
Jangan buat main bila anak aktif tiba-tiba menjadi senyap. Ada juga muntah dengan tiba-tiba.
Hati-hati jika berlaku situasi begini, anak mungkin tertelan sesuatu objek.
Ikuti perkongsian oleh Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Surgeri Kepala & Leher.
“Masa dia main dengan kakak dia, tiba-tiba dia muntah-muntah..”
“Banyak kali juga dia muntah. Makan dan minum lepas tu pun tak nak dah. Sampai sekarang…”
Apabila kami buat x-ray, beginilah gambarnya. Ada objek tersangkut di tengah-tengah leher anak ini.
Kami terus bawa beliau ke dewan bedah. Gunakan alatan yang ada untuk periksa dan keluarkan objek ini.
Alhamdulillah syiling 20 sen berjaya dikeluarkan.
Ibu-ibu dan kawan-kawan semua, perhatikan anak-anak kita ya. Kadang-kadang, dalam kita tak sedar, apa yang mereka main boleh membahayakan mereka.
Kalau senyap je rumah, cuba lah jeling-jeling, apa mereka tengah buat.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Pelawa Naik Motosikal, Kanak-Kanak 7 Tahun Lalui Detik Cemas Dilarikan Pesakit Mental

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki yang mempunyai masalah psikiatri di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak itu berjalan dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex dan suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang.
“Suspek berusia pertengahan 20-an adalah pemenang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methaphetamine.
“Suspek juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada 11.30 pagi daripada orang awam yang memaklumkan kejadian.
Beliau berkata, suspek ditahan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada anggota ronda cegah jenayah yang tiba ke lokasi kejadian.
Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan ketika kejadian.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda.
“Polis menasihati ibu bapa, penjaga dan pelajar sekolah agar lebih peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling agar perkara umpama ini tidak berulang,” katanya.
Sebelum ini, penduduk kawasan sekitar digemparkan dengan kejadian dipercayai cubaan culik membabitkan kanak-kanak di sebuah sekolah agama.
Berdasarkan rakaman video dan gambar tular di Facebook, seorang lelaki berlari sambil mendukung kanak-kanak berkenaan.
Bagaimanapun orang ramai yang menyaksikan perbuatan lelaki itu menghalang sebelum menangkapnya serta menghubungi polis bagi tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
Sumber:
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mudahnya Nak Bersihkan Bilik Mandi & Tandas. Yang penting Bahan Ni Perlu Ada Kalau Nak Sental Lantai Berkerak

Mencuci bilik air mahupun bilik mandi adakalanya mengambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau ramai anak. Kalau dibiarkan lagi banyak bakteria yang menempel. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal. Guna bahan di dapur sahaja!
Tip Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas
1) Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.
4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.
Panduan Menghias Bilik Mandi
1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Selamat mencuba!
“Macam Kakak Dengan Abang.” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda, Anak 6 Tetap ‘Maintain ‘, Buat Ramai Kagum

“Macam Kakak Dengan Abang.” Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda, Anak 6 Tetap ‘Maintain ‘, Buat Ramai Kagum
Kehidupan keluarga pelawak dan penyampai radio, Johan dan Ozlynn Wati yang juga merupakan pelakon sering menjadi perhatian ramai.
Terbaru menerusi hantaran di Instagram miliknya, Ozlynn berkongsi kehidupan bahagianya bersama suami dan anak-anak walaupun berkahwin pada usia yang muda.
Malah foto dia bersama anaknya bagaikan adik beradik telah membuatkan ramai kagum.
Bukan sahaja warganet tetapi rakan artis turut memuji ibu kepada enam orang anak ini yang kekal langsing dan awet muda bagaikan anak dara.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Bila anak bujang ajak dating. Tak berjanji pun nak pakai style sama or kaler sama. Tau-tau je bila jumpa kat bawah. Aaikk, sama lah. So lets ootd.”
“Orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang you. Habis tu. Tu la untung kawin muda. Kawin pun sebab abah dengan mak suruh kawin. Kalau tak mau sekarag ni aku hohaaaa tah ke mane.”
“Orang selalu tanya. Best ke kahwin muda?”
Dalam pada itu, Ozlynn turut mengakui sering ditanya mengenai nikmat berkahwin pada usia yang muda. Baginya biarpun tidak terpaksa melepaskan zaman mudanya dengan menguruskan anak-anak yang ramai, jauh di sudut hatinya bersyukur mempunyai suami yang memahaminya.
“Aku akan jawap, hilang la zaman muda nak berhuhaaa dengan rakan sebaya.. TAPI! Haaa ada tapi dia. Kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya.. InsyaAllah segalanya mudah.”
“Maksud aku mudah bukan bererti tak ada ujian. Tidak, pasti akan ada pasang surutnya. Yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni. Dia tahu jalankan tanggungjawap dia. Paling hebat bila KESABARAN nya diuji.”
“Sampai sekarang diuji. Dan perangai aku masih macam dulu.. Kadang sama naik dengan anak. Yang nampak berubah, pandai manage time, pandai carik duit, pandai masak. Yang lain-lain. INSYAALLAH, bakal menyusul.”
“Ok bukan tu saja, yang paling best, bila kita belum masuk angka 4, anak pun dah remaja so bila berjalan dengan anak kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik.”
“Tapi ada gak yang tak best. Bila ko rasa dah cukup. Sebab anak-anak dah besar. Ko pun dah boleh cuti-cuti dan ber”me time” Encik Suami lak order nak baby lagi. Eh dia ingat aku kilang baby ke apa?!”
“Hahah dah kena main kejar-kejar balik. Tup-tup 6 org dah. Lepas ni kalau dia order lagi, memang aku luku pale laki aku.”
Ni bahagian yang best jek aku story tau. Yang penat lelah tak cukup tidur anak tak sihat semua tak yah ceritalah. Sebab aku bersyukur sesangat apa yang ada sekarang nih. kehidupan yang biasa-biasa.
“Apapun aku tetap tak kan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh. Semoga ditemukan jodoh yang baik-baik.”
“Yang mana belum punya cahayamata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri.”
‘Yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan dan berkongsi kasih demgan anak yang bukan dari rahim kalian. familyhanania sentiasa ada doa untuk kalian.”
Untuk rekod Ozlynn adalah isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak atau nama sebenar Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz.
Pasangan ini dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq Hanania.
RAKAN ARTIS DAN WARGAMAYA KAGUM
Sumber: jozlynnhanania
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club