5.17 peratus di hospital KKM dan 5.37 peratus bagi hospital swasta.
“Penerbitan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 2020, apabila jumlah semua kematian akibat kanser digabungkan, ia menyumbang sebanyak 14.8 peratus daripada keseluruhan kematian, menjadikan kanser sebagai penyebab kematian kedua penting selepas penyakit jantung Ischemic Heart Disease (17 peratus),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 serta pelancaran buku National Strategic Plan for Cancer Control Programme (NSPCCP) 2021-2025 dan buku National Strategic Plan for Colorectal Cancer (NSPCRC) 2021-2025 di Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Pengarah IKN, Dr Mohd Anis Haron@Harun; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Datuk Dr Saunthari Somasundram dan Pengerusi Malaysian Cancer Care Coalition, Dr Sanjeev Kumar Panchal.
Khairy berkata, kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit selepas lima tahun menghidap kanser adalah 11 peratus bagi kanser paru-paru, manakala kanser kolorektal (51.1 peratus); kanser serviks (51.6 peratus); kanser payudara (66.8 peratus) dan kanser prostat (73 peratus).
Cegah Dengan Amal Hidup Sihat
Beliau berkata, tahap kanser semasa penyakit itu dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit, selain kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.
Ini kerana, katanya, satu pertiga daripada kematian akibat kanser dikaitkan dengan lima amalan hidup berisiko iaitu pengambilan tembakau termasuk merokok, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol berlebihan, kurang pengambilan sayur dan buah serta tidak aktif secara fizikal.
“Pencegahan adalah amat penting. Sehubungan itu, promosi kesihatan adalah penting sebagai langkah agar orang ramai cenderung ke arah pembudayaan hidup sihat dalam mengurangkan berisiko.
“Promosi pembudayaan hidup sihat juga adalah salah satu teras utama di dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat dilaksanakan KKM bermula pada 2021.
“Pengambilan tembakau adalah faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan menyumbang kepada 22 peratus kematian akibat kanser. Dianggarkan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta,” katanya.
Penjagaan & Rawatan
Dalam pada itu, Khairy mengakui wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini, selain menjelaskan Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi adalah komponen utama dalam rawatan kanser yang perlu dipertingkatkan terutamanya dari aspek kepakaran serta akses.
Beliau berkata, selain Perkhidmatan Radioterapi dan Onkologi, Perkhidmatan Rehabilitasi dan Penjagaan Paliatif juga belum mencukupi serta perlu dipertingkatkan.
Malaysia ketika ini hanya mempunyai 128 pakar onkologi, masing-masing 36 orang di KKM, manakala 14 lagi di hospital universiti dan 78 orang di hospital swasta, selain tujuh orang sedang menunggu untuk diwartakan sebagai pakar.
Hanya enam daripada 36 Pusat Rawatan Kanser di seluruh negara adalah di bawah KKM, iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas di Sabah dan Hospital Umum Sarawak, manakala empat lagi di hospital universiti dan swasta (27).
“KKM belum mempunyai Pusat Rawatan Kanser di utara dan Pantai Timur. Pesakit dari Pantai Timur perlu ke Kuala Lumpur atau ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapatkan rawatan.
“Bagi pesakit dari utara, Hospital Pulau Pinang hanya mempunyai tenaga kepakaran tetapi tidak mempunyai perkhidmatan radioterapi, justeru perlu menyumberluarkan rawatan radioterapi ke hospital swasta,” katanya.
Sumber : HMetro
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Disangka Beguk Rupanya Petanda Hidap Kanser Limfoma. Wanita Ni Berjuang Untuk Sembuh, Jadikan Inspirasi!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp http://www.wasap.my/60169647520
Pensil Warna Anak Selalu Hilang, Cuba Ikut Cara Kreatif Wanita Ini Lakukan. DIY Sendiri Je!

Bab hilang atau tercicir barang baik pensil, pemadam mahupun pensil warna sudah menjadi perkara biasa. Ada juga kes tertukar dengan kawan dan sebagainya menyebabkan ibu-ibu pening kerana terpaksa membeli yang baru.
Menerusi perkongsian ibu bernama Zulaikha Ali menerusi laman facebooknya mungkin dapat membantu anda bagi memastikan pensil warna anak-anak tidak hilang lagi. Pensil warna tidak hilang lagi, dalam masa yang sama jimat duit poket ibu-ibu tak perlu membeli yang baru. Jom baca ni
Mak-mak ni kadang nak benda yang menyenangkan kerja dia. Ehehe. Inilah jadinya bila mak tak rajin nak kutip pensel kaler anak-anak setiap masa.
Kadang terselit bawah dapur
Kadang terselit celah sofa
Kadang sampai masuk mesin basuh pun ada
Punyalah merata bersepahnya tu *biasalah anak-anak kecik kan* yang paling haru bila tak sampai berapa hari beli dah kurang 3 batang. Adehhh.
Lagipun tahun depan si abang ni nak masuk sekolah dah (pasti 4 tahun) jadi nak ajar jaga barang sendiri tu mula dengan yang simple-simple dulu. *anak lelaki kot, kalau anak perempuan mungkin boleh harap sikit,hihi*
Lega lepas siapkan benda ni. Lepas ni takde dah sepah-sepah. Paling best takde budak datang mengadu kat ummi kaler pensel dia hilang.
Alatan nak buat semua beli kat Diy je. Step dia pun mudah sangat.
Ikut Panduan ini:
Alatan yang diperlukan
Gam tembak
Pensel warna (ikutla nak yang panjang ke pendek)
Gunting
Tali (macam tali ampai tu, tapi halus je)
Selotape corak
Ring key chain
Step 1 :
• Mula-mula potong dulu tali tu
• Ikutla nak panjang mana
• Ikatkan dekat ring keychain tu kuat-kuat
Step 2 :
• Lekatkan tali kat hujung pensel warna tu guna gam tembak.
• Kalau guna selotape je nanti tali tu boleh cabut.
Step 3 :
• Dah siap gam semua tali, buhla selotape corak2 tu bagi lawa sikit. Taknak pun takpe. Nak bagi anak suka je. Hehe.
• Kalau rajin buh la tag nama dia. Yang tu guna kotak Shaklee je. Gunting sikit.
Ini lah hasil dia. Lepas ni ummi senang nak simpan kaler. Hehe.
Soalan Dijawab Dengan Teratur Dan Jelas, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bukan Calang-Calang Orang.

Saban hari kita akan mendapatkan laporan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak jemu tampil memberikan laporan terkini.
Setiap kali beliau muncul disesi sidang media, para netizen memuji cara beliau menyampaikan laporan dan menjawab soalan daripada wartawan dengan jelas dan teratur.
Menerusi FB, InspirasikuMahathir, perkongsian mengenai latarbelakang ketua pengarah KKM ini sudah tentu menarik perhatian ramai setelah sering muncul menyampaikan maklumat terkini virus bahaya ini.
Ikuti perkongsian ini.
Insan ini tak kenal erti penat dan lelah. Kita lihat bagaimana dia berhadapan dengan wartawan di depan lensa kamera semasa sesi sidang media.
Very composed dan semua soalan dijawab dengan teratur agar kita faham setiap jawapannya, walaupun ada antaranya adalah soalan ulangan.
Dia tak jemu. Jom pagi ni kita baca sejarah dan pengalaman beliau dan titipkan doa agar beliau terus diberikan kekuatan dalam menghadapi situasi ini!
BUKAN CALANG-CALANG ORANG
*KELULUSAN
1. Medical Doctor M.D (UKM) 1988
2. Master of Surgery M.S (UKM) 1994
3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery 1997
4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) 1998
5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) 2004
7. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK 2008
*PENGALAMAN
– Ketua Pengarah Kesihatan 01.03.2013
-Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) 29.01.2008
-Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya 16.08.2002
– Ketua Unit Pembedahan Payudara Endokrin , Jabatan Pembedahan, Hospital Kuala Lumpur 16.01.1998
-Fellowship in Endocrine Surgery, Royal North Shore Hospital, University of Sydney Australia 1997-1998
-Fellowship in Breast Endocrine Surgery, Royal Adelaide and Queen Elizabeth Hospitals University of Adelaide Australia 1997
– Pakar Pembedahan Am, Hospital Kuala Terengganu 01.07.1994
-Master of Surgery Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Kuala Lumpur 1990-1994
-Medical Officer Accident and Emergency Department, Hospital Kuala Lumpur 02.10.1989
– House Officer University Hospital Kuala Lumpur 01.08.1988
*SPECIAL APPOINTMENT:
– Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong 2008
– Sri Lanka College of Surgeon special guest Colombo 2010
– British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010
– 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan 2011
– Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011
– 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012
– Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur 2012
– General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012
– Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012
– Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013
*ANUGERAH
1. 5 April 2014
Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
2. 26 Ogos 2013
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri Pulau Pinang (D.M.P.N.)
3. 17 Mei 2013
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.)
4. 17 Mei 2010
Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)
5. 2 Jun 2007
Panglima Jasa Negara (P.J.N.)
6. 5 Jun 2004
Kesatria Mangku Negara (K.M.N)
*ANUGERAH LAIN
1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000, HKL
2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004, JKWPKL
Semoga beliau terus diberi kesihatan untuk terus memberi laporan terkini mengenai penularan wabak ini.
Sumber: InspirasikuMahathir , Kementerian Kesihatan Malaysia, Nor Hisham Abdullah