Ibu Ayah Leka ‘Selfie’ Tak Sedar Anak Hampir Lemas, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa, Bikin Netizen Terkejut!

Share

Kala ini ramai dikalangan kita teruja untuk melakukan aktiviti berlibur bersama keluarga.

Ada yang memilih bercuti menginap di hotel dan ada juga ke kawasan air terjun dan sungai atau ke pantai.

Namun apa juga aktiviti riadah bersama keluarga, jangan sekali culas menjaga keselamatan ahli keluarga.

Sebagaimana perkongsian seorang lelaki ini menerusi facebooknya, Jebat May Kamarul II , berkongsi kisah benar bagaimana dia bersama seorang lelaki lain menyelamatkan dua orang kanak-kanak yang hampir lemas di kawasan air terjun.

Paling menyedihkan, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dikatakan tidak menyedari situasi cemas itu yang hampir meragut nyawa anaknya.

Bahkan, orang ramai yang berada di kawasan sekitar kawasan itu yang dikatakan asyik menikmati panorama dikawasan air terjun.

Bukan untuk menunding jari salah siapa, apa yang pasti, jadikan perkongsian ini sebagai iktibar agar sentiasa berwaspada, sebelum nasi menjadi bubur.

Nyawa dihujung tanduk

Ada sikit pesanan utk ibu bapa yg bawa anak mandi waterfall xkirala waterfall mana sekali pun.

Diakui, waterfall tu mmg menyajikan view yg cantik. Sudah semestinya kita akan nak ambik seberapa byk gambar yg boleh.

Akan tetapi, sesuatu yg perlu kita ingat. Ingat betul2 sampai MATI!

Anak2 akan mudah tertarik utk mandi. Xkirala tgh selfie ke atau tgk blue sekali pun, bila kaki anak cecah je gigi air, temankan. Jgn biar mereka mandi sendirian.

Kisah benar selamatkan dua beradik hampir lemas

Saya cakap  ni sebab baru jap tadi saya dengan seorang brother ni menyelamatkan dua beradik yg hampir lemas di Lata Iskandar. Dua2 dah tenggelam dan apa yg menyedihkan, MAK BAPAK BEBUDAK NI SIBUK BERGAMBAR BERSELFIE BAGAI!

LEBIH MENDUKACITAKAN, LEBIH 30 ORG ADA DI KAWASAN WATERFALL TU TP SORG PUN X TURUN. SEMUA SIBUK BERGAMBAR.

Ni lah tanda akhir zaman. Anak sedang bertarung nyawa tenggelam timbul, mak bapak budak2 dgn dkt2 30 org di gigi air lebih syok bergambar berselfie bagai

Ptt la ada budak mati lemas tanpa disedari sesiapa. Semua sibuk dgn telefon. Tu xda line. Bygkan ada line. Berapa ramai nak update insta story, fb status dan sbginya.

Agak2 ya budak2 ni lahir menerusi download dr medsoc kot. Tu yg tak kisah kalau lemas ke apa.

P/s kawasan yg saya bulat tulah tempat kejadian. Jangan katakan budak, saya pun tenggelam habis di kawasan tu

Sumber: Jebat May Kamarul II

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club