
Bila sebut tentang berpantang, takut betul nak makan selain menu berpantang. Risau takut gatal dan tak sesuai dengan badan si ibu.
Tapi sebenarnya ada kuih muih yang sesuai untuk ibu berpantang dan boleh dimakan sekiranya memang tiada alahan sebelum ini. Ini senarai 10 kuih yang boleh dijadikan sarapan pagi atau makan petang ibu berpantang.
1. Lempeng gandum
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Mentega
Telur
2. Kuih kaswi
Antara bahan-bahannya:
Tepung gandum
Tepung ubi kayu
Air kapur
Kelapa parut putih
3. Kuih donut susu
Antara bahan-bahannya:
- Tepung gandum
- Marjerin
- Yis
- Susu tepung
4. Apam nasi
Antara bahan-bahannya:
- Nasi
- Tepung beras
- Tepung gandum
- Yis
- Kelapa parut muda
5. Bingka oat Horlicks
Antara bahan-bahannya:
- Tepung gandum
- Susu segar
- Horlicks
- Oat
6. Kuih peneram
Antara bahan-bahannya:
- Tepung beras
- Gula
7. Bingka tepung
Antara bahan-bahannya:
- Tepung gandum
- Santan
- Telur
- Marjerin
8. Kuih lapis
Antara bahan-bahannya:
- Tepung beras
- Tepung gandum
- Tepung jagung
- Santan
- Air kapur
9. Cucur jawa
Antara bahan-bahannya:
- Tepung gandum
- Tepung beras
- Gula melaka
10. Cucur ikan bilis
Antara bahan-bahannya:
- Tepung gandum
- Bawang besar
- Ikan bilis
- Baking powder
- Daun kucai
Banyak je kan kuih-muih yang boleh dimakan dalam pantang ni. Asalkan Mama makan dengan kuantiti yang sederhana, okay je.
Tapi bergantung juga lah ya? Ada sesetengah orang kurang sesuai atau alergik dengan sesetengah bahan dalam pembuatan kuih-muih ini seperti telur.
Hilangkan Sakit Lutut Dengan Petua Terlajak Mudah Ini. Hanya Guna 4 Bahan Di Dapur Sahaja. Wanita Ini Kongsikan Caranya.

Sakit lutut jangan dibuat main. Memang sudah nak melakukan segala kerja kalau sudah alami masalah ini.
Nak bersolat pun rasa sakit terutama sekali ketika rukuk dan bangun. Masalah sakit lutut ini disebabkan oleh sendi yang lusuh dan haus.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, apa kata cuba petua semulajadi ini dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Bahan-bahan ini sudah diketahui mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai penambah rasa dalam makanan, tetapi juga kesihatan dan kecantikan.
Petua ini dikongsikan oleh No Or di laman facebooknya. Moga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua terutama bagi yang mengalami masalah sakit lutut.
Ramai sangat yang sakit lutut zaman ni, ramai yang pm tanya apa petua dan tips lagi yang boleh Cik No kongsikan.
No problem, Cik No tak kedekut ilmu pun. Boleh je share ngan korang.
Ni antara lain untuk PETUA HILANGKAN SAKIT LUTUT.
1. CUKA EPAL
Di sebab kan sifat alkalinya, ia mampu untuk larutkan mineral dan toksin yang berbahaya dalam sendi lutut. Ia jugak mampu untuk pulih kan pelincir dan kurangkan sakit.
Cara:
Campurkan 2 sdt cuka epal ke dalam 2 cawan air. Minum sepanjang hari untuk setiap hari. Amalkan sehingga pulih sepenuhnya.
2. MINYAK BIJI SAWI
Urutan yang lembut dilutut yang sakit dengan minyak biji sawi suam mampu tuk kurangkan sakit.
Cara:
Panaskan 2 sdt minyak biji sawi. Goreng seulas bawang putih yang dah di cincang sampai tukar kaler keperangan. Kemudian, sejukkan minyak dan tapis.
Guna minyak tadi untuk mengurut (buat dalam gerakan bulat). Lepas tu tuam dengan towel (suam panas). Buat 2 kali sehari selama 1 – 2 minggu.
3.HALIA
Adalah ubat yang berkesan untuk kurangkan sakit dan kurangkan bengkak. Ini disebabkan sifat halia tu sendri yang anti radang.
Cara:
Hancurkan sekeping halia ke dalam secawan air. Didihkan selama 10 minit.
Tapiskan air rebusan tadi. Tambahkan perahan lemon dan 1 sdt madu.
Sedia tuk di minum. Amalkan setiap hari sehingga sakit lutut hilang.
4. LEMON
Berkesan untuk rawat sakit lutut yang berpunca dari artritis. Asid sitrik dalam lemon boleh jadi pelarut untuk kristal asid urik.
Cara:
Potong 1 – 2 biji lemon menjadi kepingan kecil. Bungkus ke dalam kain kapas.
Celup bungkusan kain tadi ke dalam minyak bijan. Letakkan kain pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Lakukan 2 kali sehari sehingga sakit hilang.
CANNELLA
Haaaa. Dah baca macam macam petua kan, yang Cik No dah kongsi. Kalau masih beralasan lagi, meh cuba #Cannella je la!
Senanggg. Goncang – Tuang – Minum. 2 sudu je punnn.
“Kadar Kenaikan Gula Dalam Badan Anak Naik Drastik” Kalau Makan ‘Instant’ & ‘Quick’ Oat

Isi Kandungan
ToggleJom Kenali Bijirin Oat
Oat adalah antara bijirin yang paling sihat di bumi. Ia adalah bijirin bebas gluten sepenuhnya dan kaya dengan sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang hebat.
Kajian menunjukkan bahawa oat dan oatmeal mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ini termasuk membantu penurunan berat badan, menurunkan paras gula dalam darah, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Instant oat dan quick oat, makanan yang tinggi proses sebenarnya. Kadar kenaikan gula dalam badan anak akan sangat drastik bila ambil quick dan instant oat.
Jenis Oat Terbaik Untuk Anak
Tip Penyediaan Oat
Ini Sebabnya Kena Rendam Dulu Oat
Makanan Berwarna Warni Nampak Sedap, Tapi Ada Bahayanya. Dr Ni Jelaskan!

Dalam usaha kita menjaga kesihatan keluarga, faktor utama yang perlu diberi fokus adalah dalam hal pengambilan makanan sihat. Ini memandangkan apa yang kita makan akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
Oleh yang demikian, hal ini tidak boleh dipandang remeh. Contohnya kesan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.Siapa sangka perkara ini macam biasa sahaja tapi kesannya pada jangkan panjang cukup membahayakan kesihatan.
Ini sebagaimana penerangan yang diberikan oleh doktor ini, jom semak.
PEWARNA MAKANAN DIKAITKAN HIPERAKTIF, MASALAH SENSITIF DAN KANSER
Cerita pasal vitamin C, rupanya isu bukan pada kandungan gula saja. Pewarna tiruan juga kena cakna.
Vitamin C ni bentuk serbuk putih. Bila dah lama..dah "masuk angin", ia akan bertukar kuning keperangan. Sebab tu, warna oren-kuning digunakan untuk cover lah..supaya vitamin C nampak sentiasa baru.
Warna kuning yellow sunset ni pewarna yang biasa digunakan untuk makanan, minuman dan suplemen. Kami sekeluarga memang sebolehnya elak daripada pewarna makanan dan minuman ni.
Pewarna ni dikaitkan dengan anak-anak jadi hiperaktif. Apatah lagi kalau letak dalam makanan tinggi gula macam aiskrim, gummy warna warni dan air berperisa "oren".
Kesian anak-anak..Kita rasa mereka aktif dan bertenaga..Tapi sedar tak bila anak-anak aktif tak boleh duduk dia.. merengek dan mengamuk je sokmo. Termenung, tak boleh fokus buat kerja. Asyik emo dan menjawab je..Kita marah mereka buat perangai pula. Molek kita check apa makanan kita provide mereka. Tau tak..makanan pun boleh sebabkan mereka ni jadi aktif semacam ni
Selain hiperaktif, pewarna makanan ni juga dikaitkan dengan alahan dan hipersensitif. Risau tengok sekarang kes ekzema, resdung, asma, GERD mental ni dah jadi biasa sangat.
Kesian sebab ramai tak tahu pewarna makanan ni juga mungkin sebab sakit tak pulih-pulih. Wallahua'lam. Kami elak je semampu boleh sebab tak nak sakit.
Paling takut bila ada kajian saintifik kaitkan pewarna tiruan ni dengan kanser. Pihak yang duk kata selamat pun tak tau apa punca kanser..Jadi moleklah saya educate keluarga saya jauhi yang meragukan.
Pewarna ni bukan beri nutrisi pun. Lainlah pewarna biru bunga telang, warna kuning kunyit, warna merah beetroot..Dah la natural, berkhasiat pulak tu..Kalau buat bisnes, ni boleh jadi USP..kredibiliti produk makanan pun boleh naik..Orang nak beli sebab tau kita cakna..cuma kena buat marketing sikit lah educate orang ramai.
Akhirnya, pilihlah makanan bukan saja halal ya..tetapi toyyiban untuk ahli keluarga kita..Anak-anak kecil tu amanah kita. Mulai hari ni, kita azam jangan biasakan beri pewarna+gula tak kira dalam bentuk aiskrim, gula-gula atau vitamin ya.
Insha Allah, hidup lebih sihat dan sejahtera bila kita pilih makanan yang fitrah kepada badan kita.
sumber : Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.