Kesibukan bekerja membuatkan ibu bekerja tidak cukup masa untuk mengemas rumah setiap hari. Bila pulang dari pejabat, malamnya adalah masa menguruskan anak-anak dan menyediakan sajian buat makan malam.
Sudahnya di mana masa untuk ibu-ibu mengemas rumah setiap hari. Hujung minggu adalah jawapannya.
Pun begitu jika mengemas rumah secara besar-besaran ketika hujung minggu, mak-mak boleh jadi kepenatan kerana melakukan kerja-kerja sepanjang hari. Sebenarnya ada banyak cara bagi memudahkan kita untuk mengemas rumah dengan lebih pantas dan efisyen.
Tulisan ibu ini di blog peribadinya, fydanoh.com boleh kita jadikan tip untuk mengemas lebih pantas dan efisyen, sesuai dengan kesibukan ibu bekerja. Jom ikut caranya.
Tips kemas rumah
Ibu-ibu memang superwoman dan kuat, tapi apa kata kita jimatkan tenaga pada hujung minggu?
1. Basuh pakaian sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu
Elakkan kumpul baju seminggu dan tunggu hujung minggu baru nak basuh baju. Sebaliknya, agak-agak muat 1 mesin basuh boleh terus basuh. Saya sediakan
jadual untuk membasuh baju, iaitu setiap 3 hari dalam seminggu. Seboleh-bolehnya saya elakkan basuh baju pada hari minggu. Waktu saya membasuh baju ialah
hari Selasa dan Jumaat.
Keluarga kami kecil sahaja, jadi boleh lah masuh 2 kali seminggu. Mungkin jika keluarga yang lebih besar perlu basuh lebih kerap atau mungkin perlu basuh
pakaian setiap hari.
Ibu saya memang basuh baju setiap hari semasa beliau masih kerja dulu. Setiap kali balik kerja, beliau akan masak sambil tu mandi dan terus basuh baju.
Sampai sekarang masih tertanya-tanya macammana sambil basuh baju dia boleh agak lauk dah masak.
Ads
2. Cara mudah uruskan kain baju
Bila dah basuh baju, tentulah perlu jemur dan lipat kan? Aktiviti mana agaknya yang paling susah dan malas nak buat? Bagi saya lipat baju, dan saya percaya kebanyakan ibu pun macam tu. Biar saja berlonggok, nanti dah tinggi barulah gelabah nak melipat.
Tips paling mudah ialah gunakan penyangkit sewaktu menyidai pakaian. Contohnya pakaian yang perlu digosok seperti kemeja ataupun baju kurung. Jadi, angkat
terus sangkut dalam almari.
Tips kedua untuk melipat baju ialah dengan melipat sambil menonton TV. Ini memang saya paling suka buat, terutamanya rancangan TV yang saya suka
tengoklah. Sedar-sedar cerita habis, baju yang dilipat pun habis.
3. Pandai mengambil peluang
Contohnya, kalau kita nak membasuh baju dan menyapu lantai, kita boleh setkan dulu mesin basuh dan boleh menyapu lantai. Ataupun seperti ibu saya tadi, sambil mandi, basuh baju dan memasak sekaligus. Hebatkan wanita?
Ads
4. Membuat kerja ikut arah jam
Maksudnya di sini, kita tetapkan titik permulaan kita untuk kemas rumah. Contohnya bermula dengan dapur, kemudian pusinglah ikut arah jam. Cara ini lebih sistematik dan tiada ruang yang akan tertinggal.
5. Bermula dari atas ke bawah
Mulakan proses mengemas dengan membuang sawang-sawang di siling dan bersihkan habuk yang melekat dikipas terlebih dahulu. Kemudian barulah di sapu lantai.
Jika rumah 2 tingkat pula, eloklah kemas tingkat atas dulu kemudian barulah tingkat bawah. Ibu sibuk dan kerjaya, buat kerja mengikut jadual dan berdisiplin, tak perlu lagi jadi sotong.
Ads
6. Sambil mengemop lantai, sambil bersenam
Mengemop lantai tidak perlu dilakukan setiap hari, sebaliknya selang sehari atau seminggu sekali sudah memadai, kecuali memang lantai benar-benar kotor. Sebelum mengemop lantai, habuk dan sampah sarap perlu disingkirkan terlebih dahulu sebaiknya di vakum. Kalau tak sapu sahaja dah memadai.
Untuk mengemop pula, mulakan bahagian tengah kemudian bergerak ke bahagian tepi, dalam gerakan membulat. Teknik ini saya belajar semasa ‘cuci pesakit’ dalam dewan bedah. Kerana kita tahu bahagian tengah tentunya lebih bersih daripada kawasan dekat dinding. Kalau mulakan bahagian tepi dulu, tentulah habuk-habuk akan ditarik ke tempat yang sudah bersih.
Mengemop dan menyapu adalah aktiviti yang paling saya sukai, kerana saya akan pasang muzik kegemaran saya dan gerakkan badan mengikut alunan muzik. Memang
cepat sahaja buat kerja.
7. Gunakan bantuan mesin
Bagi yang berkemampuan, boleh lah gunakan alat-alat bantuan ni. Contohnya gunakan vakum dan robot untuk mengemop lantai. Jadinya, kerja kita akan menjadi lebih ringan dan mudah berbanding menggunakan cara tradisional.
Jadi, siapa kata ibu berkerjaya tidak boleh memiliki rumah yang tersusun dan kemas sentiasa? Asalkan ibu boleh mengamalkan disiplin dan konsisten dengan
kerja.
Bangun pagi celik mata yang dicari pastinya secawan kopi atau teh panas. Itu sudah menjadi kebiasaan sebelum memulakan kerja di pejabat. Rasa tak lengkap bila tidak ‘pekena’ secawan air yang likat, pekat dan manis ini.
Tapi, benda sedap ni ada bahayanya, lagi lagi kalau hari-hari diamalkan. Boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Sebagai wanita dan ibu kepada anak-anak, bila usia makin meningkat kenalah ada kesedaran untuk amalkan gaya hidup sihat.
Semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko kepada pelbagai jenis penyakit. Jadi kenalah amalkan makanan yang sihat demi untuk keluarga, terutama anak-anak.
Apa kata ubah gaya hidup anda daripada secawan teh tarik misalnya dengan secawan lemon panas setiap pagi. Bunyi macam mudah tapi nak tukar rutin itu agak susah. Lagi lagi dengan minuman ini.
Usah risau, apa kata ibu-ibu cuba dahulu tiga resipi ini. Mana tahu sesuai sekaligus buat anda tertarik. Lama-lama nanti jadi rutin pasti anda sukakannya. Kesihatan pun lebih terjamin kan. Jom cuba!
1. Potong halia nipis dan rendamkan di dalam air panas bersama chia seed.
2. Perahkan sehiris lemon. Kacau rata.
3. Biarkan direndam seketika hingga air suam.
4. Sedia diminum.
#LEMON MADU
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 sudu makan madu
1. Perahkan jus lemon ke dalam air panas.
2. Letakkan madu dan sedia diminum.
#LEMON PUDINA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
2 helai daun pudina
Sedikit hirisan timun
1. Satukan semua bahan bersama air panas.
2. Kacau sebati dan biarkan seketika.
3. Sedia diminum.
Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi
Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!
1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.
2. Singkir Toksin Semulajadi
Walaupun lemon jenis berasid, namun menakjubkan lemon merupakan sumber alkali yang boleh menyeimbangkan PH dalam badan. Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.
3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.
4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.
6. Ia mengaktifkan sistem pencernaan
Amat mudah namun kuasanya besar untuk merangsang pencernaan anda dan membaiki kebolehan badan untuk menyerap semua nutrisi sepanjang hari.
8. Mencegah sakit perut
Jika anda makan sebelum tidur, kebarangkalian anda untuk mendapatkan perut kembung keesokan pagi adalah tinggi. Lemon panas waktu pagi dapat mencuci sistem perut anda, sementara flavonoids dalam jus lemon dapat mengurangkan keasidan perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Firdaus Wong Wai Hung adalah seorang penceramah bebas yang cukup terkenal dalam menyebarkan dakwah Islam. Lebih mesra dengan panggilan Firdaus, dia sebelum ini merupakan penganut agama Buddha.
Seperti mana Ebit Lew, Saudara Firdaus cukup giat dalam aktiviti dakwah, malah dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan dakwah Islam, Muslim Revert Malaysia (MRM) yang giat menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri bersama penceramah bebas yang lain.
Terbaru dalam perkongsiannya menerusi Facebook, beliau meluahkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya membawa ibunya ke jalan Allah. Beliau yang sudah 14 tahun memeluk islam mengakui cukup sebak setelah ibunya sendiri melafazkan dua kalimah syahadah dihadapannya. Jelasnya lagi, dia berasa sangat gementar dan sebak walaupun ini bukanlah dia mengislamkan saudara baru.
Alhamdulilah Allahuakbar. . Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar. Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya. . Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira dan syukur dengan perkongsian tersebut.
Rusnani JaafarAllahuakhbar Alhamdulillah….makcik benar2 rasa suka sekaligus rasa sebak dengan berita baik ini, semoga anakanda Firdaus sentiasa lebih bersemangat menaikkan dan menegakkan syiar islam dibumi Malaysia dan seluruh dunia💕
Halim YusofGambar pertama ustaz tu dah cukup buat saya mengalir air mata jantan.. alhamdulillah allah maha pemberi hidayah.
moga kita yag sudah islam ini allah jagakan hidayah ini sampai bila2
Zulhelmi AnuarAllahuakbar, syukur alhamdulillah. Sy pulak sebak dengar khabar gembira ni. Tahniah saudara.
Abi NurwardahAlhamdulillah. Sebesar2 pengharapan dan ganjaran di dunia apabila Allah SWT membuka hati ibu sendiri memeluk ugama Allah (ISLAM). Maha Penyayang Allah SWT yg telah mengkabulkan doa Ustaz.
Mohamad SyafiqAlhamdulillah..benarlah hidayah tu milik Allah..sy percaya tuan Firdaus Wong sentiasa berdoa agar Allah bukakan pintu hati ibu untuk memeluk Islam..& Allah telah makbulkan doa tuan pada hari Jumaat yg mulia ini..
N Ones MajuAlhamdulillah…Allahu Akbar…beruntungnya ibu anda kerana mempunyai seorang zuriat seperti anda, Bro Firdaus….pahala jariah terhidang untuk ibu anda
Syamil MellBukan senang nk bg ibubapa kita turut apa agama yg kita anuti , tahniah saudara firdaus wong , anda mmg hebat moga ini jadi asbab untuk ke syurga bersama2
Zahra GlamAllahuakbar..bertuahnye IBU dikurnia anak YG hebat spti tuan. Lebih bertuah tuan diberi nikmat plg besar mmbawa IBU brsma2 DLM perjalanan ke syurgaNya. SY doakan dipermudahkan & seribu kerahmatan atas saudara sekeluarga.
Kopi adalah minuman yang digemari oleh semua. Ia antara yang wajib diambil setiap pagi ataupun tengah malam buat mereka yang gemar berjaga.
Tanpa kopi seakan tak bermaya pula untuk buat kerja. Namun, pengambilan kopi terutama 3 in1 misalnya tidak elok untuk kesihatan di sebabkan kandungan gula yang agak tinggi.
Namun, jangan kecewa wahai penggemar kopi, anda boleh cuba cara yang sihat ini untuk menggantikan gula di dalam kopi. Yang penting tip ini menggunakan bahan yang lebih sihat.
Berikut kami senaraikan 9 jenis pemanis yang anda boleh gantikan dalam minuman kopi anda.
1. EKSTRAK VANILLA
Anda harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun kurang memberi kesan manis dalam minuman, ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya
2. MADU
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkerim, tapi madu lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan.
3. DARK CHOCOLATE
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan. Patut cuba!
4. KURMA
Kurma dalam kopi? Jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula anda letak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
5. STEVIA
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis. Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan anda ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
6. SANTAN
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan potassium.
7. KAYU MANIS
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan, tapi tahukah anda menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut? Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
8. SUSU BADAM
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika anda tidak menggemari rasa lemak susu badam, anda juga boleh menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
9. MENTEGA
Jika anda pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, anda mesti pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka. Mentega dalam kopi dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga anda. Harus cuba!
Kalau ada cara lebih sihat untuk minum kopi tak rugi pun mencuba kan?
Sumber: semuanyajdt.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.