Ibu Ayah Lenguh-lenguh Badan, Buatkan Minyak Urut Ni Agar Kembali Bertenaga!

Share

Kasihan pula rasanya bila ibu ayah sering mengadu lenguh-lenguh badan, kalau dapat diusap dengan minyak dapat juga memberi kelegaan pada mereka. Untuk itu, alangkah baiknya juga jika minyak urut tersebut dihasilkan sendiri menggunakan ramuan-ramuan yang mudah didapati.

Nak tahu lanjut, ini dikongsikan di akaun fb Sarifa Redzuan II untuk manfaat bersama.

RESIPI MINYAK URUT WARISAN NENEK MOYANG UNTUK SAKIT BADAN LENGUH KEBAS

Minyak urut ini bantu redakan sakit badan,lenguh,kebas ,sejuk badan dan sebagainya.

Dulu bidan bidan lama masak minyak herba dengan tanak minyak. Ambil masa agak lama. Dan berbau sangat minyak tanak tu. Ibu ibu moden sekarang sudah tidak gemar minyak herba tanak.

Tapi minyak yang cikgu nak ajar ni sangat mudah dan tak berbau minyak tanak. Bau serai jer. Harum aihh!

Banyak khasiat minyak ni. Gunalah setiap hari sapu di seluruh kaki dan tapak kaki dan pakailah stokin baru tidur. Esok bangun badan rasa ringan sangat! Orang dalam pantang sangatla sesuai. Setiap hari sapu satu badan jadikan sebagai minyak param.

Eh,boleh guna urut pasangan, mak ayah. Cikgu ada share cara urut belakang dan kaki sebelum ni. Boleh rujuk balik teknik urut tu. Okaylah, Jom cikgu share resipi.

BAHAN BAHAN RESIPI RAHSIA MINYAK URUT TURUN TEMURUN

3-5 batang serai biasa di hiris
2 batang serai wangi (jika ada)
Halia sebesar setengah tapak tangan di hiris
1-2 batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
3 sudu besar lada Hitam
600ml minyak masak sunflower

CARA BUAT MINYAK URUT WARISAN

1. Tumbuk serai dan halia yang dihiris
2. Tumbuk kulit kayu manis dan lada hitam
3. Panaskan air dalam periuk
4. Masukkan minyak sunflower dalam bekas kaca yang kuat. Letakkan di atas air mendidih. Buat macam double boiler. Jaga sampai sampai air kering atau tercampur dengan minyak.
5. Masukkan semua bahan kedalam minyak sunflower itu dan kacau lawan jam sambil selawat dan bacalah doa doa sakit saraf, doa kesembuhan.
6. Masak sehingga 1 jam. Cukup masa tutup api biarkan sejuk sedikit tapis minyak dan simpan dalam bekas. Buang hampas serai semua.

Okay dah siap! Selamat mencuba semua.

Sumber :  Sarifa Redzuan II