
Sejak keputusan SPM dikeluarkan, banyak kisah kejayaan dipaparkan sebagai inspirasi kepada masyarakat.
Seperti kisah kembar yang meraih 8A dalam SPM ini, ianya di dorong oleh kejayaan tiga abang mereka selain kegigihan ibu bapa memeras keringat menjual sate untuk menyara keluarga.
Inilah yang menyuntik semangat kembar ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2022 yang diumumkan baru-baru ini.
Shazuin Jamalos dan kembarnya, Mazuin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Zulkifli Mohamad memperoleh 8A (Mazuin) dan 6A (Shazuin).
Shazuin berkata, dua abangnya kini bekerja sebagai jurutera petroleum manakala, seorang lagi bergelar doktor dan berkhidmat di Hospital Serdang.
“Ibu bapa kami mementingkan pendidikan dan memberi peluang sama rata kepada kami untuk belajar demi masa depan kami.
“Jika ketiga-tiga abang mampu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan, mana mungkin kami tidak mengulangi kejayaan sama.”
Mazuin pula berkata, keazamannya disuntik selepas melihat ibu bapa Jamalos Teratib, 66, dan Malasiah Alwi, 60, berkerja keras menjual sate bagi menyara keluarga mereka.
“Ibu bapa saya menjual sate sejak 46 tahun yang lalu dan dengan hasil jualan sate itulah yang membesarkan kami lima beradik sehingga berjaya,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama kembarnya.
Katanya, mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian jurusan pergigian di Mesir, namun memilih belajar di universiti di Cyberjaya dalam bidang perubatan menerusi tajaan biasiswa.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Bila Susu Drop. Mummylah Orang Yang Paling Sedih.” Mona Allen Sanggup Makan Banyak Demi Susu Anak Mencukupi

Ibu mana yang tak sedih apabila melihat anak menangis akibat kelaparan kerana susu badan yang diberikan tidak mencukupi.
Inilah cabaran bagi ibu yang baru bersalin, bukan sahaja tekanan akibat terpaksa menjalani berpantang tetapi emosi turut tidak stabil apabila membabitkan bayi yang baru dilahirkan.
Bagi memastikan bayinya mendapat nutrisi secukupnya, pelakon Mona Allen memberitahu dia sangat menitikberatkan soal penyusuan untuk Petra Pekin.
Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata dia mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu badannya sentiasa mencukupi kerana tidak sanggup melihat Petra menangis kelaparan.
“Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa. Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan.
“Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dgn mummy,” katanya.
Mona berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Mona juga mengaku bukan mudah menyusukan anak lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan masalah kekurangan susu badan.
“Ya. Mummy mengaku penyusuan bukan semudah ABC. Bila susu drop. Mummylah orang yang paling sedih dan susah hati,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan
Bagaimanapun, Mona bersyukur apabila suaminya iaitu Pekin Ibrahim, 41, sentiasa menghulurkan bantuan dan sentiasa berada di sisi.
”Mujur Daddy banyak membantu. Daddy selalu urut belakang Mummy untuk memperbanyakkan penghasilan susu. Daddy juga sentiasa belikan mummy makanan yang sedap-sedap.
“Bila mummy terlelap, daddy biarkan mummy rehat dan tidur sebentar. Daddy mengerti, ini perjuangan mummy. Daddy sentiasa support mummy. Terima kasih Daddy!,” kongsinya.
Dalam kesempatan itu juga, Mona turut berharap agar terus diberi kekuatan dalam memberikan yang terbaik buat anaknya selain memberi semangat kepada ibu-ibu di luar sana.
“Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki susu buat anakku. Kau kuatkan kudratku untuk terus memberi susu yang terbaik buat anakku. Hindarkanlah perkataan malas dalam diriku dan kau berilah kesihatan yang baik untukku terus menjaga anakku.
“Anda ibu menyusukan anak? Jangan putus asa ya, sebab kita ibu yang hebat,” ujarnya
Sumber : Mstar
Mesti Baca :
Tip / Petua
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bercuti Bersama, Eratkan Ukhuwah Dua Keluarga Besar Norman & Abby

Dua buah keluarga ini sememangnya cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua keluarga besar ini. Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dalam soal anak-anak. Tidak hairanlah ada yang melabelkan mereka sebagai keluarga contoh. Apa tidaknya, banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan keluarga besar ini juga sering bercuti bersama.
Gemar aktiviti bersama keluarga
Berpeluang menemubual Memey, isteri kesayangan Norman Hakim ini, akuinya mereka sekeluarga memang gemar mengadakan aktiviti bersama.
“Kami memang kerap buat aktiviti bersama yang melibatkan keluarga besar. Memandangkan anak-anak suka dan gembira apabila ada aktiviti beramai-ramai. Sebab itu, kalau ada peluang, ruang dan masa memang kami akan buat penuhi segala jadual aktiviti, yang biasanya memang akan bersama-sama dan melibatkan famili besar.
Bercuti memang wajib dan aktiviti paling disukai semua orang. Kami akan sentiasa plan kerana ini juga pengalaman baru untuk anak-anak. Tetapi untuk lokasi kmi akan pilih yang banyak aktiviti dan mesara untuk anak-anak.
“Waktu PKP memang banyak masa di rumah kerana waktu itu aktiviti diperketatkan. Sekarang sudah longgar barulah kami berani bawa anak-anak pergi bercuti, makan-makan, bawa anak-anak lakukan aktiviti outdoor, lasak. Tetapi kami masih tetap kawal dan #kitajagakita tetap dipraktikkan,” ujar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi.
Hubungan baik bersama Abby
Menyentuh mengenai hubungan baiknya dengan bekas isteri suami, akui Memey dia dan Abby Abadi miliki banyak persamaan. Dek kerana itu mereka boleh duduk bersama dan berbincang banyak perkara termasuk hal anak-anak.
“Persamaan saya dan kak Abby memiliki hobi dan minat yang sama iaitu bercuti. Idea bercuti memang kami kerap plan bersama. Asal anak-anak ada cuti laju je kami akan plan. Tetapi biasanya kami akan plan awal. Contoh 2-3 sebelum pergi bercuti kerana ini membabitkan perbelanjaan, pakaian dan juga lokasi.
“Semua itu melibatkan saya dan Abby untuk diskus bersama. Ini bagi memastikan semua teratur dan berjalan lancar memandangkan ada anak kecil dan membawa keluarga besar. Kami perlukan sistem yang teratur, semua selesa dan ada aktiviti bersama.
Ukhuwah dua keluarga
Ditanya cabaran dalam menguruskan keluarga besar terutama untuk bercuti beramai, ramai, jelas Memey itu tidak menjadi masalah buat mereka.
“Soal cabaran tu memang kalau ke mana-mana sahaja pun pasti ada cabaran tak kira sama ada bercuti dan aktiviti lain kan. Apatah lagi kalau mempunyai anak kecil. Cuma dari sudut baiknya saya melihat aktiviti bercuti bersama ini adalah melibatkan ukhuwah dua keluarga.
“Pada saya cabaran yang ada itu biasa-biasa sahaja. Saya sendiri jujurnya tidak melihat ia sebagai satu cabaran besar. Saya lebih suka melihat akan keseronokan pada wajah anak-anak. Apabila tengok mereka senyum dan gembira dapat berkumpul dan bersama beramai-ramai rasa puas.
“Malah bila berkumpul beramai-ramai ini bukan sekadar berhibur semata-mata. sebaliknya kami dapat berjemaah bersama-sama, mendengar tazkirah. Dalam masa yang sama, kami selitkan aktiviti permainan. Seboleh mungkin aktiviti yang diadakan padat tetapi kami pastikan semuanya seimbang dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.
Pengurusan dan sistem teratur
Dalam pada itu, Memey mengakui bila melibatkan anak kecil, mereka memerlukan sistem yang teratur. Kerana itulah pentingnya pengurusan.
“Sebab itu dari awal kena plan. Saya dan kak Abby memang selalu sepakat terutama pengurusan perbelanjaan, tempat semuanya dah buat check list. Supaya nanti tidak kelam kabut dan last minute. Kalau kita back pakers tak kisah last minute tapi bila melibatkan keluarga besar tak boleh. semua kena ada sistem dan pengurusan yang baik.
“Kami jarang mengambil agensi kerana ia melibatkan kos yang besar. Tetapi kami akan ‘sit down’ dan cari alternatif sedaya mungkin apa yang boleh kurangkan perbelanjaan, kami akan buat.
“Apabila melibatkan keluarga besar memang tak boleh lari dari kos yang besar. Tetapi kalau melibatkan pengurusan yang baik akan memudahkan segala urusan, anak-anak pun dapat tempat yang selesa, aktiviti yang okey dan plan yang terbaik,”jelas Memey lagi.
“Jangan Pegi Jalan Je, Nak ‘Mengadap’ Pun Kena Elok.” Ozlynn Luah Rasa Bangga Anak Bersiap Rapi Sebelum Ke Surau Untuk Solat

Isi Kandungan
ToggleSelebriti yang satu ini tidak lokek bercerita mengenai kehidupan peribadi mereka sekeluarga, baik hal suami isteri mahupun anak-anak.
Tidak hairanlah jika ramai pengikut yang sering memberi maklum balas , tak kurang yang memuji pendekatan yang mereka lakukan sebagai ibu bapa.
Terbaru, Ozlynn memuat naik sekeping gambar anak-anak lelakinya yang mahu bersolat di surau. Dalam perkongsian tersebut, Ozlynn mengakui cukup bangga kerana anak-anaknya tampak kemas dalam berpakaian.
Pegi surau ensem2.. bangga mama.. jgn pegi jalan jek nak elok2.. nak “mengadap” pun kena elok.. kena beria2!!
Sebab “DIA” yg kamu nak kena jaga syg2ku.. “DIA” adalah penyelamat kamu..
“DIA” penentu segalanya.. semoga “DIA” sentiasa melindungi HANANIA mama..
p/s: tolong doakan abg Ariq cpt sihat ok.. demam n batuk.. korg semua kena jaga kesihatan.. jgn keluar umah kalau xde benda penting ok.. minom air masak bebyk.” kongsi Ozlynn di ruangan instagramnya.
View this post on InstagramA post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on
Rata-rata pengikut instagram memuji cara pasangan ini mendidik anak-anak.
ryda_shamsir Betul.. Dulu ustaz sy pernah pesan, klu nak menghadap tuhan, takkan pakai kain pelikat je yg lelaki. Masa nak pegi dating siap pakai deodarant, kemeja ironed, rambut bersikat. Mana boleh compare jumpa awek dgn tuhan ?
ilah.masak Bagus @jozlynnhanania didik anak2… Alhamdulillah.. ?
azmirs_wife Ensem2 bujang2 mama.. Semoga menjadi anak yang soleh dan ensem luar dalam ye… ❤️
ftndhraub Thank you kak. Sy terkesan dgn caption akak. Thank you!!!
nor_emyra Suka tngok family kak @jozlynnhanania …. Huhahuha jgk tp xlupe pada sang pencipta…Allah???…
n_ainapekabom Sejuk perut mengandung kn ank2 mcm ni… Alhamdulillah… Semoga ank2 sy pn mcm ni jgk…
ridzuan2118 Anak yg soleh, parent yg akan dpt nikmat dunia Dan akhirat
Sumber: IG jozlynnhanania