Ibu bawa anak ke balai Polis, biar jadi pengajaran sebab selalu ganggu rakan sekolah. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.
Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Biar Jadi Pengajaran Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya.
Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.
Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
“Tetapi, hari itu sudah melampau kerana kawannya terjatuh dan dahi terkena bucu meja. Itulah sebabnya saya bawa dia ke balai polis untuk beri pengajaran,” ujarnya.
Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.
Aisyah (kanan) bersama anak bongsu, Muhammad Ziqri (kiri).
Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.
Ads
“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.
“Sampai saja di balai, saya terus beritahu pegawai itu untuk ‘tangkap’ Ziqri dan mereka pun sama-sama membantu bagi menjayakannya,” tambahnya.
Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.
“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.
Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.
“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kanak-kanak kecil ni sememangnya penuh dengan ragam yang ada kalanya tak terjangkau dek akal. Tapi, kadangkala ada juga ragam yang boleh menghiburkan hati.
Baru-baru ni tular satu video hantaran yang dikongsikan di media sosial pelakon dan usahawan Hanis Zalikha yang memaparkan telatah anak perempuannya Alisa Aisyah.
Dalam video tersebut, Alisa kelihatan gembira dan ceria apabila dapat bersiar-siar menaiki motor bersama bapanya, Hairul Azreen.
Bersama kapsyen yang ditulis oleh Hanis Zalikha turut mengundang tawa disebabkan perkataan ‘seluar senteng’ dan ‘belacan’ yang dipakai anaknya itu.
“Belum habis emo anak nyanyi lagu jingglebell, pak dia pi bawak naik motor.
“Dengan seluar senteng dia melenggang pi kedai Weh seluar belacan umur setahun duluuu aaaa,” tulisnya.
Tak cukup dengan seluar belacan, Alisa juga mencuit hati ramai dengan aksi memakai helmet besar berwarna kuning ketika memasuki sebuah kedai serbaneka.
Video yang berdurasi hanya beberapa minit itu juga telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan selebriti yang turut terhibur dengan kecomelan Alisa.
Untuk rekod, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seronok rasanya bila hubungan kita anak beranak sentiasa rapat dan mesra sejak kecil hinggalah mereka dewasa. Ada waktunya boleh bergurau, usik mengusik, berbual dan dalam masa yang tertentu jika ditegur atau diberi arahan oleh ibu ayah diterima dengan baik.
Bahkan menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, anak-anak ini bila keras hati atau menjauh daripada kita, sebenarnya kesan daripada sikap ibu ayah yang suka menengking dan marah-marah kepada anak-anak.
Namun jika anak-anak dilayan dengan baik, yakinlah anak tersebut akan menjadi anak yang paling rapat dan patuh arahan dan sekali gus penyejuk hati ibu ayah.
Oleh itu, ketahui 7 teknik mudah yang boleh dipraktikkan untuk membantu merubah anak-anak menjadi lebih mesra dan baik terhadap kita. Dan ini saranan daripada Dr Ahmad Luqman dan jadikan panduan.
Bahaya! Ingatlah, jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita. Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:
#1. Kerap cium dahi dan peluk
si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu. Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).
#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan si kecil tu supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama dan ada eye contact yang bagus.
#3. Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.
#4. Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu.
Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.
#5. Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum.
Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.
#6. Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.
#7. Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.
Tolong share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Jangan terkejut kalau anak kita nanti jadi lebih patuh, lebih senang dengar kata dan lebih tenang emosinya bila dia dah mula ada strong connection dengan kita.
Kata orang hidup bermadu itu pahit. Hakikatnya ia tidak benar sekali jika saling ada persefahaman dan saling memahami dan menghormati.
Hampir 28 tahun, pelakon dan usahawan makanan pulut kuning ini, Zarina Zainuddin hidup bermadu setelah berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar, nyata ia bahagia tiada batas.
Terbaru muat naik di Instagram pelakon ini, Zarina membuat perkongsian mengenai hadiah barang kemas mewah yang dihadiahkan oleh madunya yang juga merupakan isteri pertama DS iaitu Datin Sri Noorhasimah.
Menerusi kapsyennya Zarina meluahkan rasa syukur dikurniakan madu yang baik hati yang sentiasa menghargainya. Mendapat hadiah gelang tangan berlian sempena hadiah harinya.
Terima kasih maduku datin sri Noorhasimah bagi hadiah set gelang berlian .. sebenarnya gelang ni lama dah saya dapat masa birthday saya 2 tahun lepas .. saya sayang nak potong .. saya simpan lama2 suami saya tak baik simpan kakak dah bagi tu pakailah .. baru ni saya pegi potong lebihnya saya buat cincin .
Saya ni bukan jenis suka barang kemas .. saya rimas lagi pun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan . Saya pakai bila semalam ada function tu jer .. kalau jam saya suka. Terima kasih datin sri barang mahal mahal ni takut nak pakai .. madu saya cantik kulit putih melepak pakai barang kemas pun nampak manis .. saya bila pakai hihihi syok sendiri jer.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.