Ibu Bapa Jaga Bahasa Bila Marah Pada Anak. Beri Kesan Jangka Panjang. Deep Perkongsian Ni.

Share

Sebuah perkongsian yang menarik bagi ibu bapa bagaimana mengawal emosi apabila menguruskan anak-anak yang agak nakal.

Ikuti perkongsian Ted Aziz  moga jaadi panduan bersama.

“Nak kena lempang ker!..Don’t run like a crazy dog!”

Ini perkataan yang saya dengar dan lihat dari seorang ibu pada anaknya dalam kedai DIY di sebuah shopping mall semalam. Wah, dah nak kena lempang, jadi anjing gila pulak. Saya tengok muka adik kecil tu terkebil2 diam.

Mak ayah,
Memang stress bawa anak2 pergi mall. Kalau tak bersedia hadapi tingkah laku mereka, jangan pergi. Jika tidak itulah ayat yang keluar bila anak kita tak dengar cakap.

Bahasa ialah adab. Bila dihamburkan sebegitu pada anak kecil yang tak tahu menilai, di khalayak ramai maka bersedialah untuk menerima kesannya.

Ia satu kesan jangka panjang. Kita akan tuai hasilnya kemudian. Kita akan melahirkan anak yang akan marah atau memberontak seperti kita bila keinginan mereka tak dipenuhi.

Bahasa kita pada suami, layanan kita pada mak ayah di kampung, tingkahlaku kita dengan pembantu rumah, jiran dan juga cara kita berinteraksi dengan Allah dalam masalah ibadah, semuanya diperhalusi anak2 tanpa kita sedar. Anak2 mungkin gagal dengar cakap kita, tapi mereka tak pernah gagal meniru tingkahlaku kita.

‘Action Speaks Louder Than Words’.

Yang suami pun 1, kadang2 bagilah isteri masa sikit untuk ‘me time’. Bagi mereka jalan2 di mall tanpa hiruk pikuk anak2 sekali sekala. Biar dia berjalan melenggang ke dalam Kaison dan Daison. Pergi DIY. Biar dia berangan apa barang deco dia nak beli. Dapat berangan pun 1 anugerah release tension walau pun barang tu x beli pun. Baru berangan saja. Last2 keluar beli pasu bunga kecil atau frame gambar RM10. Itu pun dah dapat menenangkan hati yang terbeban dengan urusan rumah tangga.

Keluar DIY dapat pula Tealive Brown Sugar Pearl Milk Tea. Insya Allah balik rumah nanti boleh lipat baju dengan senang hati.

Kadang2, tekanan itu dari persekitaran. Boleh juga dari pasangan kita. Namun apa jua masalah, berhati2lah dengan bahasa kita pada anak.

“Anak umpama kain putih, kitalah yang mencoraknya”

 

Ted Aziz