Ibu bapa perlu bersabar dalam proses mendidik anak dan mengakui bahawa setiap anak mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Elakkan tidak berlaku adil pada anak selain membeza-bezakan mereka.
Ilmu keibubapaan perlu dipelajari. Kemahiran keibubapaan dan gaya asuhan yang tepat dilihat mampu memberi penyelesaian secara menyeluruh khususnya dalam mendidik anak-anak dengan sempurna.
Ibu Bapa Bila Tidak Berlaku Adil Pada Anak-anak
Bagaimanapun kadang-kadang tanpa sedar kita tidak adil dengan anak-anak. Berikut antara situasi yang sering ibu bapa lakukan sehingga menyebabkan anak-anak rasa tersisih dan berkecil hati.
Kesannya Ada Yang Rasa Jauh Hati
1. Tidak adil dengan pandangan mata kita
Selalu beri perhatian pada anak yang baik, yang rajin, yang tak lasak. Sedangkan anak-anak lain pun mahu perhatian juga.
2. Tidak adil dengan pelukan kita
Jangan hanya peluk anak yang tertentu sahaja, semua anak mendambakan pelukan ibu ayahnya.
3. Tidak adil dengan ciuman kita
Ciuman ini tanda kasih sayang, tanda cinta, jika hanya melihat adik beradiknya dicium tapi dia tidak. Tentu dia rasa sebak.
4. Tidak adil dengan panggilan kita
Kalau nak panggil anak panggil la semua anak dengan panggilan mesra. Jangan seorang intan payung, seorang lagi eh kau aku.
5. Tidak adil dengan mimik muka kita
Pandang anak dengan senyuman memberi anak rasa teruja dan gembira. Pandanglah semua anak-anak dengan senyuman ya.
6. Tidak adil dengan kata-kata kita
Tidak kira anak kecil atau besar tetaplah adil pada kata-kata kita. Lebih lebih lagi pada anak yang dah besar, dah cerdik sebab mereka lebih faham maksud kata-kata kita berbanding yang kecil.
Peranan ibu bapa ternyata amat penting, namun perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu asas bagi mengelakkan kegagalan memahami keperluan anak-anak.
Anak-anak juga perlu dididik dalam suasana penuh kemesraan bagi membolehkan mereka berkelakuan intelektual seiring dengan umur dan sosial mereka.
Sumber: Mohd Fhais Salim
Kredit foto (top image): Freepik